Saturday, June 30, 2012

JALAN, ORDER & MAKAN : RESTORAN MAT AYAM KAMPUNG, CYBERJAYA

Assalamualaikum ...




Baik aku up cerita pasal makan-makan nie cepat-cepat. Nanti June marah aku plak ... he he he! Minggu lepas dia dah tanya, "bila nak keluar cerita pasai ayam kampung kat Cyber??". Macam biasa, aku kan ikut turn suka hati aku. Kalau yang gambaq banyak je, lambatlah nak update ... sebab nak letak watermark tu yang leceh ... pilih gambaq lagi. Alahai ... tapi dah nama pun blogger, alah bisa tegal biasa je!! Cerita tetap up, cuma antara lambat dengan cepat je.


Bak kata Pizli kat  komen aku, "update blog nie dah macam satu tanggungjawab dah ...!". Yes aku setuju ... sonok pulak jadi blogger walau tak sefemes mana pun ... kan Pizli kan kan kan ...


Dah merepek sket-sket, aku nak bawa korang makan ayam kampung untuk kali keseterusnya. June yang perkenalkan tempat nie kat aku. Lebih dekat dari tempat yang aku pergi makan hari tu dekat sini <---- Dari Putrajaya ke Cyberjaya dekatlah sangat, 15 minit pun dah sampai ... tapi yang susahnye nak cari parking dekat area Restoran Mat Ayam Kampung nie! 


Masa aku pergi dengan June, berpusing 2 kali baru dapat parking. Lepas tu dalam minggu yang sama aku bawa si teman and geng pulak pergi makan. Parking takde ... jadi kami park je belakang kereta orang yang dekat dengan restoran dan tinggalkan no. hp kat cermin kereta. Apa-apahal senang orang tu nak call kalau dia nak keluar. Bukan kami je buat macam tu, ramai juga aku tengok park kereta berdouble. Janji korang tinggalkan nama dan no. hp dekat cermin kereta. Jangan menyusahkan pihak lain ...


Restoran Mat Ayam Kampung nie terletak di Lingkaran Cuber Point Barat Cyberjaya. Nak cari dia mudahlah sangat. Kalau dari Putrajaya, dari highway belakang tu ... nampak flyover terus je naik flyover tu. Sebelah kiri Sekolah Menengah Sri Puteri dan kanan ke Cyberjaya. Amek kanan ye anak-anak. Kemudian korang jalan je terus sampailah jumpa bangunan HASIL (LHDN) dekat sebelah kiri korang (Cyber 8), tapi jangan amek kiri je .... dekat simpang 4 traffic light bangunan Hasil tu, korang amik kanan. Selekoh pertama ... jalan terus lagi sampai jumpa selekoh kedua. Nampak Restoran An Naz Maju, jalan ke depan lagi sampai jumpa Wisma Mustapha Kamal (macam gambar kat bawah). Nanti korang akan perasan Restoran Mat Ayam Kampung sebelah kanan korang. Parklah mana-mana korang suka .... dengan berhemah. Senang cakap, restoran nie dekat area DOMAIN.


Domain!



Wisma Mustapha Kamal!


Ini dia Restoran Mat Ayam Kampung!


Ayam kampung 3 ketul aku dan si June makan ... sedap weh, panas-panas.


June amek ... masak lemak cili api siput sedut!


Menu orang diet ... sayur je pastu bantai lagi ayam kampung!! Memang terangkatlah!!


Restoran nie ramai pengunjung. Sila datang awal untuk makan tengahari ya. Kalau tak tunggu meja bagi orang lain sudah makan la baru dapat duduk. June kata Sabtu Ahad pun buka juga. So, bolehlah tapau lauk je. Makanan memang sedap2 kat sini.


Kat area Domain banyak restoran, so korang bolehlah pilih mana yang suka .... kat bawah nie yang sempat aku snap je.







Aku nak sambung keje kat Floria plak!! Bye bye




CK : Bencilah jumpa mamat officer sorang nie....dengki je kat aku!!!

SELAMAT PENGANTIN BARU IRMA HASMIE

Assalamualaikum ...




Kalau nak diikutkan, malam tadi lagi aku nak buat 'liputan' pasai majlis perkahwinan artis yang cantik nie, Irma Hasmie. Maklumlah, dia bersanding dekat Dewan Persidangan Seri Melati dekat dengan office aku. Dah tu aku tengok Si June pergi majlis Irma nie, terus aku minta gambar-gambar Irma yang dia ambil untuk share dekat blog aku. Terima kasih June sebab bagi izin!


Disebabkan kepenatan aku drive kereta dari Senawang ke Putrajaya, terus balik tu ... setakat on lappy je aku dah lelap. Dah lama tak drive kereta sejak pergi balik kerja dijemput. Senang cakap sejak aku accident bulan Februari aritu, aku amat amat jarang drive. Kereta aku semua si teman yang jaga. Dialah isi minyak, dialah check itu ini, aku just dok sebelah bajet jadi Puan Sri [Aminnnnnnnnnnnnnnnnn :=)]. 


