Thursday, June 9, 2011

Kenapa Tiba-Tiba Kagum ? Hebat Sangat Ke Saya Ni Nak Kagum-Kagum??

Assalamualaikum ....

Nak update jugak, walaupun saya tahu saya ada kerja. Kalau tak update pasti saya lupa lagi. Kerja saya pun dah tinggal 2 helai lagi settlelah. Pastu buat kerja lain pulak. Anggaplah entri ini sebagai take 15 pulak. Semalam take 10, hari ini up lagi 5! *baguih betul hang nie kan!!*

"SAYA KAGUM DENGAN KEKUATAN AWAK!"

Wall post dari GF kepada kawan Incik Babah. Lunch tadi sempat layan FB rumah satu untuk 15 minit. Jadilahkan ... layan FB lama-lama pun yang jiwang-jiwang jer keluar sebagai post. Nanti kena kutuk ngan boss lama lagi. ha ha ha

Bila dapat post mcm tu terus saya post kat dia balik ... "Kenapa awak kagum dengan saya tiba2?". Belum dapat jawapan. Nak online FB memang tak boleh time pejabat. Kena tunggu balik rumah ke ... baru kita berbalas-balas komen. 

Saya memang pelik kenapa dia tiba-tiba kagum dengan saya. Dah agak selalu jugalah saya keluar dengan dia. Tapi kami tidak seramah di FB. he he he. Malu oke...sebab dia lagi cantik dari saya. heeeeeeeee. Takda kena mengena. Tapi betul dia cantik kat mata saya.

Cuma saya tengah pelik pasal kekaguman dia pada saya. Kenapakah? Tiba-tiba pulak tu. Kalau nak kagum pasal saya nie nampak tabah lepas kecewa tahun-tahun sebelum tu. heeeeeeeee .... saya dah kuburkan cerita lama tu. Yang ada sekarang adalah satu kehidupan baru. Walaupun ada benda yang lama. Buku baru dah lama dibuka. Menerima kegagalan dan kekecewaan tu pun masih berjalan sebagai satu proses kehidupan yang tak tahu bila akan lenyap. Tapi seakan sedikit demi sedikit masa telah merawat hati saya. Mungkin juga saya dilahirkan bukan sebagai manusia pendendam. Kalau pasal benda itulah dia nak cakap saya tabah, mungkin Mr. Z dah cerita kat dia kot siapa saya sebenarnya dalam kehidupan seseorang itu!.

Kalau kerana itulah dia kagum dengan ketabahan saya, saya sebenarnya lagi kagum dengan kawan mesra saya YANG INI! Saya baru kenal dia 15 hari masa tu, tapi suami kesayangannya telah diambil Allah.swt Siapa sangka Allah nak beri dia dugaan yang cukup hebat. Sedangkan masa tu dia ada 2 orang anak lelaki. Dan anak lelaki sulungnya adalah OKU! Bagi saya dia seorang ibu tunggal yang sangat-sangat tabah! Kalau saya kat tempat dia mungkin saya dah meraung-raung. Tapi percaya tak ... bahawa Allah swt memberikan ujian serta dugaan kepada hambaNya atas kemampuan hambaNya untuk menanggung.

Di kala orang di officenya berkata macam-macam pada dia. Dia masih tersenyum. Kalau melihat dia, mesti orang tak sangka dia lalui kekecewaan yang lebih hebat dari saya! Saya ni hanya putus cinta. Manusia yang tinggalkan saya pun masih hidup dan saya masih boleh nak minta tolong itu ini. Tapi kawan mesra saya ini, suaminya telah meninggal! Dia tiada adik lelaki. Daddy dia pun telah meninggal setahun lepas. Tiada lelaki dalam kehidupannya. Ketabahan dia lagi-lagilah saya kagum.

Kami juga pernah bergaduh! Merajuk! Sampai saya call dia, dia tak nak jawab call saya. Bila jawab dia siap marah-marah saya lagi. Semuanya sebab mulut orang yang fitnah kami. Barulah kami tahu ada yang tak suka kami jadi kawan baik. Tapi Alhamdulillah kami masih baik. *Doa semoga berpanjangan!*. Walaupun baik macam mana pun, saya tak pernah sesekali nak usik atau sibuk kisah peribadi hidup dia. Saya tak pernah tanya dia nak berkasih dengan siapa. Nak bercinta dengan siapa. Habis kuat saya akan tanya pasal anak-anak dia dan mummy. Soal hati dia, biar dia sahaja yang tahu. Ada jugak orang-orang yang kepoh bertanya dia berkasih dengan siapa. Saya akan jawab, "ntah saya tak tahu! pergilah tanya dia sendiri!".

"Awak, saya tulis nie ... sambil nangis. Awak kawan saya, biarpun kita tak lagi rapat macam 2-3 tahun lepas! Saya sayang awak sebagai kawan saya. Saya doa awak bahagia, tabah dan urusan hidup awak dipermudahkan olehNya! Saya kagum dengan ketabahan awak, walaupun awak juga salah seorang yang pernah menyatakan rasa kagum dengan ketabahan saya!

Saya nak stop kat sini .... dah tak boleh  teruskan lagi! Bukan sebab nak buat kerja ... tapi rasa nak menangis mencurah-curah!!

Sebelum tu ... sapa-sapa yang nak belajar make-up dengan DEW ACADEMY ... boleh pergi kat laman web academy ini di SINI!



CK : Kesat airmata! Kadang-kadang kita tak bercinta pun orang tak suka. Ada kawan baik sesama kaum pun ada juga yang berhasrat untuk putuskan ... kenapa yek hati manusia begitu busuk sekali???

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!