Tuesday, December 21, 2010

Bila Menulis Dengan Jiwa dan Merasa Dengan Hati

Assalamualaikum...

Bukan semua orang dikurniakan bakat untuk menulis. Menyusun bahasa dengan cantik. Mengarang ayat dengan sempurna. Sehingga menarik ribuan orang di luar sana tertarik untuk membaca. Begitu juga saya. Saya tidak punya bakat yang hebat untuk menyusun dan mengarang dengan lenguk yang tertentu untuk buat orang lain tergamam. Saya menulis cara saya. Dari hati. Apa yang saya rasa. Dan apa yang saya ingin tuliskan. Tiada paksaan dari mana-mana pihak. Menulis satu keseronokan. Menulis satu kepuasan. Menulis satu jiwa yang tak akan mati jika kita ikhlas melaksanakan.

Blog. Wujud sejak teknologi maklumat semakin berkembang. Berkembang setiap saat, minit dan jam. Dulu. Menulis hanya pada buku-buku sekolah. Diconteng-conteng dengan bahasa budak-budak hingusan. Hari ini. Menulis di blog. Sudah beri satu kepuasan yang bermakna. Menulis membuat otak tidak mati. Kehendak sentiasa ingin dipenuhi. Menulis kena berfikir. Bila berfikir otak akan terus ligat mencari itu dan ini. Saya bukan mereka dan mereka juga bukan saya. Saya menulis dengan sejuta senyuman untuk menzahirkan perasaan yang kadangkala tenggelam dalam lamunan sendiri. Tidak pernah bercita-cita untuk menjadi penulis terbilang mahupun cemerlang. Tapi mahu menulis selagi hayat dikandung badan....walaupun saya hanya penulis blog picisan yang tidak dikenali orang.

Hari ini saya cuba belajar. Menulis dengan jiwa. Merasa dengan hati. Mungkin cantik bahasa saya untuk dipuji. Mungkin jua buruk bahasa saya untuk dikeji. Namun, saya masih mencari identiti di blog sendiri. Tidak salahkan? Moga saya tidak menggangu privasi sesiapa yang ada di luar sana....yang masih hidup atau yang telah pergi.


Love,
CK @ Putrajaya


CK : Sungguh emosi....ha ha ha

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!