Memandangkan semalam, si teman nak pinjam triton kawan dia nak pergi ambil durian dekat Kurau, Perak sana. Terpaksalah aku drive kereta sendiri balik Putrajaya dan si teman pula balik rumah mak dia ... kul 1.00am tadi dia dah berlepas ke Perak dengan 2 kenderaan pacuan 4 roda. Malam nie, memang makan durianlah aku ... harap2lah! Termelalut pula dan jauh menyimpang dari citer Irma. Sowwwwy ....



Share gambar Irma dan suami yang handsome nie. Suwet muka husband dia. Irma pun cantik dan berserilah sangat!!



Gambar nie Si June yang ambil. Cantikkan dia punya deco ... terus timbul idea dalam kepala. ha ha ha

Gambar nie pula dari page Hatta Dolmat. Cantik design baju Irma! Mesti mahal nie ... kan kan kan
 

Gambar yang June ambil. Suwetkan husband Irma nie ... nama dia Redza Syah!!


Gambar nie pula aku ambil dari FB Lensa Miang Photographer. Gambar yang dia ambil pun cantik. Sape-sape yang berminat nak ambil gambar wedding, engagement, birthday ... atau apa-apa event, boleh contact Si Lensa Miang dekat FBnya di sini  <----- ataupun di sini <-----


Redza Syah!

Dan antara artis yang hadir ke Majlis Perkahwinan Irma Hasmi dan Redza Syah pada 29 June 2012 ....


Sorry tak kenal artis nie sape ...


Kenal, tapi lupa nama .... hahahahhaha

#update : Misha Omar nama artis nie .... hu hu


Heliza Helmi! Dia nie sentiasa comel


Yatt! Semakin cantik bertudung ...

 

 Diana Amir ....





Okeylah, aku nak pergi Floria Putrajaya 2012. Gambar tak dapat nak ambil hari nie sebab camera takda. SO, takleh lah tunjuk pic bunga yang cantik-cantik kat korang :=( sedihnye aku!! Si teman pinjam camera lah plak. huk huk huk ... tapi takpe ... minggu depan kita share gambar ye!!



Okeh .... jom pi Floria 2012! Jumpa aku kat sana ye ... :=)






CK : Masih penat!!

Friday, June 29, 2012

KERETA MAINAN

Assalamualaikum ....





Setiap kali Shell ada promosi kereta mainan, aku mesti beli. Macam dah wajib sangat dah :=) Sekarang nie dah lama dah takda promosi camnie. Yang aku tunjuk nie koleksi kereta James Bond 007 tu, ada lagi 9 koleksi ferrari yang aku simpan. Masih dalam kotak! Cuma ada model yang aku tak dapat, sampaikan sekarang nie aku masih menunggu ... "bila shell nak promosi kereta mainan nie lagi??"




Kereta James Bond nie sempat dapat 3 je ... aku pun dah lupa berapa banyak model yang ada.


Masih cantik walau dah bertahun aku simpan!


Smart!!


Memang smart!! Tapi ....

 


Bila datang je anak-anak buah aku, kereta nie terkeluar dari kotaknya. Siap nak tanggalkan dari pelapik hitam tu lagi. Alahai ... jangan hancur sudahlah. Sebab aku sayanglah sangat kereta mainan nie. Ini kerja doranglah yang bogelkan kereta dari kotaknye nie. Sabaq ajelah. Tapi tak kisahlah dorang nak main camne pun, asalkan tak dirosakkan ... aku ok je! Jangan rosakkan sudahlah ... sian Angah wahai anak-anak buah kesayanganku :=)


Kalau kereta Ferrari yang aku ada tu, 1 kotak je aku buka. Lain-lain masih cun dalam kotak lagi. Aku ingat nak beli almari display berkunci. Nak buat collection. Yang 1 kotak dah dibuka tu, kadang anak buah aku tanggalkan tayar dia bila main-main. Dorang balik je, aku pasang semula tayar tu pastu masukkan balik dalam kotak. he he he



Esok dah kahwin, ada anak-anak .... mahu hancur koleksi kereta mainan aku nie. he he he he .... time tu urut dada ajelah!!





CK : Dah tua, tapi punyai sifat keanakan ...

Thursday, June 28, 2012

KEAJAIBAN BERSEDEKAH

Assalamualaikum ....




Jalan-jalan dari blog ke blog. Dan aku jumpa artikel yang best nie dari sini <---- Dah habis baca terus aku copy dan paste dekat sini. "Tuan blog ... saya tumpang share artikel tuan ye! Terima kasih kerana share artikel yang best nie!".


Disebabkan artikel nie best, aku risau kalau nak cari lagi dah tak jumpa. So, aku decide untuk share dekat sini. Harap sangat tuan blog berkenaan tak marahlah ;=). Yang menarik pasai artikel ini adalah perihal sedekah. Ajaibnya bersedekah. Bagi aku, kalau nak bersedekah tak perlu tunggu kaya. Itu yang cikgu sekolah aku pesan. Sedekah apa yang kita mampu dengan ikhlas hati. Insya Allah, besar pahalanya.


Jom kita baca, apa yang menarik artikel ini ... mungkin ada yang perlu kita amalkan hingga menjadi rutin. Betul tak??




