Wednesday, June 15, 2011

Tengok Dia Berjalan ... Rajin Ke Malas ????

Assalamualaikum ... 


Cara berjalan pun orang akan tahu sikap kita lebih dan kurang macam mana! Terutama perempuan ... yang selalu di pandang oleh mata lelaki. Tiba-tiba saya nak tulis pasal cara perempuan berjalan yang sering diperkatakan lelaki.

Kebiasaannya untuk makan pagi dan makan tengahari, saya dan beberapa orang kawan perempuan dan lelaki selalu makan bersama. Ada yang ngam dengan saya dan ada yang tak ngam ngan saya. Kalau yang selalu makan dengan saya ramai-ramai ... lepak2 ... gelak2 ... itu memang member pejabat yang ngam. Yang boleh dibawa dan dihempas ke hulu dan ke hilir.

Bila dah lepak dengan klik lelaki nie ... tahu ajelah mulut mereka. Kadang2 mengalahkan perempuan. Saya yang dengar nie pun boleh jadi malu dan merah muka ... apatah lagi diri belum kahwin. Bab cerita bukan2 mulalah saya buat2 pekak tiba-tiba!

Perasan atau tak lelaki nie suka sangat bercerita pasal perempuan. Benda biasalah tu. Kalau dorang bercerita pasal lelaki di zaman sekarang ... memang luar biasalah lelaki tu! Mesti ada yang tak kena ... he he he! So, lelaki yang bercerita pasal perempuan adalah lelaki yang sihat mental dan hatinya. Heeeeeeeeee.

Antara topik yang selalu menjadi bualan klik lelaki di office saya adalah, “cara perempuan berjalan!”. Haaa jangan terkejut korang. Dorang nie memang jenis memerhati je dalam diam. Dorang cakap ... perempuan nie kalau kita nak tahu dia RAJIN atau MALAS ... tengok cara dia berjalan. Memang terbaik betul klik-klik lelaki Melayu terakhir yang ada kat office saya nie

Saya pun apa lagi terus minta bukti tanpa segan silu, “camne nak tahu?? Hebatnya korang leh nilai orang camtu yek??”

Dorang kata ... perempuan kalau berjalan kaki berseret (berjalan tak angkat kaki) memang sah pemalas! Yelah yang jenis jalan berseret nie akan menghasilkan bunyi sreeet sreeet masa berjalan tu. Nampak benar malas nak angkat kaki. Itu belum malas nak buat kerja lain lagi. Pastu kalau duduk tu badan tak bersandar kat kerusi betul2 ... yang duduk mcm orang tua tu. Itu pun sah pemalas!

Saya tak puashati ... terus minta contoh!


“Cubalah kau tengok si polan dengan si polan tu yang kat office kita .... cara dia berjalan! Berseret bukan? ... dan kat sini pun ramai yang tahu dia malas. Tengoklah cara kerjanya. Kalau dia ada pun orang tak kisah ... tak ada pun orang tak kisah. Jadi kat situ kau nilailah sendiri!! Dengan cara dia berjalan dan dengan cara dia bercerita dah menunjukkan dia tu memang pemalas! Semua nak harap orang je ... nak harap laki ... nak harap mak ayah ...!! Aku bukan nak mengata tapi benda dah betul!”

Jadi, aku nak pesan kat kau yang belum kahwin nie ... kau jangan berjalan mcm tu pulak. Jalan tu biar tertib dan nampak tegapnya ... ada karismanya! Mata yang pandang tu ramai ... penilaian orang tu macam2! Tambah-tambah lelaki yang menilai ... kau tahu-tahu ajelah mcm mana!”

Terus saya diam. Nak nafikan ... ada kebenaran si lelaki itu bercakap sedemikian pada si polan dan si polan. Jadi saya terus henti menyoal apa-apa lagi. Tak mahu nak sembang lebih lagi, nanti ada pula yang melenting tiba-tiba.

Itulah penilaian lelaki terhadap perempuan! Tengok cara berjalan pun dah tahu perempuan nie rajin atau malas. Lelaki nie kan jenis makhluk yang cerewet pasal perempuan. Kalau boleh nak semuanya perfect!! Ye dak wahai lelaki??


Tak kisah kalau lelaki nak perempuan tu sempurna di mata dia, tetapi kenalah juga usaha agar diri sendiri itu sempurna di mata perempuan! Ye daaak???




CK : Lepas nie berlari ajelah ... dah sah-sah kalau berlari tu kena angkat kaki tinggi-tingi!  Itu dah dikira terlebih RAJIN!! He he he

3 comments:

  1. ahaha...letihlah klw nk berlari aje..huhu.. wink3 >_<

    ReplyDelete
  2. ye, KAMI memang cerewet memilih perempuan, haaaa. gurau je.

    ReplyDelete
  3. erkk..lepas ni nak jalan..kne angkat kaki tinggi2..huu~~+_=" hehee

    (^^)Y

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!