Sunday, December 5, 2010

Jawab jer "Insya-Allah...Esok!"

Disember. Setiap tahun. Bulan yang digemari oleh budak2 sekolah & cikgu2 jugak! Disember musim kahwin. Kalau dah musim kahwin...pasti ada kenduri kendara. Majlis kahwin sini dan sana. Kad jemputan kahwin pun byk yg diterima tangan. Belum campur sms yg diterima lagi. Zaman yg berteknologi tinggi, jemputan kahwin pun dah guna FACEBOOK! Ramainya yg dah kahwin! Doakan mereka bahagia hingga ke hujung nyawa!

Bagi menghormati jemputan. Pastinya kita akan bertandang. Dengan hadiah di tangan. Dalam ramai2 tetamu yang datang pasti ada yang kenal. Takkan nk sorok muka. Mulalah timbul persoalan pelbagai persoalan yang jenuh nk jawab. Maklumlah soalan basi bagi orang yg sama.

Inilah isu yg nk saya perkatakan. Isu buat org bujang yg layak dan sesuai kahwin tapi masih belum bertemu jodoh! Mcm saya [ahaksss]. Berkenalan sudah. Bercinta sudah. Tapi jodoh tak kesampaian. Yelah...nasib semua umat manusia itu tak samakan. Sudah usaha...tapi Allah belum tentukan jodoh....jgn putus asa! Terus berdoa dan berharap ok. Sebab setiap hambaNya ada pasangannya masing2. Jodoh ini antara cepat dan lambat. Hidup kena sabar bukan?!

Berbalik ttg kehadiran ke Majlis Perkahwinan....kdg2 rasa tak sanggup nk tengok dan tebal muka bila ada tetamu bertamu bertanya....

"Yang nie bila lagi nk makan nasi minyak"
[ Kata hati : Alaa kak...nasi minyak kt kedai byk....bayar n makan. Apa susah nk tunggu time sy kahwin plak]

"Kalau kahwin nanti jgn lupa jemput"
[Kata hati : Tengoklah klu saya rajin jemput....he he he. Saya kahwin ala kadar je....buat yg wajib udahlah. Maklumlah brg mahal skang nie...petrol...gula semua naik harga]

"Kau nanti kahwin tema apa?"
[Kata hati : Eh! perlu ke tema2 nie. Klu takde tema tak boleh kahwin ke?]

"Dah ada teman tu buat apa simpan2. Cepat2kanlah. Boleh laaa mak awak tambah cucu!"
[Kata hati : Ye ke ada teman? Saya tak tahu pun saya dah ada teman. Alaa...mak saya tk kisah pun nk tambah cucu....apsal lak kau yg lebih]

Kalau ada yg nampak kite datang Majlis Kahwin dengan kawan lelaki...

Org 1 : "Eh! sape tu? ehem...ehem ke? Haaa bila lagi nie?"

Saya : "Ermmm.....officemate! nape?"

Org 2 : " Ishhhh...takkan officemate je kot! Klu camtu kitaorg pun blh ckp bawa officemate gak!"

Saya : "Dah officemate...takkan nk cakap tunang kot! Takpelah saya baru sampai. lapar nie, minta diri nk makan dulu ye".

Kepohkan manusia nie! Adus pening nk menjawab. Klu tak pergi Majlis Kahwin kang ckp lupa kawan2. Dah pergi nk pulak jawab mcm2 soalan....mengalahkan artis baru ada scandal je! Yang tanya tu pulak mengalahkan pengacara Terjah je! Redha ajelah dengan mulut manusia mcm ni kan. Ha ha ha

Korang rasa apa jawapan terbaik kalau sesape saja tny korang soalan famous a.k.a cepu mas nie..."HANG BILA NAK KAHWIN?". Senang je korang jawab camnie. Kompen...lepas nie depa jumpa kat mana2 majlis kahwin pasti takkan tanya lagi soklan cepu mas a.k.a famous ini!!