***********************************






Sedekah adalah amalan yang mulia. Sedekah dengan ikhlas akan menjanjikan ganjaran pahala buat kita. Kerana setiap perbuatan baik akan dibalas dengan perkara yang baik juga. Allah akan melapangkan dada, membuatkan kita gembira, melegakan perasaan dan mensejahterkan seluruh hidup kita. Bersedekahlah kita walau sedikit dengan seikhlasnya. Kerana, dalam setiap rezeki dan harta yang kita miliki itu terdapat juga hak orang lain. Jadi, adalah lebih baik jika ia dikongsi dan dinikmati bersama. Beriman dengannya dan bersedekah seikhlasnya. Sedekah seikhlasnya mampu meringankan beban seseorang dan menjauhkan diri kita daripada panas api neraka.
Perkara-perkara untuk mendapat kesempurnaan dalam amalan sedekah
Dalam amalan bersedekah, kita perlu melakukannya dengan ikhlas kerana Allah. Bukan disebabkan nama dan balasan dikemudian hari. Bagi memastikan sedekah kita tidak sia-sia, Islam mengajar umatnya menyumbang dan bersedekah dengan menepati erti sedekah yang sebenar. Maka, beberapa perkara perlu diambil kira demi kesempurnaan dalam amalan bersedekah.
Barang yang elok dan baik
Antaranya, barang yang hendak disedekahkan itu mesti baik, elok dan tidak malu untuk dipakai. Jika kita sendiri tidak tergamak memakainya, tidak perlulah barang itu disedekahkan. Sedekahlah dengan barang yang disukai penerima. Allah melarang kita bersedekah dengan barang yang tidak elok kerana sedekah adalah ibadat dan sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah. Buktinya telah Allah nyatakan dalam Surah Al- Baqarah ayat 267.
Hasil yang halal
Semua perkara atau wang yang kita sedekahkan kepada golongan yang memerlukan mesti terdiri daripada hasil yang halal. Kerana, pemberian yang halal akan menggugurkan dosa dan mendatangkan pahala. Selain itu juga akan dijauhkan dari bala. Seseorang yang bersedekah dengan harta yang halal juga akan dijauhkan daripada api neraka dan akan dimasukkan ke dalam syurga. Sekiranya seseorang bersedekah dengan harta yang haram, dia tidak akan memperolehi sebarang kebaikan kecuali azab kerana memberi sesuatu yang haram kepada orang lain. Terdapat sebuah hadith mengatakan bahawa di dalam neraka Jahanam terdapat sebuah rumah yang bernama ‘Baitul Huzni’ yang disediakan Allah bagi orang yang bersedekah daripada harta yang haram.
Memberi sedekah barang yang disayangi
Kemudian, adalah sunat bagi kita untuk memberi sedekah barang yang menjadi kesayangan dan kesukaan kita tidak kira banyak atau sedikit. Allah juga telah membuktikan perkara ini dalam Surah Al-Imran ayat 92 bermaksud, “Kamu sekali-kali tidak akan mecapai hakikat kebajikan dan kebaktian yang sempurna sebelum kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi. Dan apa juga yang kamu dermakan maka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”
Sedekah dengan niat yang ikhlas
Sedekah dengan seikhlas hati, bukan mengungkit, merungut, membidas dan menyakiti hati orang yang menerima sedekah kerana perbuatan ini haram dan akan merosakkan niat bersedekah. Dalam Surah Al-Baqarah ayat 264 bermaksud, Allah telah membandingkan orang yang mengungkit dalam amalan sedekahnya seperti “Batu licin yang terdapat tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat. Setelah hujan reda, batu itu sudah licin dan tiada lagi tanah di atasnya. Demikian juga dengan orang yang kafir dan riak. Mereka gagal mendapat satu ganjaran pahala daripada apa yang telah diusahakan. Dan ingatlah bahawa Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum kafir.”
Sedekah yang tidak dihebahkan
Sedekah yang tidak dihebahkan adalah lebih afdal. Ibarat tangan kanan yang memberi, tangan kiri tidak mengetahuinya. Hal seperti ini akan membuatkan keikhlasan itu sangat dekat dengan kita. Maka, kita akan jauh dari perasaan riak yang boleh merosakkan amalan sedekah. Tidak berguna jika niat bersedekah itu untuk mendapat pujian daripada pihak lain. Allah juga telah memaklumkan perkara ini dalam Surah Al-Baqarah ayat 271 yang bermaksud, “Jika menampakkan sedekah kamu ini sangat baik, tetapi jika kamu merahsiakannya dan memberikan kepada orang fakir, maka itu lebih baik bagi kamu dan akan melepaskan kamu dari kejahatan sendiri, Allah menyedari setiap apa yang kamu kerjakan.”
