SHAH ALAM 9 Dis. — Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) di Selangor melibatkan diri secara langsung dalam setiap inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan supaya program itu tidak ”diculik” oleh pembangkang.
Timbalan Perdana Menteri berkata, meskipun Selangor diperintah oleh pakatan pembangkang, kerajaan Pusat tetap menyalurkan peruntukan melalui jabatan dan agensinya yang beroperasi di negeri itu demi kepentingan rakyat.
"Rakyat tidak rasa program ini program kita tetapi seperti program rasmi. Oleh kerana kita tidak ada ownership menyebabkan ia seolah-olah bukan dijalankan oleh kerajaan BN.
"Ada ketika program yang dijalankan oleh kerajaan pusat ”diculik” oleh kerajaan pakatan pembangkang walaupun peruntukan mereka tidak sebesar peruntukan yang disalurkan oleh kerajaan pusat. Ia kelihatan seolah-olah seperti peruntukan yang banyak disalurkan oleh mereka,” katanya ketika berucap pada perjumpaan dengan jentera BN Selangor di Bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, pemimpin BN di Selangor juga perlu mendekati rakyat dan berusaha untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan ikhlas.
Beliau berkata, kempen di peringkat akar umbi perlu dijalankan secara berterusan bagi menarik kembali sokongan rakyat kepada BN di negeri itu.
"Tarikh bila pilihan raya umum akan diadakan tidak penting kerana apa yang penting adalah semua anggota dan pemimpin BN sentiasa berjaga-jaga dan sudah bersedia apabila pilihan raya umum diadakan,” katanya.
Muhyiddin berkata, bahawa bermula tahun depan, beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mula turun padang bagi mengatur program yang akan menyentuh semua peringkat masyarakat. - Bernama
p/s : Kalau tak nak kena culik....awasi baik2!!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)
MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!