Monday, June 20, 2011

Sibuk Tentang Orang Lain ....

Assalamualaikum ...

Minggu lepas saya sibuk-sbuk menulis entri bermotivasi untuk dikongsikan dengan semua. Tetapi hakikatnya saya nak motivate diri sendiri. Dengan adanya blog boleh buat serampang dua mata. Motivate diri sendiri dan juga orang lain dalam masa yang sama. Itulah diri saya. Setiap kali rasa down dengan karenah di office, seharusnya saya lakukan apa sahaja untuk kembali bersemangat melaksanakan setiap kerja dengan baik! 

Saya tahu sukar untuk mengubah mereka yang berada di office, tetapi lebih mudah ubah diri sendiri. Jadi saya pilih "ubah" diri sendiri. Tentang mereka yang tidak mahu berubah ... biar doa yang jadi penghubungnya kerana hati mereka dalam genggaman Tuhan. Pasti suatu masa hidayah akan tiba! Amin ...

Walaupun sibuk memotivasikan orang lain dalam blog ini, malangnya ... ada 2-3 kerja tidak saya laksanakan dengan baik. Sibuk nak motivate orang lain, tetapi diri sendiri tersasar. Umpama ketam mengajar anaknya berjalan lurus! Teruk sungguh saya. Apapun saya masih belum putus asa untuk terus bermotivasi melaksanakan semua kerja dengan sempurna.

Tiada siapa yang dapat membantu kecuali diri sendiri. Halangan terbanyak jua datang dari diri sendiri. Tengoklah betapa saya gagal untuk "membangunkan" diri sendiri hingga diulik oleh rasa yang bukan-bukan ... buktinya blog ini terabai tanpa sebarang entri yang menarik! Maaf semua pembaca yang sudi berkunjung. Maafkan saya bila tiada yang istimewa di sini hari ini.




CK : Jauh di sudut hati ... betapa diri ingin berubah menjadi lebih baik! Tetapi terlalu banyak perkara yang menghalang ... Namun, walauapapun akan ku terjah jua hingga kejayaan itu menjadi milik ku dan kebaikan itu terus mendampingi hati ini sampai mati!

2 comments:

  1. semoga CK teruskan usaha, amin. walau kita diberi segala macam benda, kalau diri kita tak nak berubah, memang takkan berganjaklah kan.

    ReplyDelete
  2. Kami > sgt betul apa yg awak ckp tu ...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!