Sedekah untuk menyucikan diri dan harta
Surah Al-Taubah ayat 103 membuktikan bahawa, “Ambil sedekah daripada harta mereka untuk membersihkan dan menyucikan mereka, dan doakanlah mereka. Sesungguhnya doa kau itu menjadi ketenangan hati mereka. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Ayat ini mewakili dua perkara utama iaitu barang yang harus disedekahkan dan sebab untuk bersedekah. Sedekah bertujuan membersihkan jiwa dan harta yang dimiliki.”
Sedekah bukan sekadar memberi, amalan ini mempunyai banyak manfaat yang perlu kita ketahui. Manfaat sedekah bukan hanya dirasakan oleh penerima atau pihak yang kita beri sedekah, namun manfaat sedekah itu juga mampu kita rasakannya. Amalan sedekah sangat digalakkan dalam Islam, kerana kita mampu memberikan kesenangan dan kebahagiaan kepada pihak yang memerlukan. Lebih-lebih lagi kepada golongan yang betul-betul memerlukan bantuan. Banyak manfaat yang boleh kita perolehi dari amalan bersedekah ini.
Manfaat sedekah
Antaranya ialah, mengasingkan sebahagian kecil daripada harta kita untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan. Sekiranya beban itu semakin ringan, kita turut merasai kebahagiannya. Manfaat bukan kerana wang dan harta yang dikeluarkan semasa bersedekah, Adakah anda memikirkan bahawa wang yang dikeluarkan itu mendatangkan manfaat? Sudah pasti bukan kerana wang yang dikeluarkan. Kita harus memikirkannya untuk jangka masa yang panjang.
Sedekah mampu memadam dosa
Pada masa hadapan kita bakal diberikan kebaikan oleh Allah dan kita akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Selain itu, kita juga akan mengurangi dosa lama yang telah kita lakukan. Menurut Hadis Riwayat At-Tirmizi, “Sedekah itu menghapuskan kesalahan seperti air memadamkan api.” Senyum juga adalah sedekah. Hanya melemparkan senyuman sudah mendatangkan pahala buat kita. Tidak perlu mengeluarkan wang dan juga peluh. Jadi, mari kita bersedekah dan memadam dosa silam!
Sedekah mampu menghindar dari kematian Suul Khatimah
Di samping itu, amalan bersedekah juga mampu menghindarkan kita dari kematian yang Suul Khatimah. Suul Khatimah bermaksud kematian dalam keadaan yang tidak beriman. Sebagai contoh, seorang yang sangat leka dengan urusan dunia sehingga tidak bersedia untuk mati. Selain itu, orang itu juga tidak bersedekah kerana terlalu cintakan hartanya lebih dari cintanya kepada Allah SWT. Terdapat banyak hadith yang berkata, “Sesungguhnya sedekah itu akan memadamkan amarah Allah dan menghindarkan diri dari kematian yang buruk.”
Sedekah mampu menghindarkan bala
Menurut beberapa hadith yang lain, memulakan hari kita dengan bersedekah akan menghindarkan kejadian buruk dan tidak diingini. Jika kita tidak mempunyai harta, doa untuk kebahagiaan peminta sedekah juga dikira. Boleh kita katakan bahawa sedekah itu mampu menolak bencana dan bala. Kerana kita telah bersedekah pada hari itu, Allah akan melindungi kita sepanjang hari kita besedekah. Adakah kita mahu diberkati sepanjang hari? Sudah pasti! Sedekah adalah pembuka amalan yang suci sepanjang hari.
Sedekah mampu menyucikan jiwa
Sedekah juga mampu menyucikan jiwa dan harta kita. Hati orang yang bersedekah akan tenang dan aman. Selain itu jiwanya akan damai, bersih dan terhindar dari perasaan yang negatif. Semua hartanya juga akan diberkati Allah SWT. Sekiranya datang seorang peminta sedekah kepada kita, jangan dimarahi dan ditengking golongan itu. Jangan berkelakuan jahat dengannya walaupun sedikit. Kerana dosa menengking dan menyakiti hatinya adalah lebih besar daripada pahala jika bersedekah dengan separuh harta yang dimiliki. Jangan pula kita menolak orang yang mula-mula mendatangi kita, kerana kadang-kadang mereka itu bukan manusia. Mereka mungkin jin yang diamanahkan Allah untuk datang dan menguji kita dengan harta yang kita miliki. Jika kita menengking, kelak kita akan ditengking oleh Malaikat semasa hari Qiamat.
Sedekah mampu memanjangkan umur
Percayakah anda bahawa sedekah akan memanjangkan umur kita? Kerana Allah telah melanjutkan usia kerana amalan sedekah yang sering kita lakukan itu. Allah sendiri telah mengatakan kepada Rasulullah bahawa sedekah memang akan memanjangkan umur dan juga mampu menunda kematian seseorang.


