Assalamualaikum …
“Kau belajarlah bodek … senang kerja kau nanti”
“Eh! Ye ke senang? Sapa cakap?”
“Laa ... kau nie lurus sangat … sampai bila nak naik kalau tak bodek!”
“Alhamdulillah … tak naik pun takpa! Kalau nk bodek … belum tentu hidup akan senang nanti!”
Memang dari zaman belajar saya memang bodoh bab bodek! Nak bodek lecturer untuk dapat markah tinggi tak pernah pun saya buat. Bukan nak tunjuk baik. Tapi bodek memang bukan skills saya. Memang tak ada talent pun untuk jadi kaki bodek. Ini bukan nak cerita bagus atau tak! Tapi inilah realiti yang berlaku dalam kehidupan saya.
Biarpun ramai yang cakap sesetengah orang naik pangkat sebab bodek. Tapi saya …. naik pangkat pun dulu sebab pergi interview dan tak pernah pun suruh mana-mana officer yang saya baik untuk rekemenkan saya, Semuanya bergantung pada rezki yang Allah beri. Saya cuma usaha semampu yang boleh. Ada yang cakap kat saya …”Eh! Bodek pun usaha juga apa sebab kau nak kena belajar skill membodek!”. Itu saya tak tahu. Betullah kot bagi pihak yang mengatakan ia betul. Saya tak campur.
Sebab kebodohan saya yang tak pandai bodek nie, pernah zaman belajar assignment saya dikoyak habis oleh lecturer dan paper Gelagat Organisasi tu saya GAGAL! Terus merudum pointer saya. Saya ingat-ingat lupa nama lecturer tu … dia mamak … kalau tak silap saya nama dia Encik Ali. Macam tu lah kot! Alasan yang dia bagi sebab gagalkan saya …”awak tak datang jumpa saya pun!”. Perghh menipu benar dia ni … saya pernah jumpa dia sekali sebab nak tanya format assignment. Jumpa jugakkan! Yang lain-lain tak payahlah jumpa, sebab saya dah faham dalam kuliah. Buat apa nak jumpa lagi …??
Takkan hari-hari nak jumpa mcm student lain. Lagipun paper membaca jer. Soalan guna otak dan sesuaikan dengan isu semasa. Bukan nak kena kira mengira. Saya boleh balik baca kat rumah. Ok! Saya tak berdendam jahat pun bila dia gagalkan saya dengan alasan tak pergi jumpa dia. Next semester saya ambil lagi paper yang sama.Of course kena repeat. Balas dendam cara baik … akhirnya paper tu saya dapat A- ok! Dari kau failed boleh dapat A-. Maknanya saya memang bijak … ha ha ha.
Bila start kerja … rupanya budaya bodek untuk naik pangkat atau untuk boss sayang lagi hebat rupanya! Rugi ke tak belajar bodek?? Hish! TAK RUGI SIKIT PUN. Saya tak kisah kalau boss tak pandang saya sangat. Tak suka saya pun, akan saya redha. Asal kerja saya siap dan bila boss minta info, saya boleh bagi. Itu dah cukup. Maknanya boss perlukan saya all the time … 8am till 5.00pm rite?? Saya kerja pun bukan sebab boss, tapi sebab amanah dan tanggungjawab dan paling penting nak cari rezeki berkat. *kadang-kadang penyakit malas datang juga! mcm mana tu??* Nipu la kalau saya ckp saya nie tak pernah malas. Saya pun manusia.
Biarlah orang cakap saya nie lurus macam highway atau rail keretapi sekalipun … “ada aku kesah!”. Tak naik pangkat pun tak pe. Kalau dah rezeki tak ke mana punya. Saya masih percaya segalanya dalam genggaman Tuhan. Kalau Tuhan nak beri pada saya, tiada satu tangan pun yang akan dapat menghalang! Sila percaya.
Dah 10 tahun saya kerja dalam sektor awam (Kerajaan). Mula hanya sebagai PKS (pekerja khidmat singkat) hinggalah berjawatan tetap. Dah macam-macam jenis pembodek yang saya jumpa. Tapi saya tak campur … mungkin itu cara hidup mereka. Asal mereka bahagia.
Cuma satu sahaja saya nak pesan, kalau memang hidup kau tak boleh berpisah dengan membodek …. bodeklah selagi kau mampu. Tapi jangan sampai hancurkan rezeki orang lain. Jangan kau pijak orang lain untuk kau naik. Sedar kat mana jawatan kau sekarang … jangan nak jadi penolong pegawai kanan pulak! Habis semua kerja orang kau kaut atas alasan kau nie baik dengan boss! Sedangkan orang lain masih mampu buat kerja. Kalau boss buat salah … tegurlah! Jangan kerana bodek kau tu … kau diam je bila apa yang boss sebut memang bercanggah benar dengan yang tertera hitam putih. Kau ada akalkan?? Fikir sikit cara yang betul. Bodek … tapi jangan hancurkan kerja orang lain.
Insya-Allah saya akan usaha untuk berjaya. Dengan usaha sendiri, doa mak ayah serta keizinan Allah … saya percaya suatu hari nanti saya akan dapat habuan yang lebih baik. Masa itu saya akan rasa puas dan bersyukur … saya berjaya bukan sebab bodek!!
CK : Hidup ini bagai permainan, sesetengah orang suka menipu untuk berjaya, tetapi sesetengah orang rela gagal dalam kejujuran daripada menang dalam penipuan.
CK dah 10 tahun dalam gomen? lamanya. mesti raja segala bodek pun CK dah jumpa. :)
ReplyDeletehmm kalo dh keje ni.acara bodek2 mmg tak larik lah kan.tmbh lagik kalo bos cina.suke bebeno nk bodek.menyampah plak tgk.ich~
ReplyDeleteKat tempat saya pon ada orang camtu...buat keja tak hebat mana tapi cepat benor naik pangkat..dah jadi orang no 3 dh skunk...
ReplyDeletep/s: bukan mengutuk sekadar menyatakan kebenaran. :) peace no wars!!!
Entri terkini : Kenali Siapa Yang Digelar Blogger Tegar
Kami > 10 tahun....tapi rasa mcm sekejap sgt. Masih byk benda nk dilalui
ReplyDeleteRara > tu lah ... mcm SIL ckp cina kt tempat dia 2 thun keje dah naik pangkat...yang dia dh 6 tahun lom naik. Sudahnya cari keje lain yg lebih berbaloi
Nazzue > benda betul awak...bodek mmg cepat naik...tp nti org benci jugak
bodek itu ragam manusia. ragam yang hanya kita boleh lihat dan tegur tapi kita tidak boleh ubah. aku bukan seorang pembodek.
ReplyDeletebetul tuhh . haha .
ReplyDeletetak pandai kot nak membodek2 .
CIK KAMOO,
ReplyDeleteBODEK MEMANG TREND...BOLEH BANTU NAK MAJU...TAPI PADA MSRED TAK PERLU...TAK SUKA BODEK!!!