Monday, June 13, 2011

Boleh Masuk 'U' Ke Result Macam Ni??

Assalamualaikum ...

Kalau dok sorang-sorang best wooo mengimbau kenangan lalu! Cheeeh! Tapi nie bukan cerita cinta. Asyik cakap pasal cinta boleh buat nangis guling-guling. Tambah-tambah kalau cerita pasal "cinta tin biskut". Uih! Lagi laju airmata mengalir. Mengalahkan air kat jeram tu. 

Sekarang nie tengah dok rindu sangat kat ayah. Tambah-tambah kesihatan ayah tak seberapa baik macam dulu lagi. 2-3 hari nie asik ingat ayah. Kat mak pun ingat juga. Dengan mak kurang rindu sikit sebab selalu jugak call, bila call mak ayah pula takda kat rumah. Ada sahaja kerja dia ... pi bank la (banyak ke duit pakcik nie he he he!), pi tahlil le (takkan selalu nau orang meninggal), tengah drive la ... (selalunya kalau tgh drive mak ajelah yang jawab call!).

Bila time rindu  kat ayah, ada kenangan yang memang tak boleh lupa sampai skang. Huh! makan dalam punya kenangan. Biasalah zaman muda-muda remaja memang jenis degil skit. Malas belajar pun ada. Dah tahu ilmu tulah nak tolong diri sendiri masa depan. Tapi dok malas situlah. Mak ayah cakap bukannya nak dengar. Asal kena marah sikit memang berkurung dalam bilik. Berontak cara baik lah konon. Nak tinggi suara memang tak berani la. heeeee takut woooooooooo!!

Saya dulu amik STPM! Dalam family, memang saya sorang je yang amik STPM then sambung degree. Memang tak bijak macam abang and adik-adik. Boleh dikatakan saya nie species yang sederhana dalam segala hal. Macam abang ... dia buat matriks dan sambung study kat oversea. Adik2 saya lepas SPM terus buat diploma then skang dalam proses nak buat degree. Kira depa lagi bijak lebih dari saya.

Masa zaman STPM dulu, "terpaksa" ambil 2 kali. 2 tahun berturut-turut. Perghhhh zaman mencabar. Dah tau STPM tu susah tapi tak juga nak baca buku beria-ia. Pertama kali amik STPM, results saya memang teruk. Erghhh cuma dapat 1Principal dan 4R (R nie apa yek ... dah lupa la). Nak kata malas study nau takdalah pulak. Cuma nasib tak berapa baik kot. *ada hati menyalahkan nasib!*

Bila dapat results cam tu dan balik rumah tunjuk kat ayah ........

"Boleh masuk "U" ke dengan result macam nie??"

Uiksssssssss....berdesing telinga masa tu. Airmata nie dah meleleh macam  hujan yang tak turun 365 hari. Nasi dah jadi bubur. Memang saya diam je. Dah tahu memang tak mampu jawabnye soklan petir camtu. Sah-sah jawapan dah ada kat situ. Cuma tak terlafaz jer!

Lepas dapat results tu ayah bagi masa seminggu untuk saya berfikir dan diberi 2 pilihan. Ulang semula amik STPM atau kerja bagi menyara keluarga. Ayah siap rancang nak berenti kerja dan bagi saya pulak yang ganti tempat dia masa tu. Yelah masa tu ayah sorang je yang kerja. Tanggung 4 orang anak seorang isteri, seorang ibu da juga seorang adik kandungnya (makcik saya). Bertambah berat beban ayah sebab abang pula study kat oversea dan perlukan belanja yg banyak juga. Permintaan suruh kerja tu macam nak bagi pengajaran je.Tapi saya tahu ayah takkan punya bagi saya kerja masa tu. Itu cuma satu "ugutan" sahaja!

Seminggu cukup! Saya ambil keputusan untuk ulang sekali lagi STPM. Siap berjanji takkan ulangi lagi kegagalan tu. Sedih tengok muka ayah dan mak masa tu. Lagi pedih bila ayah siap2 cerita pasal anak orang itu anak orang nie yang masuk "U" ... tapi anak dia yang sorang nie tak lepas. Erghhh ... mestilah dia sedih.