 Terima kasih usahawan.com!!


  CK : Senyum pun sedekah juga :=)

Wednesday, June 27, 2012

MARI BELAJAR POTONG SEEKOR AYAM ...

Assalamualaikum ...





Adik-adik sekalian, selamat pagi! Meh sini ahkak nak ajaq hangpa semua potong ayam. Ahkak pun pestime sebenarnye potong ayam sekoq. he he he saja nak nak tunjuk pandai kat sini, padahal baru pestime. Boleh ka lagu tu?? 


Cerita pasai ayam nie dah lama terperuk. Ayam pun dah selamat dalam perut aku ha. Untuk pengetahuan, ini memang pestime aku potong sekoq ayam sendiri. Selalunya kalau beli ayam sekoq, aku suruh tauke ayam tu potong siap-siap. Nak potong 4 ka ... potong 8 ka ... potong doblas ka ... suruh ja!! Aku bawa balik kasi cuci bersih dan simpan. Senangkan?


Tapi, ayam yang si teman nie beli kat aku ... memanglah kau nak duga aku kan teman kan ... kan ... !! 2 minggu lepas si teman pi Waterfront PD, pergi pula malam ngan pamily dia rasanya. Kat waterfront ada lah pasaraya segar tak salah aku. Dia pun call, "awak nak ayam tak? sayur ke hape ... ?". Aku pun on ajelah!! Rezeki jangan ditolak ... he he he!


Kul doblas malam baru dia sampai Putrajaya then terus hantar depan rumah. Special delivery betullah si teman nie ... sweeeeet :=)!!. Tapi takdelah malam tu juga aku basuh ayam tu. Simpan dalam fridge dulu. Esoknye lepas balik kerja baru aku kuarkan ayam tu dan lembutkan. Masa tu aku tak perasan lagi yang ayam yang dia beli tu tak potong pun ... cam kat bawah nie!!


Ayam bogel ... seksinye!!

Sekali kau bila dah lembut ayam tu, aku kuarkan dari plastik! "Mak aih ... ayam sekoq!!". Aduuuuus ... camne nie?? Aku tak reti potong. Selalu beli yang dah siap potong. Terus hati nie syak wasangka, "mamat nie memang nak duga aku tullah ... ke saje nk kenakan aku nie ... hua hua hua!!".
 


Sedih aku time tuh, macam muka ayam nie. hu hu hu. Terus aku call si teman, "awak ... apsal ayam nie tak potong lagi?? Macam mana saya nak potong nie ... agak-agaklah, saya tak retilah!".

Dia kata, "kalau tak pandai, kang saya pi ambil ayam tu and potongkan ...!". Tak payah ... tak payah ... akan aku usahakan! hu hu ayam dah kat rumah aku, kang pi mai pi mai ayam tu terus tak jadi masak! Masaklah kot tengah jalan. So, aku decide ... usaha sendirilah!!

Korang jangan gelakkan aku sebab tak pandai potong ayam ye .....


Dia kata salah potong ayam camnie ... salah??? Salah tapi masak, makan ...rasa sedap sama je :=)


Aku terus potong 2 ayam nie ... dari kepala terus ke cenonet ayam. Pastu potong lagi 4 sebelum potong kecik-kecik. Bila aku cerita camne aku potong ayam kat si teman ... dia kata cara aku potong ayam tu salah!! "Bukan potong camtu, cer tengok tauke ayam potong ... terus potong kat belakang ayam tu kiri ke kanan atau sebaliknye". 


Minggu lepas dia bawa aku pi Pasar Borong Selangor beli ayam semata-mata nak tunjukkan cara ayam dipotong. Siap cakap, "ha tengok tu dia potong macam mana .... datang pasar selalu, tapi ayam tak reti potong. macam mana nie? Belajar ... esok esok senang nak masak kat rumah mak mentua"


Ok ... cair taik telinga aku time tu, leleh!!


Rajin anak mak :=)


Ini ayam yang siap potong dengan cara yg salah katanya. Siap bersihkan. Ayam nie kalau nak hilangkan bau dia, sila basuh dengan tepung ye. Mak aku cakap. Aku punya style kalau bersihkan ayam ... dah siap-siapkan bahagi bekas. Ini memang cara-cara aku menyimpan ayam. Isi ayam sahaja satu bekas, tulang sahaja satu bekas, paha ayam satu bekas ... masa bahagi bekas tu dah decide dah ayam tu nak masak apa. Kalau nak masak, kuarkan sebekas dan rendam. So, tak usik ayam yang lain dan ayam-ayam lain takkan tercemar dengan bakteria.



Lepas nie, mak mentua kasi 10 ekor ayam pun aku boleh potong baik punya. Dah belajar dari tauke ayam dekat Pasar Borong Selangor haritu .... he he he he, tak tahu tanya ... tak pandai belajaq! Jangan malu malu ...



#dah tua tua tak pandai potong ayam .... sangat baguskan???






CK : Satu pengalaman!!

Tuesday, June 26, 2012

JALAN, ORDER & MAKAN : WONG SOLO, SEKSYEN 9, BANDAR BARU BANGI, SELANGOR

Assalamualaikum ...





Dalam entry lepas kat sini < ---- aku ada cerita pasai makan makan dekat ayam penyet best kat Seksyen 15, Bangi. Kali nie nak cerita pasai Restoran Wong Solo Ayam Penyet dekat Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor!


BFF aku, Si June yang ajak aku makan dekat Wong Solo. Masa tu time cuti sekolah. So, June tak perlu pun nak pergi ambil anak dia dekat sekolah. Lunch time boleh poya poya. Lagipun, sejak aku dan dia dipisahkan department ... amatlah jarang aku keluar dengan dia. Kan June kan ... kan ... kan .... mesti June tengah angguk2 skang nie :=)



Buku menu! Apa yang best??


Macam-macam ada ....


Bukan yang biasa-biasa sahaja, tetapi yang special pun ada juga .... tengok anak panah!! Apa ??? 
Poligami ????
Sharing is caring .... tapi kalau sharing kasih sayang nie, susah sket kot kot kot !


