Wednesday, December 22, 2010

Merindui Awam Putih....

Merindui awan putih tanpa had & sempadan.
Diselimuti dengan penuh kedinginan.
Membawa pergi seribu kelukaan.
Pengkhianatan yang berulangan.
Senyum tanda kesabaran.
Menerima dengan redha ini adalah kenyataan.

Kejujuran dan kesetiaan bukan paksaan.
Jika ikhlas kau datanglah.
Menatap hati dan wajah sepi.
Yang pernah terlantar dalam kelukaan dan kekecewaan.

Pengorbanan dalam senyuman.
Keperitan dan kesedihan yang tersembunyi.
Tiada kau baca jua tiada kau peduli.
Hidup ini bukan untuk merintih.
Jauh sekali meraih simpati.

Aku tersenyum di saat dipersiakan.
Kerana aku percaya janji Tuhan.
Walaupun aku tidak semulia dan sebaik hambaNya
Aku cuba bertahan.
Juga cuba untuk dikembalikan.

Wahai hati yang kecewa
Jangan merintih dengan takdir
Ia adalah ketentuan
Tersirat hikmah yang sukar diterjemahkan.

Dan percayalah...
Setiap kebaikan dan kejahatan
Wujud pembalasan!!

Teruslah melangkah
Dengan senyuman
Dengan hati tanpa dendam

Dalam kelam malam baru saya sedar.
Sesuatu yang indah itu sukar untuk kita dapat.
Dan saya masih tersenyum...walaupun dilukai dlm diam berulang kali.
Kerana saya percaya hidup perlu sabar
dan hati hanya mampu berkata, "biarkanlah mereka yang ingin melukai dan mengecewakan diri ini dlm diam berulang kali".



CK : Rasa hati saya pada seseorang yg saya gelarkan sahabat! "Kenapa seringkali buat saya menangis tanpa awak sedar?". Cukup-cukuplah melukai hati saya. Jangan buat apa yang saya tidak suka.

2 comments:

  1. salam

    awam putih itu telah kelam angkara hati manusia yang penuh dengan nista :(

    ReplyDelete
  2. Sepatu Hijau : tapi saya tetap merindui awan putih itu....pasti akan timbul jua nti. Hidup perlu kesabaran...dn sukar utk diterjemahkan

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!