Sunday, December 5, 2010

Pengurangan Subsidi Tak Menjejaskan Rakyat

5/11/2010 - Utusan Online


PULAU PINANG 4 Dis. - Pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kilogram gas asli Cecair (LPG) dan 20 sen sekilogram bagi gula diyakini tidak akan membebankan rakyat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berpendapat, ini kerana langkah tersebut adalah untuk memastikan kerajaan sentiasa memberi fokus kepada kualiti hidup rakyat di masa akan datang.

''Sebagai kerajaan yang mesra dan mengutamakan rakyat, saya yakin kerajaan tidak akan mengambil apa-apa langkah yang boleh menyusahkan mereka dan tindakan yang diambil selepas mengambil kira semua aspek.

''Jadi, pengurangan subsidi itu adalah sedikit sahaja dan pasti ia tidak akan menjejaskan perbelanjaan harian rakyat," katanya ketika diminta mengulas mengenai pengurangan subsidi bahan tersebut oleh kerajaan berkuat kuasa hari ini.

Nor Mohamed berkata demikian selepas melancarkan buku bertajuk Cities, People & The Economy-A Study On Positioning Penang yang diterbitkan Khazanah Nasional Berhad di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, harga petrol RON95 adalah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 sekilogram dan gula pula RM2.10 sekilogram berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman tentang rasionalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.

Menurut kenyataan itu, penyelarasan harga runcit bagi semua barangan berkenaan di Malaysia masih rendah berbanding negara-negara jiran iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand.


p/s: Bila subsidi kurang, rakyat akan berhadapan dgn kenaikan harga! Orang2 kt kampung tu mcm mana? Terjejas tak kehidupan mereka?

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!