Aku dengan June duduk bersila, pergi pun memang betul2 time lunch ... dalam 1.30pm, so tempat semua dah penuh. Ramai juga yang terjah restoran nie upernye. Bersila pun bersilalah ... nasib baik dah kecik sket, takdelah kebas sangat bila bersila sampai setengah jam ;=)


Menu yang June order, set ayam penyet! Nampak sedapkan??


Dan air kelapa pun June yang order .... sedapnye!! Aku tak leh minum lagi air kelapa ... maniskan! Tak sesuai untuk atkins diet.


Yang nie aku order ... tapi sharing dengan June. Aku suka tempe dia. Sedap. Cili sambal aku tak suka sebab tak menepati citarasa lidah aku. Cam tak bestlah. Kalau dekat ayam penyet best sinum sambal dia lagi best kot!!


Aku juga order ayam kampung penyet. Rege RM6.90 je. Tapi aku heran nape takde tempe ... kat ayam penyet sinum siap bagi tempe bagai. Ayam kat ayam penyet sinum pun lebih sedap, garing dan sekata rasa dia berbanding ayam penyet Wong Solo. Wong Solo punya ayam kureng sodap eh!! Sorrry ... tak sedap bagi lidah akulah. Dia cam oily ... lembik sket cara gorengannye. Sambal pun tak best. hu hu



Itu komen akulah pasai Wong Solo, korang yang pernah pergi .... amacam??? .... Kena dengan selera korang tak?? Any komen??






CK : Makan ... makan ... dan makan, pastu diet ... diet dan diet!! he he he



DIET : TEH CINA

Assalamualaikum ...




Sepanjang aku menjalani atkins diet nie, aku juga turut minum sejenis minuman yang baik untuk kesihatan. Hari tu dah tayang kotak kat sini <------, hari nie nak tayang isi dia sekali. Aku amalkan minum teh cina. Beli dekat kedai ubat cina juga dengan mak aku. Thanks mak temankan ...



Betulkan teh cina? Dari China kot aku rasa nie.  Sekotak nie RM5.00 je. Murahlah sangat. Dah 3 bulan juga aku dok minum tapi still ada banyak lagi dalam balang. Jimat-jimat!!


Ini rupa teh cina berkenaan.  Biasanya aku guna 2 sudu teh, rendam dalam 1 mug air panas. Jangan taruk gula ye. Then biarkan teh berkenaan kembang dan mengeluarkan warna yang menarik. Bila dah kembang tu, korang tapiskan dan masukkan dalam bekas air untuk isian 1 liter!!



Ini bekas isian 1 liter aku. 1 mug teh cina yang panas-panas tu campurkan dengan air suam. Isi air suam sampai penuh satu bekas isian. Then bolehlah minum. Biasanya sehari aku minum 2 liter air teh cina nie. 


Aku dah google pasai teh cina, katanya baik untuk meningkatkan metabolisma badan. Entahlah bab nie aku  kurang pasti sangat, sebab aku tak research sedetail mungkin pun. Yang aku tahu sejak minum teh cina nie, ia amat baik untuk sistem pelawasan aku. Senanglah nak membuang .... yang besar ke ... yang kecik ke ... takda hal! Aku masih ingat pesanan seorang penceramah kursus protokol dan etiket. Dia cakap jangan ambil mudah kalau kita susah nak buang air yang besar tu. Kalau makan sehari 3-4 kali, kena buang juga sekurang-kurangnya sehari 2x!!!


Ini adalah untuk elak dinding-dinding usus dilekapi dengan najis-najis kering. Tak percaya?? Sila google sendiri. Aku guna bahasa aku bukan bahasa saintifik ke hape. Tak pandai nak explain la. Dulu aku siap ambil ubat yang dibeli kat farmasi untuk memudahkah sistem pembuangan. 


Tapi aku akui kata-kata penceramah tu, salah satu penyebab badan kita jadi lemau, diri kita jadi malas dan tak bermaya disebabkan kita hadapi masalah membuang air yang besar. Kira macam banyak toksinlah dalam badan. Aku pernah lalui keadaan ini. Jadi aku sharelah pengalaman bermakna dengan korang. Jangan anggap bab buang air yang besar nie cam jijik ke hape .... jangan ingat syok tak perlu pergi ke tandas ke hape ... Ingatlah ia amat tak bagus untuk badan anda!! Aku pernah beli clense detox tau untuk cuci usus perut aku nie ha!!! Tak mau jadi malaslah katakan ... ha ha ha. 


Ada juga yang cakap ..... minum teh cina nie boleh kurus!! Yang nie aku tak pasti sangat .... mungkinlah kot!! Sejak minum teh cina nie, berat laju sketlah turun jika aku kawal betul-betul atkins aku. Seminggu dua nie berat aku maintain sebab aku tak kawal makan jenis bergula. But start Sabtu aku dah balik kepada landasan atkins. Target 55kg belum lagi sampai apatah lagi 48kg ... jauhlah lagi!! Apapun akan diteruskan sampai jaya. Insya Allah!!!


Cuma aku nak cakaplah, minum teh cina semata-mata tanpa diet yang betul dan senaman, agak susah berat nak turun! Jadi diet juga dan bersenam dengan konsisten. Insya Allah boleh kurus rasanya :=)


Lepas nie nak kena pi cari supplement plak kat farmasi!! Nak bagi tenaga lebih sket ... maklumlah berjillian hampir setiap hari. Lembiklah ...





