Assalamualaikum ...
Hari nie Ahad ... mood masih kat rumah jugak! Best dan syiok terlampau abiskan seharian dengan anak-anak buah semalam. Bergaduh sana sini dengan dorang. Siap makan-makan. Pastu tido-tido. Layan movie. Malam ... makan lagi! Seronok-seronok! Rasa bahagia hati CK semalam. Yelah selama nie asyik ngadap kerja je. Boring jugak. Sesekali spent time dengan family ... perghh nikmat tak terkata. Tambah pula dengan anak-anak kecil ... keletah mereka yg buat CK tak boleh tahan. Gelak je. Bila tanya ada je yang menjawab ... pandai pula.
Sebelum pergi rumah abang, CK buat bihun goreng kicap. Tak mau kasi pedas, nanti anak-anak tak boleh makan. So, yang dewasa pun kenalah makan ala kanak-kanak jugak!
Ini bihun gorengnya! Bertambah Si Huda makan. Sedap la kot ... ha ha ha. Tak pun lapar. Tapi rasanya sebelum tu dah makan roti canai dengan capati.
Sambil layan cerita KONGSI kat Astro First, CK siap layan buku masakan kakak CK. Rajin naw dia buat kek. Masa CK nak balik siap buat chocolate cake. Tapi tak sempat nak makan sebab tengah bakar lagi. Takpa lain kali ye! Kakak CK memang terror buat carrot cake juga. Memang sedaplah!!
Habis layan buku cake, layan buku nie pulak. Best! Banyak ilmu yang boleh diamalkan. Nak pinjam segan, so kena pi cari kat kedai buku lepas nie.
Lepas makan-makan, layan buku and movie ... si chubby DINI nie tido atas lengan CK. Dah bergolek sana sini. Janji dengan dia nak bawa pi Giant tapi tak jadi sebab abang dengan kakak dan bawa dia pergi Tesco beli barang-barang dapur.
Lepas je si chubby Dini bangun tido, siap minum sirap dalam botol terus keluar pi jalan-jalan kat luar! Amik angin lah. Terperap kat dalam rumah je tak bagus untuk kesihatan. Bawa keluar kasi lompat-lompat bagi peluh sikit.
Lepas teman Si Dini jalan-jalan luar rumah, jaga si kecik muka Jepun ni pulak. Alahai mata dia sepet naaau! Asal CK pegang je nangis ... hu hu hu! Nape la gamaknya kamu kan? Sudahnya pegang tapi jangan kasi dia pandang muka CK ... dah tahu benar muka nie tak lawa mcm mummy dia. ha ha ha
Tengah lepak-lepak tengok sis CK main badminton ngan si Huda, Si India jual suratkhabar datang collect payment bulanan. Ada sorang lagi yang tak join sesi kami lepak kat luar nie. Mestilah si abang ... dia nie raja tengok tv! Asik2 karton ... ajak main kat luar pun tak nak!
Masuk dalam rumah terus letak si kecik nie. Ini tak nangis sebab CK asik amik pic dia! Tiap kali amik gambar mesti diam kejap. Konon-konon berposinglah tu.
CK ingat nak balik kul 6.30pm, siap2 dah! Tapi abang suruh balik lepas dinner. Dia masak tomyam ayam, telur dadar then goreng ikan sepat. Perghh sedap jugak dapat makan ramai-ramai. Abang masak! Dah lama tak makan masakan dia ... terbaik la! hu hu
Masa nak balik akak cakap kek belum lagi masak. Tak dapatlah nak makan katanya. Takpa kak ... lain kali ada lagi ... he he he. Minggu depan ke? CK memang boleh pergi rumah abang bila2 masa je, sebab CK satu2nya adik yang pegang kunci rumah abang. CK dulu stay ngan abang masa rumah kat KL dan rumah baru abang nie sebelum CK pindah Putrajaya.
Memang bermaknalah hari Sabtu semalam! Terima kasih Tuhan ... segalanya berlaku dengan gembira sekali.
CK : Hari ini dok rumah layan tv, blog then nak masak sorang2. Adik CK kuar dating ... pandai pulak dia bangun awal hari nie ... ish ish ish!! Tak tahulah nak cakap ape ... hu hu
comel bdk jepun tue ^^ ulu~
ReplyDeletepenuh aktiviti. :)
ReplyDeletedah jumpa ke cr buku pagar hikmat tu? sy pn dah lama cr buku tu...
ReplyDelete