Wednesday, December 15, 2010

ENTRI EMOSI : Part 1 : Mutiara Kata Indah

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup!




Alhamdulillah. Di saat saya tertekan masih ada seorang kawan yang sudi mengirimkan kata-kata ini buat saya. Terima kasih buat kamu. Setiap kata-kata ini menyedakan kita, sepatutnya kita bersyukur dengan apa yang kita ada dan dengan apa yang menjadi milik kita. Menerima seadanya. Namun, di hati tetap ada rasa terkilan kerana manusia yang lemah seperti saya punya perasaan untuk rasa kecewa dan terluka dengan sikap individu lain.
Kita mengharapkan sesuatu itu menjadi baik dan sempurna itu berlaku buat kita. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya. Hati siapa yang tidak terluka. Bertambah luka bila yang mengguriskan hati kita adalah individu yang kita percaya dan yakin tidak akan menngkhianati kepercayaan kita buat kali yang seterusnya. Sampaikan hati saya berbisik dan menangis..."bila dia akan berubah walaupun Allah telah memberikan balasan ke atas sikap dan perilakunya yang dahulu. Tidakkan dia pernah untuk merasa serik dan belajar dari pengalaman itu?"




p/s : Saya akan terus berdoa agar dia sedar...kenapa saya masih berdiri di sini tanpa mengeluh tentang apa2. Hormatilah dan jujurlah pada nyawa yang sekali ini. Itu sahaja permintaan saya

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!