Thursday, June 30, 2011

Rupanya Ramai Yang Berjaga ... Kerananya ....

Assalamualaikum ...


Mata tak boleh nak lelap. Tidur tadi pun tak nyenyak. Rupanya akan dapat berita kematian. Ayah kepada officemate saya meninggal dunia sebentar tadi. Al-fatihah. Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin. Setiap permulaan pasti ada akhirnya dan setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Janji Tuhan ...

Sudahnya mata saya tidak dapat lelap lagi. Rasanya dah lama tak terjaga time sebegini. Dulu memang rajin. Time macam ini masih boleh bangun bersengkang mata buat apa yang patut. Itu zaman study ... bangun sahaja untuk solat hajat dan tahajud kemudian terus study sampai pagi! Waktu paling sesuai menela'ah ilmu. Senang masuk kepala dan senang untuk ingat. Untuk mereka yang masih student terutamanya ... sila amalkan! Tidur dalam jam 10.00malam kemudian bangun jam 2.00am atau 3.00am untuk study.  Otak yang baru bangun dari tidur macam ini memang fresh untk proses pembelajaran dan mengingat! Itu dulu ... rajin bangun untuk buat benda-benda mcm nie.

Sekarang??

Dah tak rajin lagi bangun. Balik keje penat. Tidur awal. Mimpi pun awal. Kadang-kadang sebab mimpilah yang boleh terjaga-jaga. Tapi still punya rasa malas nak bangun dari katil untuh buat hal-hal kerohanian. Ish! kenapakah? *sepatutnya taubat dan berubah ... *

Pagi ini bangun ... siap mandi segala. Kemudian teringat nak on lappy! Wah ... rupanya masih ramai yang berjaga pagi2 mcm nie! Terdetik ... mereka nie tak kerja ke pagi nanti??

Macam mana boleh tahu ramai yang masih berjaga??

Ramai yang masih berjaga time-time cenggini ... kerananya ... dan bukan keranaNYA...

Ramai berjaga sebab ... kerananya ...


  • BLOG ...

  • FACEBOOK ....

  • TWITTER .... dan etc ...

Zaman dah berubah. Bangun bukan lagi nak solat tahajud dan hajat. Bagi sayalah. Orang lain saya tak tahu. Jadi mula rasa diri macam kurang sangat ...


Nak kembalikan diri ke zaman-zaman dulu ... bangun keranaNYA memang perlu didik hati dan diri kembali sebaiknya!!




CK : Kenapa akhir-akhir ini tak macam selalu ... ada sahaja yang tidak kena??

6 comments:

  1. entry yg sgt2 bgs,mmg pun,sngnya mnusia ingt bnda yg dia nmpk drpd bnda yg dia "xnmpk",mudh pula ingt bnda didpn,sdgkn lupa "yg diats"..cpt pula mnghrgai&mnyanyangi bnda yg smntr,sdgkn yg hakiki dilupai,padahal "dia" snts mngingti..

    ReplyDelete
  2. tak salah bgun kerana laman sensawang..tapi dahulukan Dia, lepastu redah laa laman sensawang anda:)

    ReplyDelete
  3. bagusnye...peringatan yang bagus ;)

    ReplyDelete
  4. setuju tu kak.. kenapa berjaga bukan kerana-Nya.. *peringatan utk diri sendiri juga..

    ReplyDelete
  5. Conan > betul awak ckp... peringatan utk diri sy entri ini.

    Shcubert > yup!! dahulukan mana yang perlu didahulukan...

    Uya > Tq awak..

    Tina > sama2 ingat mengingati... mcm akk nie selalu lupa

    ReplyDelete
  6. betul tu kak.tu rara pon masa stdy bangun 3 pagie.solat dan stdy.tp skrg ni.bangun kepala ingat blog dh.hehehe truk.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!