Assalamualaikum ...
Satu perkara yang saya sering terfikir. Kenapa seseorang itu tak produktif dalam bekerja. Malas. Mengantuk. Tidur di pejabat. Ponteng. Datang lambat. Dan pelbagai lagi isu disiplin lain yang biasa kita dengar. Yang lebih teruk melawan ketua. Atau bersikap kurang ajar dengan rakan sekerja.
[Tidur kat worstation ghuper ini ... memang buruk laku namanya!]
Kadang-kadang manusia macam ini wujud bukan disebabkan dia nie tak cukup gaji atau pun terbeban dengan kerja atau pun kekurangan skills. Semua itu bukan! Kalau kita kaji balik manusia ini menjadi tidak produktif adalah kerana ketidakpuasan hatinya dengan pengurusan atasan!
Percaya tak? Sila percaya dan kaji sendiri benda ini. Kalau korang nanti dah jadi ketua di pengurusan tertinggi jangan asyik hantar staff pergi kursus bila dia tak produktif. Berkemungkinan dia dah cukup skills malah berlebih-lebih .. mungkin ada benda yang tersimpan di hatinya berkaitan ketidakpuasan hati terhadap pengurusan! Sebagai ketua yang baik haruslah sentiasa mendekati staff bawahan. Jangan asyik nak salahkan staff bawahan sahaja.
Paling penting berilah mereka semangat kerja yang baik dan wujudkan suasana kerja yang harmoni serta kerja dalam pasukan yang hebat! Kalau kita sebagai ketua tidak mampu melakukan sedemikian, tak mampu untuk mendorong mereka untuk bekerja dengan baik dan cemerlang ... janganlah pula kita hilangkan dorongan yang ada dalam diri mereka untuk bekerja sebaik mungkin!!
[Semangat berpasukan itu penting untuk menghasilkan kerja yang lebih efisyen]
Ingat! Tanpa staff bawahan ... organisasi takkan capat misi dan visi. Begitu juga tanpa pengurusan atasan ... kerja2 staff bawahan tak dapat dilaksanakan secekap mungkin. Golongan bawahan dan atasan saling perlu memerlukan dan saling lengkap melengkapi!
Berilah penghargaan pada diri sendiri dan juga staff bila berjaya dalam sesuatu tugas yang dipertanggungjawabkan. Penghargaan tak semestinya selalu diberi. Sesekali sudah cukup buat staff bawahan merasa mereka dihargai dan diperlukan. Kalau beri kenaikan gaji ... memang menarik ... atau bonus ... pun cukup baik ... atau anugerah cemerlang ... pun ok ... atau makan besar ... errrmmm perut kenyang!! Penghargaan kadangkala akan memberikan staff bawahan satu semangat untuk mereka bekerja dengan lebih baik!
[Kalau korang adalah seorang ketua, hargailah staff korang! Terima kasih .. pun dah buat dorang tersenyum! Tapi sesekali berilah hadiah ... jgn asyik terima kasih je]
Pernah dengar tak ... kadangkala orang sanggup berhenti kerja bukan disebabkan gaji! Tapi sebab suasana kerja dan tidak puashati dengan pengurusan atasan!! Selalunya begitulah ... gaji tidak menjadi hal sangat ... kalau pengurusan atasan bijak menjaga kebajikan staff, bertoleransi dan mempunyai hubungan yang baik dengan pihak bawahan!!
Untuk staff bawah-bawah nie, kalau boss korang tak hargai korang takpe! Niatkan kerja untuk ibadah. Habis kerja balik rumah ... layan Nora Elena ke? Minggu last kan Nora Elena?? Kalau korang berjaya capai target dalam kerja sendiri pada hari tu ... berilah penghargaan pada diri sendiri. Contohnya pergi shopping ke ... beli kasut, baju, seluar atau apa aje ... tak pun pergi kuar makan kat tempat yang korang suke!! Ok tak idea nie?? he he he
CK : Saya sedang memotivasikan diri saya sendiri sebenarnya!! Mencari ruang mengembalikan zaman kegemilangan ....
betul tue
ReplyDeletesama ada anggota bawahan dan anggota atasan masing2 saling memerlukan.
betul tu CK.kdg2 org atas ni tak sedar yg org bawah ni yg berkerja keras utk kejayaan dorg ni.
ReplyDeleteEdura > saling perlu bagai aur dgn tebing ...cheeeewah
ReplyDeleteRara > mrk nie sbb dh kat atas ... mula lupa jasa org bawahan
smpi skang sy xpuas hati budaya kerja kt sini kak.. terus terang sy cakap, Melayu ditindas habis-habisan... bkn nk racist, tp ni la kenyataan...
ReplyDeletebetul tuu..tapi, kalau peg tu bermula dari bawah, insyaAllah mereka takkan menyalahkan org bawahan jee..selalu yang over ni yang terus jd peg atasan..
ReplyDeletekejayaan orang atas adalah disebabkan orang bawah.
ReplyDeletealhamdulillah bos sha ok je tapi staff je yg lebih2
ReplyDeletetoleransi tu penting...yg atas x leh tindas yg bawah...
ReplyDelete