Monday, December 6, 2010

Sejarah Yang Tidak Mati....

Sumber gambar : Cik Kamoo punya!!


Sejarah itu tidak mati
Telah ku tikam berkali-kali
Luka berdarah tanpa henti

Sejarah...kau luka
Sejarah...kau cedera
Tak ingin ku rawat
Tak ingin ku ubat
Kerana aku tak ingin kau hidup segar!

Sejarah...kau tidak mati
Aku sakit dengan kamu
Aku derita dengan kamu
Aku terhiris dengan kamu
Aku menangis kerana kamu

Sejarah...kau tetap segar dalam ingatanku!
Walau ku cuba nyahkan kau jutaan kali
Kau tetap kembali...
Di saat aku ingin memulakannya sekali lagi!

Sejarah!!
Kau tetap sejarah...
Satu sejarah...
Hidup dalam kenangan dan perjalanan kehidupanku

Kerana kau satu sejarah yg sedih dn mengecewakan
Tentu kau tahu kenapa aku ingin kau pergi!

Sejarah...pergilah!
Berikanlan aku kesempatan
Usah mengcengkam aku dgn trauma yg tiada batasan....

Biarkan aku melangkah penuh gagah
Mencipta sejarah yang bersejarah...buat diriku dan kehidupan!!

Sesaat berlalu....sejarah terus tercipta!!


~aku menulis bukan kerana nama & ini tulisan aku - cik kamoo~




p/s : Menulis dengan jiwa...menulis dengan rasa

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!