Disember ni memang bulan untuk akad nikah kahwin aje. Ramai yang dah pilih tarikh utk melangsungkan perkahwinan....termasuklah adik gebu kite...CIK YANIE! Tadi masa saya jalan2 kat facebook sana...jumpalah note tentang kahwin ni kat FB Pak Ngah Farit kite tu. Topik Pak Ngah memang menarik...dan memang sesuai sgtlah dengan musim2 kahwin mcm nie...."ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK KAHWIN?".
Tertanya plak diri sendiri....
"uiks...dah sedia ke?"
"kalau dah sedia...dah ada calonnya ke?"
"kalau belum sedia...nape tak siap sediakan apa yg patut?"
"kalau dah sedia...dan takda calon...nape tak cari calon yg sesuai...mr. right...mr. right!"
"kalau dah sedia...dan ada calon...ermmm bila nk langsung??"
He he he ..... sendiri tanya sendiri jawab.....kui kui kui
Jomlah layan apa yang Pak Ngah Farit nk cerita tentang "ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA UNTUK KAHWIN?"
Anda mungkin telah bertemu dengan pasangan yang anda cintai. Tetapi masalahnya anda masih belum punya keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Ada perasaan ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan. Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Anda harus menyediakan diri dengan banyak perkara. Kerana mengingatkan semua perkara inilah ramai yang masih belum berani berkahwin walaupun telah bertahun-tahun bercinta.
- Ada alasan kukuh berkahwin - Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.
- Harus sedia berkongsi - Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.
- Sedia untuk sakit hati - Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.
- Sedia untuk berfikiran terbuka - Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.
- Sedia untuk kompromi - Pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tetapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.
- Sedia untuk berpisah - Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.
- Sedia menerima malu - Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.
- Soal anak - Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.
satu ikatan pernikahan tu akan melengkapkan separuh iman kita.. :)
ReplyDeleteowh sgt betul....sy setuju...
ReplyDelete