Sunday, December 26, 2010

Nak Jadi Macam Apa Bila Nanti Saya Ada Dia.....??

Kadang2 saya terfikir.

Kalaulah saya ada dia yang istimewa di hati saya

Rasa mahu hidup bagai pen dan penutup pen

Mungkin dia pen dan saya penutupnya

Tapi bila fikir semula

Pen boleh terus menulis tanpa ada penutup

Oh! Tidak mahulah....


Kemudian saya terfikir lagi

Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

Rasa mahu hidup bagai laptop dan 'mouse'

Mungkin dia laptop dan saya 'mousenya'

Tapi bila fikir semula

Laptop boleh lagi ditekan2 keyboardnya walaupun tanpa 'mouse'

Oh! Tidak mahulah...


Dan saya fikir lagi..

Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

Rasanya mahu hidup bagai sudu dan garpu

Mungkin dia sudu dan saya garpu

Tapi bila fikir semula

Sudu boleh lagi digunakan untuk makan tanpa ada garpu

Oh! Tidak mahulah..


Saya sambung fikir lagi

Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

Rasa mahu hidup bagai stokin dan kasut

Mungkin dia stokin dan saya kasut...paling dekat dan rapat

Tapi bila fikir semula

Tiada stokin, kasut masih boleh dipakai sendirian

Oh! Tidak mahulah..


Rasa macam tidak mahu fikir lagi...

Tapi... nak fikir juga

Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

Rasanya mahu hidup bagai kereta dan petrol

Mungkin dia kereta dan saya petrol

Kalau petrol takda mesti kereta tak gerakkan?

Takkan dia nak tolak....

Maknanya dia memerlukan saya

Oh! Saya suka...


Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

Rasanya mahu hidup bagai buku dan pembaca

Mungkin dia pembaca dan saya bukunya

Terasa dekat dan rapat

Kalau pembaca tiada...tentu buku pun tak adakan?

Maknanya dia akan tengok saya selalu

Oh! Saya suka...


Kalau saya ada dia yang istimewa di hati saya

Rasanya mahu hidup bagai awan gebu dan langit biru

Mungkin dia awan gebu dan saya langit biru

Dah kejadian Tuhan awan gebu dan langit biru sentiasa bersatu

Maknanya saya tidak akan berpisah dengan dia

Hari-hari dapat tengok awan gebu bergerak

Oh! Saya suka


Tapi bila fikir berkali-kali

Biarlah saya hidup menjadi diri saya

dan dia menjadi diri dia

Menerima seadanya

Kelebihan dan kekurangan

Kelemahan dan kekuatan

Yang melengkapi satu kehidupan

Andai bersatu bermakna kami saling memerlukan

Andai tidak...bermakna tiada jodoh dalam kehidupan


Harus percaya biar apa pun yang kita ingin jadi...

Menjadi diri sendiri adalah yang TERBAIK!


~menulis bukan kerana nama, tapi ini tulisan aku - cik kamoo~



CK : Note di facebook!

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!