Assalamualaikum ...
Baru dapat online! heeee suka sangat ... pagi tadi saya hanya mampu buat autopublish entry. Seharian tak dapat jenguk FB dan belog. Rasa lapang juga kepala otak nie. Tapi dalam hati rindu kat belog. Bila dah dapat online ... mood nak update ... uiks idea pula ke laut! Okeh yang nie tipu, memang ada idea pun ... takda ke laut pun idea tu sebabnya Putrajaya dengan laut punyalah jauh! Saya ada benda nak share dengan korang yang dah jadi mak ayah. Kepada mereka yang ada anak-anak buah pun boleh juga!
Sila amalkan petua ini untuk kebaikan ...
Untuk mak ayah, mummy daddy, ummi babah, mama papa.... angah, achik, alang yang ada anak buah pun boleh amal hokey ...
Perasaan atau tidak anak-anak kecil kita (feel macam dah ada anak sendiri ... heeee) kadang-kadang tak dengar cakap mak ayah! Kita cakap ada jer yang dia tak nak ikut. Lebih nak ikut cakap kawan-kawan. Sedih hati mak ayah.
Ini adalah salah satu ikhtiar ... usahalah namanya nie. Selebihnya kita berdoa dan berserah kepada Allah Ta'ala. Kalau anak-anak korang masih kecil ... amat sesuai untuk diamalkan. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya!"
Bila anak-anak masuk tidur, 5-10 minit pertama anak-anak melelapkan mata, time ni dikatakan masa tidur-tidur ayam! Kiranya time minda di bawah sedarlah (unconscious mind). Korang bisiklah kata-kata yang baik di telinga anak-anak time macam nie ... contohnya ...
"Mama, sayang anak mama. Mama nak anak mama nie (sebut nama penuh anak) boleh bangun awal pergi sekolah!"
"Mummy, sayang anak mummy. Mummy nak anak mummy (sebut nama penuh anak) cepat sembuh" - ini kalau anak kita sedang sakitlah!
"Ummi sayang anak ummi sangat! Ummi nak anak ummi (sebut nama penuh anak) jadi anak yang baik dan dengar cakap ummi dan babah!"
Hokeh ... yang saya bagi ni semuanya adalah contoh. Banyak lagi doa-doa yang baik korang boleh baca pada anak-anak.Yang penting SILA AMALKAN SETIAP MALAM! Insya-Allah hasilnya adalah tidak mengecewakan anda. Usaha, doa dan tawakal ...
Bukan ibu je yang boleh buat! Ayah pun boleh buatkan untuk anak-anak. Yang di atas itu cuma contoh sahaja.
Bukan ibu je yang boleh buat! Ayah pun boleh buatkan untuk anak-anak. Yang di atas itu cuma contoh sahaja.
Kalau korang nak tahu minda bawah sedar sebenarnya berkemampuan menerima, memahami dan menyimpan mesej yang dibisikkkan melangkaui pendengaran biasa. Jadi mulai malam ini bisikkan kata-kata yang baik dan indah kepada anak-anak, semoga dengan bisikan kita yang baik-baik akan menjadikan mereka anak yang soleh dan solehah! Amin ....
Terima kasih sebab baca hingga NOKTAH YANG TERAKHIR!
CK : Ilmu ini dah lama saya dapat dan diberikan kepada adik saya untuk diamalkan pada anak dia. Cuma hari ini ilmu ini diulang semula dan saya ingin kongsikan dengan semua. Semoga dapat memberi manfaat !
InsyaAllah saya cuba..
ReplyDeleteermm..suke..like~ suke..like~ suke..like~ suke..like~ bape banyak kali dah~ ahaha..yang penting memang suke dan like lah entry nie~ memang kene sebut name penuh anak2 p0n~ sebab umpama mend0akan~ setiap name 2 kan ade makne nye sndri~ sebab 2 lah~ sEelok2 nye jangan letak name anak panjang2..satu senang nak panggil name penuh die selalu..xpakai name pndek2 atau name timang2an..due~ kalau name ank lagi pnjg dari mak ayah~ kuat melawan nanti~ orang kate lah~ zie xkate..hahaha.. wink3 >_<
ReplyDeletesedih pulak rara baca entry ni.rara setuju ngn apa yg CK kata.bisiklah kata2 ditelinga mereka.sblm tidur tu mmg paling baik.mereka akan sllu ingat.
ReplyDeletesadis =(
Insya Allah.. nak amalkan lah.. tq cik kamoo
ReplyDelete