Tuesday, June 21, 2011

Diam Lebih Baik ...

Assalamualaikum ...



Sunyi. Sepi. Tiada kata-kata yan perlu dilafazkan lagi. Ada masanya berdiam itu adalah perkara yang sempurna bagi kehidupan kita. Bila tiada lagi indah untuk berbicara.. Atau bila berbicara hanya menimbulkan sengketa. Sengketa yang boleh memusnahkan satu hubungan atau satu perasaan.

Cuma kadangkala bila berdiam diri dianggap sombong pula. Walau hakikat tidak mahu lidah sendiri menjadi pedang ... menghiris perasaan orang lain tanpa belas dan kasihan. Bukankah itu dinamakan kejam?? Insan lain terluka tanpa kita sendiri menyedarinya. Sedar-sedar sudah terhiris ... dan terlantar kepedihan!

Diam. Kadangkala ia bagai emas. Seolah memberi ruang pada diri untuk muhasabah di dunia kecil yang penuh badai kiri dan kanan. Buat diri kita merenung segala silap dan kejahilan yang tiada bertepian suatu tika dulu. Buat kita menginsafi segala perilaku yang merobek sesetengah kehidupan orang lain. Bukankah diam dianggap emas jika kita bijak dalam diam yang kita miliki. Berdiamlah bila rasa sudah sampai masanya.

Bukan semua diam itu adalah sombong! Tapi diam itu ... lebih baik jika tiada kata-kata yang baik, indah serta "sihat" untuk dilafazkan lagi!



CK : Memilih untuk berdiam diri dari "si ketua" .... orang bawahan bukan timun yang boleh digelek sesuka hati! Harap mereka diberikan hidayah oleh Tuhan!

10 comments:

  1. hmm betul tu,bile diam org kata kite ni buat hal sendiri.bile amik port kang org kata lain pulak.hihs.

    ReplyDelete
  2. mmg elok diam..tkt bila bersuara nt boleh mendtgkn slh fhm..

    ReplyDelete
  3. min sokong . diam tu lebih baik :)

    ReplyDelete
  4. pepatah arab ade menyatekan
    ''bila sempurna akal maka kuranglah kata-kata''

    =)

    ReplyDelete
  5. rara > diam dah buat hal sendiri ... tp ada pulak yg gatal usik kita ...heeee

    miss > diam je ... baik kan utk diri sendiri

    izyan > tq sbb sokong

    sue > sabar ya sue .. moga dimurahkan rezeki

    akoo > tq sbb berkongsi ...

    ReplyDelete
  6. su kontrak je..dah 2 tahun kerja kt jbtn ni..kontrak pun bersambung..tapi nak tukar mmg tak dapat lah..xpelah.ada rezki di sana...hihi..doakan su ya

    ReplyDelete
  7. Sering kali disalah ertikan diam sebagai sombong. Selalu terjadi.

    ReplyDelete
  8. Sue > Insya-Allah ada rezeki tu ..

    Kami > diam juga bila perlu

    Awan > Anggapan orang mmg begitu

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!