Sunday, June 19, 2011

Ingatkan Dapat Hilangkan Rasa Mengidam! Tapi ... Buat Kecewa Lagi Adalah!!

Assalamualaikum ...

Blogging sambil layan Maharaja Lawak Minggu Ke-12! Nabil, Jozan, Sepah ... uiks ... menawan kalbu sungguh lawak korang! Biasalah saya manjang ketinggalan melayan Maharaja Lawak nie sebab kat rumah tak langgan Astro Warna. Astro kat rumah nie pun rasa macam nak potong je ... geram ngan Astro nie yang caj bukan-bukan je sekarang nie!

Bukan nak cerita perihal Astro. Cerita macam-macam pun dia juga yang kaya raya! ... Tapi nak cerita pasal pagi semalam. Pagi semalam yang buat saya rasa kecewa ... ingatkan dapatlah hilang rasa ngidam. Sebelum tu, jom kita layan gambar supaya korang tahu di mana yang buat saya kecewa benar pagi-pagi semalam. 


Melepak dengan Incik Babah di sini! Tahu kat mana nie? Inilah kolam renang di Kompleks Kejiranan Presint 11, Putrajaya. Pagi-pagi lagi saya dah calling-calling Incik Babah ajak pi breakfast kat luar. Tak sedar diri ... dah hujung bulan masih nak makan kat kedai! Malas masaklah nie ... ha ha ha


Rasa teringin nak swimming jugak! Last swim kat sini rasanya tahun lepas kot. Lepas tu saya dah jarang dah pi swimming sampai sekarang. Lagipun dah tak ada teman nak swim sama. Incik Babah tak pandai nak swim ... jadi dugung tepi kolam dia pandailah!


Dah menjamu mata dengan persekitaran kat Kompleks Kejiranan Presint 11 nie, terus pergi Medan Selera. Nama medan selera nie Seroja! Ini first time breakfast kat sini. Cuma nak try sedap ke idak.  Selalu datang kat sini petang je, itupun minum je! ... Aman sikit dok lepak sini sebab tak ramai orang!


Nampak cantikkan? Kat sini ada TV tau, so boleh layan makan n minum sambil tengok TV... Tapi ada banyak lagi gerai yang belum di buka kat medan selera ini.  So, pilihannya memang tak berapa banyaklah. Yang famous kat sini Sup Urat Keting UK ... alah yang ada kat Bangi, Seksyen 7 tu! Tapi sup urat keting nie buka tengahari.


Dah pusing-pusing, duduk dan mula order minum! Wah ... pagi-pagi dah macam omputih. Saya order orange juice suam dan nescafe panas untuk Incik Babah. Dah minum rasa nak makan pulak walaupun sebelum sampai kat sini dah siap beli karipap dan Incik Babah gorengkan nugget.  Melantak dalam kereta. Pastu teringin pulak nak makan  NASI LEMAK!. Incik Babah dah tahu saya dok melalak tak hingat asik sebut pasal nasi lemak 3-4 hari lepas. Dia tahu SAYA TAK SUKA makan nasi lemak, tetapi bila sesekali teringin mahu melalak tak hengat. Pastu terpandanglah satu gerai tu jual nasi lemak kukus daun pisang! Perghhhh teruja habis!


Memang tengok tu indahlah nasi lemak nie! Tapi nasi lemak inilah yang buat saya kecewa. Tahu tak kecewa??? Ingatkan dapatlah hilangkan rasa mengidam dan teringin yang amat ... tapi buat rasa kecewa lagi adalah!! 

Nasi lemak ni mentah! Tak cukup masak. Terasa beras dia tau. Baru makan 2 sudu ... dah lah beli 2 bungkus. Terus Incik Babah suruh saya cakap pada abang gerai yang jual tu. Bila saya pergi cakap kat dia ... "dia buat muka tak bersalah je!". Saya pulangkan balik nasi yang saya tak usik tu. Dan dia pulangkan duit balik utk yang satu tu je! Oklah kan ...

Peniaga nie kadang-kadang buat pelanggan kecewa ... masak kadang-kadang setakat nak dapat untung je! Bukan nak masak betul-betul dan bukannya nak masak serta jual sambil buat kebajikan! Terus saya pi order roti canai ... tapi tak sempat nak snap gambar sebab roti canai tu sedap!

Lepas nie kalau nak makan nasi lemak ... masak sendirilah!! 



CK : Orang yang sembang besar macam terror ngan saya ... rupa-rupanya biasa sahaja saya tengok! Orang selalu memperlekehkan saya dan anggap diri mereka bagus, tapi bila saya sendiri tengok dengan mata kepala sendiri ... "tak adalah bagus mana pun! lebih kurang saya jugak!"

9 comments:

  1. Mandi kolam lah aktiviti paling best sekali. huhu. :D

    ReplyDelete
  2. Umedia > awak mesti rajin swim kan??

    ReplyDelete
  3. alamak, potong selera kalau nasi lemak mentah, aduhai.

    ReplyDelete
  4. huh..2 memang mematikan selera...bau jek sedap kalo mentah wtpe kan...

    ReplyDelete
  5. pool tu macam familiar..a'aa la..pool tempat anak2 saya buat kuak lentang. hahaha..ada masa bleh na gi sama. tapi saya tak reti swimming.

    ReplyDelete
  6. nak masak nasi lemak.... teruja !! sila hantar ke presint 18 R 8 tingkat 3 umah No. 5 tau,, yang tuan umahnye ngah sarat sgt tue..hihihi

    ReplyDelete
  7. tulah..nak sedap msk sendiri!untuk org kedai tak ckp camtu.haha..emm klu tak sedap tu boleh gak terima,nie mentah, sy pun hangin.huhu

    ReplyDelete
  8. kalau nasi mentah, selera nak makan boleh mati terus.huhu

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!