Saturday, June 25, 2011

Tak Sia-Sia Cari Lokasi .... Akhirnya Berbaloi-Baloi Rasanya!

Assalamualaikum ...

Kalau korang yang selalu jenguk belog saya, pasti perasan yang saya update hanya 1 entri 1 hari dalam minggu nie. Tabiat yang amat "not good" bagi seorang blogger picisan. hak hak hak! Sorry ... saya sibuk dengan diri sendiri dan kerja. Takda entri motivasi ... takda entri resepi ... takda entri jalan-jalan ... kiranya semua entri yang sepatutnya saya fikir perlu dikongsi ... saya tak buat! Kadang-kadang dunia blog nie ada pasang surut ... mungkin sebab busy dengan kehidupan seharian yang lebih penting atau mungkin idea nak menulis dah gone! Mungkin la ...

Okeh ... saya bukan nak cerita sangat pasal apa entri saya kurang sikit seminggu nie. Hingga bagi kesan teramat merudum kepada traffic belog. Tapi takpe ... akan diusahakan kembali agar traffic belog kembali kepada asal atau setidaknya up lebih sikit! Baru semangat nak menulis ye dak??

Saya baru balik dari Desa Pinggiran Putra. Lepak kat kedai makan sebelah Optic 69! Ini semua gara-gara Maharaja Lawak Akhir! Ist time layan ML nie secara live ... selalunya dah basi lawak tu baru saya layan kat youtube. Orang lain dan habis gelak, saya baru nak masuk gear untuk gelak! Erghhh ... kesian ... amat ketinggalan dowh!

Incik Babah dah siap booking tempat kat kedai makan tu kul 9.00pm lagi. Kul 9.00pm baru dia sms suruh saya gerak. Biasalah time tulah baru nak mandi and siap ... 9.40pm baru sampat kat lokasi yang jauh dari rumah tu! Nasib orang yang tidak langgan Astro Warna ... melilau cari port nak layan ML Akhir nie. Alhamdulillah dapat juga layan. Kedai makan tuh memang penuh giler! Memang berbaloilah ML Akhir nie ... tak sia-sia Incik Babah cari lokasi sebab saya dah siap melalak kat dia dari siang minta cari lokasi. Terima kasih Incik Babah ... "awak selalu memenuhi permintaan teman awak yang satu nie kan!"




Paling best bila S.E.P.A.H ... jadi juara! Best giler hokeh! Memang layak SEPAH jadi juara. RM350K dikongsi bertiga. Memang rezeki anak Shuib. SEPAH memang konsisten dari minggu pertama sampai final. So, lawak dorang memang boleh diterima ramai. Sukalah dengan si Shuib yang chomel tu ... OMG Dafi ... he he he! Tapi musykil kenapa dialog Mamat cam sangat-sangat sedikit kali ini. Yang banyak cakap and lawak pun Jep ngan Shuib! Incik Babah bagi 8.5/10! Ha ha ha ada juri luar tak berbayar rupanya. Dah macam nengok Mari Menari pulak siap bagi markah camtu ...

JOZAN pun best!Menang RM250K ... banyak  tuh dibahagi 2 orang jew. Dorang nie memang part gaya memang terbaiklah. Memang dah agak Jozan akan dapat naib juara ... he he he. Rasanya persembahan dorang masa minggu-minggu sebelum final ada yang lagi baik dari persembahan final. Apapun dorang memang layak dapat naib juara! nano ... nano ... nano! 7.5/10 untuk keseluruhan.

NABIL ... tempat ke-3! Berbanding semua Nabil memang menang duit! Yelah RM150K tu dia hadap sorang jer. Lawak dia yang part mula sekali bagi saya tak berapa nak menjadi. Nabil memang failed dari segi timing .... lawak yang 2nd tu dah nak menjadi! Tapi biasalah dia failed lagi dari segi timing sampai loceng dah bunyi dan AC Mizal pun dah masuk. Macam potong stim sikitlah kat situ. Jujurnya saya cakap ... ingat Nabil akan dapat no. 4! Sebab lawak dia ... agak kurang sangat! Incik Babah cuma bagi kat dia 4.5/10 jew!

JAMBU bawa pulang RM50K! Suka tengok Yus and Tauke yang sempoi and sporting. Walaupun dapat no. 4 tapi muka dia memang muka bersyukur. Takdelah macam Raja Lawak Musim yang baru nie ... mungkin ingat akan jadi juara tapi sebenarnya tidak ... amik hadiah pun macam nak tak nak je! Sebenarnya dia tak lawak pun ... tumpang lawak yang sorang tu je! 

JAMBU paling best yang part muzikal tuh ... memang saya suka sangat ... lawak dowh! Memang kena lagu dengan jalan cerita. Suka bila Zila Bakarin pula yang keluar ... alahai sweet sowh! Incik Babah gelak sampai kuar airmata! Ramai giler orang kat kedai makan tu siap gelak tepuk-tepuk meja lagi. Huh! macam tengok Final Piala Malaysia je! Seriuslah antara semua ... part muzikal memang yang terbaik jatuh kepada Jambu. Cumanya lawak 1st tu ... kurang buat usus dan pankreas saya ketawa berdekah! Apapun lawak 1st tu lagi better dari Nabil punya lawak. Cuma yang muzikal tu memang mengusik ginjal sungguh! Seriuslah kedai makan tu gamat dengan gelak ketawa! Untuk part muzikal Jambu, Incik Babah bagi 8.5/10!


Umang aih ... panjang bebenor ulasan saya pasal ML Akhir nie. Apapun saya sebagai penonton memang puashatilah! Walaupun tak langgan Astro Warna ... tapi tetap dapat layan juga setelah usaha mencari lokasi telah diberjayakan oleh Incik Babah! Terima kasihlah kat tauke kedai makan tu sebab kasi semua orang lepak makan sambil layan Maharaja Lawak Akhir!!




CK : Esok pi kenduri kahwin kat Paroi, NS! Bestnya dapat makan nasi minyak ... nak tunggu makan nasi minyak diri sendiri tak tahu bila lagi ... he he he!

4 comments:

  1. sepah terbaik! bila nak makan nasi minyak CK ni? heee. :)

    ReplyDelete
  2. Ya, memang sudah diagak. SEPAH memang besst. JAMBU pun.

    ReplyDelete
  3. wahhh..
    cik pulau tak pernah layan raja lawak..
    apatah lagi maharaja lawak..
    tumpang2 dengar orang duk cakap je..
    kih3..

    sebab kat umah xde astro..^^,

    ReplyDelete
  4. Sepah mmg best. Lagi yg MANISNYA KURMA INI. hahah. Kami pecah perut kot. hee. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!