  • Kalau makcik2 yg tanya : Jawab je : "Makcik nak ke saya jadi menantu makcik?"
  • Kalau kawan2 korang yg single : Jawab je : " Kau ada abg @ adik lelaki yg nak dijodohkan dengan aku tak?"
  • Kalau yg tanya tu lelaki single : Jawab je : " Kau sudi amik aku jd isteri kau?"
  • Kalau yg tny tu lelaki suami org : Jawab je : [ Yang nie tak usah jawab....melainkan korang sanggup nk bermadu. ahaaaaks...]
  • Kalau yg tanya tu kwn perempuan dh kahwin : Jawab je : " Kau sudi ke nak jadi madu aku?" [sure lepas tu dia blah....lepas tu jumpa kt mana2 pun dia takkan pandang kita...ha ha..ha]
Rasa2nya korang sanggup tak nk jawab mcm tu. Tapi inilah jawapan terbaik saya rasa. Kadang2 manusia yg dah berumahtangga tu terlalu sibuk dengan rumah kita yg takda tangga tu. Prihatin? Terima kasihlah kalau prihatin. Cuma kadang2 keterlaluan sgt. Mcmlah urusan jodoh itu mmg kerja hamba Allah. Kita nie hanya hamba...cuma boleh usaha dan doa sahaja. Ketentuan akhir dr Allah jua. Kena faham....rezeki, jodoh dan maut itu semuanya pada ketentuan Allah. Sebagai hamba....kita hanya berusaha utk rezeki dan jodoh sahaja.

Buat yang dah kahwin tu...jagalah masjid masing2 dengan baik. Buat yang dah ada pasangan yg ideal pada pemahaman korang....binalah masjid bila masing2 dah mampu. Buat yang belum ada teman....berusaha dan berdoalah supaya diberi ketentuan oleh Allah untuk membina masjid. Allah Maha Mengetahui dan Dia dengar segala permohonan doa hambanya.

Selalunya bila orang suka sgt tanya saya bila nak kahwin? Saya akan jawab....

"INSYA-ALLAH...ESOK! DOAKAN2LAH. NANTI SAYA JEMPUT"!

Dan selalunya takda lagi orang yg sama tnya soalan mcm ni lagi bila dah dengar jawapan saya. Selepas dengar jawapan itu...kebanyakan mereka akan diam. Dan terus berlalu....ha ha ha

Kalau mak saya pulak bila ada org tanya bila anak dia nk kahwin...dia akan jawab....

"ITU KERJA ALLAH, BUKAN KERJA KITA. SAYA SEBAGAI MAK...SAYA DOAKAN YG TERBAIK UTK ANAK SAYA"


So, korang nk comment pape....."Insya-Allah...esok!"


Sumber gambar : Mr. Google



p/s: "Insya-Allah esok...".....inilah comment saya dalam facebook!! Nk cakap apa lagikan.

6 comments:

  1. heheeh....jawab INSYAALLAH jer...

    ReplyDelete
  2. Selagi ada manusia, selagi itu
    ada pertanyaan, kan. belum kawen
    ditanya, bila nak kawen? Dah kawen
    ditanya bila nak dpt anak. Dah dpt ank,
    ditanya, bila nak tambah lagi sorang?
    bila anak2 dah besar, ditanya bila
    nak dapat menantu, bila nak dapat cucu..
    blablabla..Ambek berat betul org kita nie
    kalau anda perasan ^_~

    ReplyDelete
  3. nampaknya isu entry kita sama jerk... asal disember makin rancak berkumandang soalan bila dan bila dan bila... sampai rasa macam nak sumnbat mulut yang dok asek bertanya tu dengan sebiji epal... :))


    salam berkenalan. jemput singgah blog saya... mungkin kita boleh berkawan... saya suka entry2 kamoo... :))

    ReplyDelete
  4. Yanie : a'ahh ckp jer Insya-Allah....bukan kerja kita semua nie. Dah usaha...doa ajelah yg terbaik

    Azza : Mereka nie terlalu prihatin dgn kita. Syukur ada org2 camnie...he he he

    Sweetheart : Thanks sgt sbb dtg...kite dah melawat blog awak. Rasanya lebih baik sumbat durian jer sebijik...he he he

    ReplyDelete
  5. aku suka yang ke empat tu.. bila laki orang yang bertanya...

    Jemput join GA/contest di www.qalish.com yer. mana la tau kalau2 ada rezeki ley tukar domain baru jadi secretwordfromheart.com

    i folo u

    ReplyDelete
  6. sumpit : bila laki org bertanya....nk jawab tu pikir2lah sendiri....he he he

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!