Tahun yang sama saya dapat results tak cun langsung tu, saya terus pi daftar kat kolej swasta. Wah! gila berlagak belajar kat kolej swasta selama 6 bulan dan 6 bulan jugalah masa yang saya ada untuk ulangkaji pelajaran yang byk tertinggal. Nak mengulang kat sekolah kerajaan ... malew sbb kena pakai uniform sekolah! Malew kat junior hokeh. Cuma semangat nak berjaya je yang berkobar2!

Bukan nak riaklah! Masa trial STPM yang 2nd tu saya dapat 4Principals dan 1R hokeh! Dengan 3A. Memang tak caya! Ini semua memang tak cukup tidur .... siap study tak ingat. Selama 6 bulan saya cuma tidur 4 jam je dan jadual saya memang padat masa tu. Disebabkan kelas saya start kul 1 petang, sebelum pergi kolej saya kena masak untuk makan tengahari untuk adik-adik saya. Kul 12pm pi kolej. Baik kolej kul 6pm then 7pm baru sampai rumah. Sebab kolej sah-sah kat town! Sampai rumah siap mandi, solat segala ... start masak utk dinner plaks. Tapi time nie adik-adik tolong. Mak memang dah ajar anak2 perempuan dia semua mesti tahu masak. Dinner memang masak simple je. Mak tak bagi masak yang heavy sangat. So, kejap je lah kat dapur tu ... siap masak makan satu family!

8.30pm saya dah start study sampai kul 12am. Terlentok-lentok!! Tidur 2-3 jam ... kul 3am bangun lagi sambung study. Mak siap ajar solat hajat and tahajud skali. Memang masa tu dah tak kenal dunia semata-mata nak pastikan soalan ayah terjawab!

Alhamdulillah ... berkat usaha ... saya berjaya! Dapat best student lagi kat kolej tu.  Saya dapat 5Principals. Dengan 3A jugak! Sukeeeee sangat! Ayah belum tanya lagi saya dah jawab soalan ayah yang tak ada jawapan setahun dulu!

"Ayah ... boleh masuk "U" dengan result macam nie!"



Itu semangat saya dulu. Memang bukan jenis nak mengaku kalah. Tapi skang nie ... saya sedang mencari ruang supaya semangat itu kembali. Sebab saya rasa macam saya dah kurang ketabahan dan kekuatan diri bila hadapi kegagalan.

Sekarang ini mcm2 saya cuba untuk kembalikan semangat saya! Selain nak maju dalam dunia kerja ... nak juga maju dan berjaya dalam dunia blog ... heeeeeeeeeee!! gediks ....


Korang kalau gagal jangan malu nak cuba lagi! Jangan give up .... kejayaan pasti akan menjadi milik korang! Yang penting usaha, doa dan tawakal. Cuba dan terus cuba ... walau terpaksa cuba sampai 200 kali skalipun. Kita tak tahu ... mungkin percubaan yang ke-200 tu korang BERJAYA!!



CK : Tengah fikir macam mana nak tolong kawan saya!!

6 comments:

  1. bak kata orang lar "gagal sekali bukan bermakna gagal tuk selama lamanya" .. kan2 .. boleh pakai ayat ni kalo kita berusaha sungguh2 ~~

    ReplyDelete
  2. btul t..gagal sekali x bermakna gagal selama2 nya..:)

    ReplyDelete
  3. huhuhu..btol2..gagal sekali x bermakna gagal segalanye...

    ReplyDelete
  4. inspirational sangad citer ny. . eiyka tahun SPM. . result mid-year banyak yang fail especially physic, maths, & add maths. . da tak tau nak buwad macam mana. . rasa macam dah give up. . dah la eiyka annak sulong. . lepas bace citer akak ny, eiyka jadi tambah besemangat nak amek SPM. . eiyka akan study smarter n harder cam akak. . thanx 4 the entry yang bagi eiyka fully kesedaran. . ^_^
    (tetibe lak jadi sedih) :p

    ReplyDelete
  5. suke baca entri ni...bagi semangat..hehe

    ReplyDelete
  6. kalau usaha memang akan berjaya. :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!