CK : :=)



Monday, June 25, 2012

SIANG MALAM TUTTI FRUTI

Assalamualaikum ...





Siang tadi masa lunch BFF aku Si June ajak pi Cyberjaya. Katanya ada port makan baik punya!! Aku pun apa lagi terus minta green light dari si teman nak kuar lunch dengan BFF. Dia kata ok, aku pun on jelah dengan June. Laju je meninggalkan office walaupun bukan lagi time lunch. Cekidaut awai-awai takut buss panggil. ha ha ha


Tempat makan baik punya tu nanti aku hapdet kat hangpa. June pun dah bising-bising kat aku pesal tak hapdate lagi pasai cerita pi makan dengan dia time cuti sekolah hari tu. Actually aku dah siapkan entry tu, tapi aku schedulekan. Rasanya Jumaat nie kot kuar cerita. he he he ... kenalah ikut turn kerajinan aku. Aku standby entry siap2 kot nanti mood malas update datang, entry dah ada dan cuma tunggu nak publish je!


Habis lunch tadi, June beriya nak tunjukkan jalan mudah aku ke port makan baik punya tu. Aku pun syoklah, nanti senang nak datang situ balik. Upernye ada udang sebalik mee maggi!! ha ha ha ... rasa terkena aku. Upernye dia tunjuk jalan tu sebab nak pusing dekat tutti fruti!! ha ha ha terkena aku! Memanglah jalan yang dia tunjuk tu senang nak pi ke port makan berkenaan, tapi dia sebenarnya nak makan eskrem kat tutti! Aku pun layan ajelah ... orang diet setakat merasa 1-2 sudu ajelah!




Ini eskrem yogurt tutti fruti yang June beli. Aku tunggu dalam kereta je. Malaslah nak keluaq. Jadi Puan Sri kejap ... alang2 June dah sudi jadi driver ai arini. Dan ini pestime aku pegang bekas tutti nie. Selalu makan dekat ice room je sebab dengaq2 tutti nie mahai! Mahai ka???




Memang mahai pun!! June kata yang dia amik nie semuanya berharga RM21.00. Mak aih ... bekas takdelah besaq mana pun. Mahai ... mahai ... kalau setakat nak merasa 2-3 bulan sekali bolehlah kot. Nasib baik aku nie hanya penggemar eskrem connetto. Kalau penggemar tutti, harus ranap! June kata dia tension ... sebab tu sibuk je dia nak makan eskrem. Aku layan je orang tension nie .. no hal. Cuma nak cakap ... yougurt dia adalah sangat sedap!!




Petang tadi plak, adik aku datang amik aku kat office memandangkan si teman ada meeting dekat Damansara. Aku skang kan malas drive kete, bajet jadi Puan Sri setiap hari (aminnnnn). Aku ajak adik pi Presint 15, sebab nak simpan duwet sket kat Bank Rakyat. Bila dah ajak teman kenalah upah. Lalu je depan tutti P15, terus minta belanja. Mentang-mentanglah hari nie aku gaji. Bukan main nak makan tutti ye. Takpelah ... dah sudi datang jemput dekat office, aku rela hatilah belanja. Kasi RM50, bukan main suka. Jangan habiskan semua kat tutti sudahlah ye, baki pulangkan. ha ha ha ha




Ini yang adik aku beli. Tak semeriah June punya siang tadilah. Ini pun dan RM16.00!! Aku merasa yougurt dia ajelah sebab sedap. Tapi makan pun 2 sudu kecik tu je. Nanti2lah makan sebekas. Nampak memang menarik, rasa memang sedap .... cuma tang harga tu aku rasa terlalu mahal sangatlah!!


Kiranya siang malamlah aku merasa tutti fruti walau setakat 2 sudu kecik dari bekas dorang-dorang nie. Takpelah nak diet punya pasal aku rela je menahan nafsu serakah aku nie. Takda hal punya!! Esok-esok bukannya tak boleh makan pun. 



Adik aku cakap tadi, "alah ... makan je bukan nak rosakkan diet tu pun!". Susahkan kalau cakap dengan orang yang tak faham atkins nie. Aku relaks-relaks je lah senyum. Malas nak layan .... cukuplah setakat merasa je, sebab kalau salah rasa boleh rosakan ketosis dalama atkins. Tak faham?? Google sendiri yek ... he he he






CK : Banyak dugaan juga berdiet nie .... 

PETUA MURAH REZEKI

Assalamualaikum ...






Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima ...




1. Rajin bersedekah.
Sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
"Hendaklah kamu semua mengharapkan turunnya rezeki dengan bersedekah."

2. Bangun tidur awal pada waktu pagi.

3. Bermanis muka.

4. Berbicara dengan baik dan berfaedah. Meninggalkan sikap suka berborak kosong dan membicarakan hal-hal yang tak berfaedah langsung.

5. Rajin menyapu dan membersihkan halaman rumah dan tempat-tempat lain dalam rumah.

6. Elakkan selalu duduk dengan para wanita kecuali anda mempunyai hajat tertentu.

7. Mempunyai bakat tulisan yang indah. Tulisan yang indah merupakan kunci rezeki yang menyebabkan terbukanya pintu rezeki.



