Tuesday, June 21, 2011

Biarlah Adanya Diri Kita ... Menyenangkan Orang Lain!

Assalamualaikum ...

Kerja seorang ... lambat siap! Semuanya nak dilakukan sendiri-sendiri. Buat itu, buat ini ... kadang-kadang tak sempat. Berkejar ke kiri, berkejar ke kanan. Hinggakan tak sempat menarik nafas. Bila dapat duduk ... tersemput-semput jadinya.

Kerja dalam pasukan ... yang susah jadi mudah! Yang lambat jadi cepat. Buat kerja sorang sedikit ... cepat siap, cepatlah balik! Boleh horey-horey dengan keluarga dan kawan-kawan. Pentingkan muafakat dalam berkerja nie. Sebab itulah wujud pepatah "muafakat membawa berkat!". Memang berkat pun kalau kerja siap awal ... awallah boleh pergi pasar malam! heeeeee

Lihat ... pentingkan diri kita pada orang lain? Dan penting juga orang lain pada diri kita. Antara kita ingin sedar atau tidak ... terpulang pada diri! Hidup ini untuk saling melengkapi. Tak mungkin kita dapat laksanakan semua perkara di duniawi ini sendirian. Kalau tak ... tak mungkin Allah jadikan makhluk ciptaannya berpasang-pasangan! Memang kita saling memerlukan.



Bila kita adalah penting untuk orang lain ... biarlah adanya diri kita memudahkan kerja dan kehidupan orang lain juga! Bukankah itu antara jalan kebaikan? Janganlah sehingga diri kita dianggap, " si polan ini ada ke tak ada ke ... sama sahaja! Macam melukut di tepi gantang!". Maknanya diri kita langsung tidak dipedulikan ...


atau ...


"Si polan nie ... sikit-sikit MC ... lusa EL ... minggu depan cuti rehat!  Seminggu sampai 2-3 kali cuti. Boss tak cakap apa pulak. Datang kerja ... asik keluar pulak tu! Macam kerja kat company bapak dia pulak! Habis kerja nie asik bertangguh ... sapa yang  nak siapkan? Dahlah buat kerja lembap plus lambat!"


Kita tahu diri kita ada tanggungjawab terhadap kerja. Tapi kita buat endah tak endah sahaja. Seolah segala tugasan yang diberikan tidak penting. Mungkin kita lupa setiap tugasan itu berkait dengan orang lain. Jika lambat ... maka orang lain pun akan turut menjadi lambat. Lambat kerana kita! Tidakkan ini dinamakan kewujudan kita menyusahkan orang lain??? Kita punyai peranan masing-masing ... laksanakan ia!


[Genggam erat tangan ku ... teruskan hala tuju kehidupan kita!]


Fikir-fikirkanlah ... kerja kita ada saling kaitan dengan orang lain, jadi biarlah wujudnya diri kita akan turut menyenangkan mereka di sekeliling kita. Jika ikhlas ... ganjarannya pahala! Insya-Allah ... tepuk dada  tanya diri, akal dan iman ... apa untungnya kita "menyusahkan orang lain dengan cara begitu??"



CK : Tempoh berjimat cermat sehingga Hari Raya Aidilfitri nanti ... ekonomi sedang turun naik! Tak mengharap durian runtuh ... tapi menyimpan apa yang ada. Alhamdulillah ...

3 comments:

  1. Perkongsian bernas.
    Akan Awan ingat intisari entri ini.
    (n_n)

    ReplyDelete
  2. arap2 akoo boley mnyenangkan org skeliling akoo =)

    ReplyDelete
  3. Awan > terima kasih dear!!

    Akoo > Insya-Allah ...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!