Hye ... u'olls!!
Hari nie aku nak bawa korang jenjalan. Jenjalan dalam blog ajelah. Nak melawat Muzium Kapal Selam dekat Pantai Klebang Melaka. Masa aku pergi Melaka untuk celebrate birthday aku bulan September 2012, muzium kapal selam nie tak dibuka pun untuk orang ramai. Penat je pergi ... dah la panas! hu hu
Bila aku buka laman web Perbadanan Muzium Melaka, barulah tahu bahawasanya, kerja-kerja baikpulih Kapal Selam SMD Quessant Melaka nie telah siap dilaksanakan pada 10 September 2012. Tapi hanya dibuka kepada pelawat bermula pada 1 Disember 2012. Kiranya baru nak masuk 2 bulanlah ia dibuka untuk orang awam.
Kat sini aku cuma nak tunjuk gambar ajelah ... luaran sahaja ... gambar dalam kapal selam non hado. Ini pun si teman yang snap semua gambar. Kapal yang bapak besar nie nampak cam cantiklah pulak dalam gambar. Ke cantik sebab tangan yang mengambil gambar ini? he he he kalau si teman baca mahu kembang kuncup kesayangan aku sorang nie.
Pandangan yang tak berapa jauh .... di tanah lapang sana!! |
Ekor kapal selam dengan kipasnye yang macam bunga je ... |
Tangga untuk masuk dalam kapal selam! Confuse ... boleh masuk ke tak sebenarnye ni?? |
Ramai orang sedang menjakunkan diri melawat kapal selam ini .... besaq habak hang ... |
Pandangan hadapan .... dah tak rupa kapal selam dah. |
Notis board! he he he |
Untuk masuk ke muzium ini, harga tiket adalah RM1.00 bagi dewasa dan RM0.50 bagi kanak-kanak. Murah! Berpatutan ...
Waktu Lawatan
9.00 pagi hingga 5.00 petang - Isnin hingga Khamis
9.00 pagi hingga 6.30 petang - Jumaat/ Sabtu dan Ahad
Untuk keterangan lanjut mengenai muzium ini, korang call la kat no. nie ye .. 06-282 6526
Cuti ganti Thaipusam nie boleh la bawa anak-anak melawat muzium, biar celik sejarah sket ... he he he!!
CK : Masih lagi entry autopublish ... =) ! Lamanya aku diperbatasan!! he he he
Kita boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
ReplyDeletehttp://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
Bagi penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan ke Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang boleh lawati http://www.indahkembara.com