Assalamualaikum ...
Malas ke? Busan? Menyampah? Atau dah meluat dengam kerja-kerja sendiri hari ini?? Uiksss ... jangan disebut atau didetikkan dalam hati rasa-rasa yang negetif macam ini sebab ia akan "menghancurkan" seluruh hari anda! Tahu kenapa saya cakap mcm tu? Mesti ada sebab ... takkan suka-suka nak cakap!
Kalau korang rasa letih, busan, mengantuk dan sebagainya cuba buat regangan dalam masa 5 hingga 10 minit. Kembalikan kesegaran diri agar boleh berkerja dalam suasana yang aman dan tenang! Selain itu, jangan terlalu mengucapkan dan berfikir hal-hal yang negetif!!
Jangan datang kerja pagi-pagi ... dah sebut BOSAN! Lepas tu siap ulang-ulang bercerita dengan kawan-kawan. Insya-Allah sehari tu memang bosanlah yang akan dapat. Tapi kalau dah jam 4.30 petang tiba-tiba nak cakap bosan tu mcm ok je kot sebab dah sepanjang hari korang lalui. Selalunya mustahil ... dan 4.30 petang tu takdanya nak bosan lagi sebab dah time balik kerja! Happy lagi adalah ... heeeeee!
Kita adalah apa yang kita fikirkan. Perkara yang positif yang kita fikir dan ucap akan menarik perkara-perkara positif menghampiri kita. Seterusnya akan buat diri kita rasa lebih bersemangat dan teruja untuk melaksanakan sesuatu. Manakala perkara negetif yang difikirkan akan menarik perkara negetif juga. Sebab itulah korang akan jadi malas, lemah, tak bersemangat, mengantuk dan bermacam-macam hal lagi. Inilah yang dinamakan hukum tarikan.
Lepas nie, bangun awal pagi2 sebelum pergi kerja tu cakaplah, SAYA RAJIN! SAYA BERSEMANGAT! HARI INI INDAH DAN BAHAGIA ... apa2 jelah kata2 baik yang boleh bagi korang rasa memang bestlah hari tu! Tapi jangan jerit kuat-kuat plak. Cakap depan cermin sudah! Jangan lupa amalan senyum depan cermin pagi2 ... itu adalah satu cara untuk menceriakan hari anda.
Kalau korang boleh ingat pepatah yang selalu diperkatakan orang, "berbuat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat", menunjukkan bahawa jika kita sentiasa berfikiran positif dan membawa aura kebaikan kepada orang lain, bermakna kebaikan jugalah yang kita akan dapat. Yang penting kita perlu yakin!
Oklah nanti kita sambung ... saya nak pergi kerja dah! Korang semua take care ye ... Love u'olls semua yang baca tulisan ini.
CK : Selain daripada memintda daripada Tuhan, kita perlu memiliki kesabaran dan kesyukuran!!
saya RAJIN! KENA MASAK SEDAP-SEADP DAN KENA BLOGWALKING UNTUK TAMBAH INFO!
ReplyDeleteokay tak?
kalo pg2 dh mangun lmbt,n stuck dlm jem cane CK.
ReplyDeleteMawar > Wah!! luarbiasa hebat tu ... teruskan!!
ReplyDeleteRara > sebab tu antara penyebab knp kita tak bersemangat. bila mulakan hari dgn perkara yg dah buat kita mooody ... sepanjang hari akan jad tak best utk kita
yeahhh..
ReplyDeletebermotivasi baca entry neh...
mulai esok nak cakap macam tu la..sata rajin..
xmalas2 lagi..ehhe
yeah, motivasi diri ni CK. :)
ReplyDeleteHoney > Mulai esok ckp perkara yg baik2
ReplyDeleteKami > yeeee cari motivasi!!! semoga masa depan lebih gemilang
rase cam b'semangat nak mule hari esok <3 huhu...
ReplyDelete