[sumber : ePetua




CK : Selamat beramal!!

BOTOL

Assalamualaikum ...













Dah lama tak try skill amek gambar yang tak seberapa ...

Akhirnya, botol jadi mangsa!!

Kira update entry jugaklah kan ... he he he 






CK : Bilalah nak beli dslr??

JALAN, ORDER & MAKAN : AYAM KAMPUNG, RESTORAN TUAN FARIDAH, PUCHONG SELANGOR

Assalamualaikum ...






Sebut sahaja ayam kampung dekat Puchong, salah satunya yang femes adalah Restoran Tuan Faridah. Aku and geng memang dah kerap kali datang ke sini .... untuk lunch! Kalau weekdays, time lunch ramai orang gomen ajelah aku rasa. Muka-muka Putrajaya kot! heeeee

Restoran berkenaan ... signboard dia dah malap la. Dia tulis NASI AYAM KAMPUNG

Aku and geng sekarang dah jarang lunch dekat luar, selalu harap menu kat cafe office yang kadang lambat hanya tinggal kepala ikan kembung dan sayur sawi kontot 2-3 batang. Ergkkkk .... cafe office aku memang menjadi tumpuan dari orang gomen sebelah menyebelah. So, tuan punya building pun tak sempat menjamu selera di cafe sendiri. Nak rasa menu banyak, lauk best kena turun pergi cafe 11.30am ... ah! agak-agaklah, mau kena sound tepek dengan boss! Keluar kul 12.45pm pun dah pandang aku sampai senget mata. Kan boss kan .... kan ..... kan ....



Sabtu baru nie, setelah sekian lama tak ke ayam kampung di Restoran Tuan Faridah, Puchong ... makanya aku ajak si MB pergi lunch dekat sana. Wajib pergi awal. Sebaiknya kul doblas korang dah ada dekat sina, lambat kalu .... lauk banyak yang takdo! Kalau hari bekerja pun macam tu, sebaiknya sampai kul doblas gak. Dah sampai kul doblas, kul berapa pula kena kuar dari office kalau dah ko dari Putrajayakan? Fikir-fikirlah sendiri .... nak ngular lebih cakap ajelah pergi site! Untung aku boleh lawat site, tapi aku cukup malas pergi site. ha ha ha ha!! 


Signboard nie clearlah sket .... RESTORAN TUAN FARIDAH

Bernasib baik, masa kami sampai ... orang belum ramai. Boleh pilih lauk suka hati. Tapi tak suka hati sangatlahkan .... gaji baru masuk arini. Duit yang ada Sabtu lepas paras-paras hidung je kot. he he he. Adatlah, aku ni asal bunyi guruh kat langit, mulalah nak curah air kat tempayan tu. Nak makan sedap aje, dan 2-3 hari nak gaji je, mood aku mulalah nak shopping dengan baki gaji yang ada!! Perangai buruk ...




Tempat makan nie memang best sangat menu dia. Bagi akulah! Dietkan ... jadi menu pun ala kadar je aku ambil yg sesuai dengan atkins. Ala kadar ke?? he he he. Aku amik ikan kembung percik, ayam kampung dengan bayam masak lemak. Serasi!! But, Sabtu lepas aku kuciwa sket dengan ayam kampung dia. Selalu sedaplah sangat ... sebab kegaringan dia. Haritu tak garinglah pulak, rasa still maintain sedap dan segar. Ikan percik dia memang sedap, lembut, manis ikannya adalah terasa!! My peberet sayur ... bayam tu aku memang suka dimasaklemakkan. Hanya sayur bayam je aku boleh ratah sesaje. Kalau sayur lain sebaiknya aku kena makan dengan nasi. Tapi, nasi tak boleh makan kan ... atkins diet kan. Ini menu aku .... menu dia plak .... lagi best dari akulah!!




Ketaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaam!!!!!! Ketam masak lemak, telur asin dan kerabu ikan bilis. Macam biasa, makan nie perlu share-share. Tak bolehlah sorang ambik semua lauk. Ambil yang dipersetujui then tukar-tukarlah. Adat dan cara nak jimat duit. Lainlah kami berdua gaji 2-3 ribu! No hal kot nak ambil ketam sorang dua ....


Ketam nie sedap. Ketam betinalah paling sedap sebab ada telur. Yang dalam gambar tu memang ketam betina. Ada telur banyak. Segar plak tuh!! Huihhh .... walau dapat makan sorang sebelah je, syukur Alhamdulillah!!  Kerabu ikan bilis kat sini memang peberet aku. Tak payah nak cakap lebihlah, semua sodap!!! Sodap!!! 



Untuk semua menu dekat atas tu RM21.70 termasuk air suam dan air kelapa. Cukuplah membayar time belum gaji nie :=) Apapun, tak boleh selalu makan camnie ... hu hu!! Sesekali bolehlah, banyak kena jimat sebab tahun depan nak travel jauh. hu hu



Korang patut cuba kot makan dekat sini. Time dia aku tak sure .... rasanya makan tengahari je kot! Ahad kalau tak salah aku tutup. Entahlah ingat-ingat lupalah plak!!


Hilang rasa ngidam sudah! Hati pun senang :=)









CK : Kembali kepada landasan diet semula ....