Thursday, December 23, 2010

Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Puisi Suami Untuk Isteri Untuk Kahwin Lain

Isteriku, jika engkau bumi, akulah matahari. Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku...Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang. Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku. Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi, malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku. Lalu……Relakanlah aku menyinari planet lain, menyampaikan faedah adanya aku, kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan di planet lain…

Balasan Puisi Suami daripada Isteri

Suamiku, andai kau memang mentari, sang surya yang memberi cahaya,aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamudan….akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu…AKAN TETAPI Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja, jangan ah bermimpi untuk menyinari planet lain!!! Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi. Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita, di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti…Cuba lihat siapa dirimu…MATAHARI atau lilin ? atau jangan-jangan cuma mancis saja!!!!!please lah….!!!

Kredit untuk :: http://sembangkosong10.blogspot.com/




CK : Puisi nie buat saya gelak berguling-guling.....tapi ada maksud tersirat di sebaliknya. Renung-renungkan...

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!