Wednesday, December 1, 2010

Bapa Micheal Jackson fail tuntutan ke atas doktor peribadi

01/12/2010 - BHarian Online

LOS ANGELES: Bapa Michael Jackson hari ini memfail semula tuntutan terhadap doktor peribadi anaknya itu yang mendakwa menyebabkan kematian tanpa niat terhadap raja pop itu tahun lalu. Tuntutan mahkamah itu antaranya menuntut ganti rugi daripada Dr Conrad Murray, yang sebelum ini tidak mengaku salah terhadap satu lagi dakwaan jenayah kerana menyebabkan kematian terhadap Michael pada Jun tahun lalu. Joe Jackson sebelum ini memfailkan kes itu terhadap Murray di Mahkamah Persekutuan sebaik genap setahun kematian anaknya itu.

Bagaimanapun, hakim enggan mendengar kes itu dan berkata ia sepatutnta didengar oleh Mahkamah Negeri. “Ia satu proses yang panjang dan kematian Michael juga kini sudah kurang mendapat perhatian," kata peguam Joe Jackson, Brian Oxman. “Bagaimanapun, masih banyak yang perlu didedahkan dan kami sedang melakukannya," katanya.

Tindakan mahkamah itu turut menamakan Applied Pharmacy Services sebagai defendan, yang rekod jualannya menunjukkan Murray memberi sejenis dadah 'propofol' kepada Michael sebelum kematiannya.Farmasi itu didakwa menjual dadah berkenaan dalam kuantiti yang banyak tetapi ia biasanya hanya dilakukan oleh hospital, bukannya klinik peribadi. Pihak berkuasa kesihatan bagaimanapun berkata penjualan itu adalah dibenarkan oleh undang-undang. - AP




p/s : Dunia skang nie mcm nielah.....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!