Friday, June 3, 2011

Heaven Sangat-sangat Kalau Dapat Balik Awal!!

Assalamualaikum ...

Sekarang CK dah ada kat rumah! Sambil layan drama PUTERI SALJU kat TV3. Heaven terlampau dapat balik awal. Selalunya CK balik kerja lambat. Kul 7pm baru keluar office. Lepas tu lepak dengan kawan-kawan, makan baru balik rumah. Penat tau macam tu kalau hari-hari. Dah tu kerja pulak selalunya 7 hari seminggu kalau ada kerja urgent. 



Lunch tadi CK tak balik rumah walaupun rehat lama. Layan kerja kejap.  Layan blog then lepas tu CK tido kat meja dalam 20minit ... janji dapat stamina balik!

[Sakit leher tidur kat meja macam nie!]

Alhamdulillah hari ini dapat balik awal. Terus melepek depan TV. Siap basuh baju sekali. Esok nak balik rumah abang. Dah lama tak jumpa anak buah. Rindu sangat. Sekarangkan cuti sekolah. Nak bawa dorang semua datang rumah CK pun nanti tak ada sapa nak jaga. So, lebih CK pergi rumah abang je!

Hari ini puasa. Tak tahu nak buka puasa apa. Rasanya tak mau masak sebab nak rehatkan ruang dapur dan tuan badan. Cadang-cadangnya nak makan kat luar. Lepas tu macam nak jalan-jalan sempena malam minggu nie. He he he ... dah lama tapi pi KL!!

Korang selalu ke balik kerja awal?? Mesti best kan ...




CK : Alhamdulillah masih ada kerja! Balik awal atau lambat .. letakkan di nombor 2 atau seterusnya. Kerja adalah ibadah ...


No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!