Tuesday, June 14, 2011

Tanpa Kita Sedar ... Diri Kita Memberi Inspirasi Kepada Orang Lain!

Assalamualaikum ...

Alhamdulillah! Itu sahaja yang saya dapat lafazkan ketika ini. Rasa diri memberikan sesuatu  yang berguna kepada mereka yang tahu menilai kebaikan di dalamnya. Perkara ini berlaku tanpa saya minta untuk ia berlaku. Dan sememangnya ia berlaku tanpa saya mengharap atau menduga sedikit pun!

Kadangkala kita tidak sedar ... apa yang kita buat, apa yang kita tuturkan, apa yang kita tulis atau apa sahaja tindakan kita dipandang. dinilai dan diambil orang. Bagi mereka, mungkin dari segala yang kita lakukan ada kebaikan di dalamnya yang perlu dicontohi dan dijadikan sebagai batu lonjatan untuk menemui kejayaan! Insya-Allah.

Tanpa kita sedar ... kita telah memberikan inspirasi kepada orang lain yang ingin berjaya! Saya rasa amat tersentuh hati dan rasa berterima kasih kepada blogger yang masih bersekolah ini. Dia telah menjadikan entri saya tentang gagal dan berjaya pada masa lalu sebagai satu lonjatan dan semangat untuk dia belajar bersungguh-sungguh bagi menghadapi SPM 2011 yang akan datang. 

Mulanya entri ini ... ditulis sekadar suka-suka. Bukan niat untuk membangga diri atau apa sekalipun. Tapi cuma untuk mengenang kisah lama dan melepaskan rindu pada seorang ayah! Itu sahaja. Rupanya letih jari saya menaip begitu panjang sekali memberikan saya satu kegembiraan bilamana si adik yang masih bersekolah ini menjadikan entri ini sebagai satu semangat kepada dirinya!

Terima kasih kerana telah mencari kebaikan dalam entri berkenaan. Saya doakan semoga Adik Eiyka mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM 2011 akan datang. Yang penting dalam kehidupan ini kita perlu sentiasa berusaha, berdoa, dan bertawakal kepada Allah senantiasa. Kalau gagal ... cuba dan cuba lagi! Macam saya cakap ... biarpun percubaan itu sehingga ke 200 kali sekalipun ... mana tahu kita berjaya pada kali yang ke 200 tu!

Yakin dengan kemampuan dan apa yang kita lakukan adalah perkara penting! Segalanya akan ditentukan Allah buat kita ... tapi perlu ingat ... mak saya cakap putus asa itu disukai syaitan! Jadi jangan putus asa!

Trying and doing are two different things! When you try, you hope. When you do, you succeed!



CK : Berjaya itu mudah sahaja! Tetapi mengekalkan kejayaan itulah yang payah ... renung-renungkanlah. Selamat beramal ... he he he

3 comments:

  1. Alhamdulillah...entri yang bermanfaat membawa berkat...

    Lepak sambil bersantai di NazZue.com
    Entri terkini: Rahsia Seorang Otai Blogger Terdedah

    ReplyDelete
  2. betul tu, kadang-kadang bila ada yang hargai apa yang kita buat, itu sudah cukup membuatkan kita tersenyum dan terus bersemangat. :)

    ReplyDelete
  3. Kenang dalam hati. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!