Monday, December 20, 2010

Radio Untuk Kaki Internet!!

Assalamulaikum....

Korang kaki internet?? [kaklau korang blogger...sure kaki internetkan!]. Mahu layan radio melalui internet?? Jom layan radio internet ini....mungkin boleh buat korang hilangkan stress. Sila klik FUNKERFM ke udara dari rumah!! Menarik n best....tak caya korang trylah klik


Ini bannner FUNKER.FM yang merupakan radio internet pertama di Malaysia. Saya introkan sikit tentang radio ini ya.

Menurut Pengarah Urusan Funker.fm, Mohd Ariff & Wakiri. "Bezanya Funker.fm adalah boleh bersiaran di mana2 sahaja". Ia bukan radio frekuensi yang dipancarkan menggunakan gelombang tertentu dan perlu mempunyai stesen serta radio penyiaran. DJ Funker.fm tidak memerlukan studio atau konti untuk ke udara. Mereka boleh beroperasi dari rumah masing-masing ataupun bilik-bilik hotel. Menurut Mohd Ariff lagi, "Disebabkan radio Funker.fm 100% radio internet, para petugasnya cuma memerlukan sebuah komputer riba bersama perisian khas untuk siaran, fon kepala bersama mikrofon dan yang paling tidak adalah talian INTERNET!". Radio ini turut didaftarkan dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SSM).

Antara segmen yang dikeudarakan di Funker.fm.....

Tangkap Leleh
Sharing is Caring
Gewdix for Fun
Coffee Break
Retro 8090
Club Hitz
Maskulin
Trouble
Mistik
Ceria Pagi
Fun Quake
Kisah Benar
Rock Kapak
Min Funker FM
Carta Top Fun 20
Santai FunkerFM
Balada Pop Rock
Luahan Pujangga
Cerita Hujung Minggu
Funker's Gossipfun Double
Pilihan Terbaik Funkerfm

So, korang boleh layan mana yang korang nak.....Ok sekian cerita pasal FUNKER.FM. Info terbaik untuk korang pagi2 nie ye!!! Mulakan hari Isnin ni dengan senyuman dan hati yang bersih. Jangan wujudkan Monday Moody ya!! Love korang.....


Sumber : MEGA, Utusan Malaysia



p/s : Bangun awal dengan semangat baru!!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!