Wednesday, June 15, 2011

Jangan Terlalu Berkira Dalam Dunia Kerja

Assalamualaikum ...

Kerja adalah satu ibadah! Jika kita benar-benar menghayatinya.  Tak mengumpat boss. Kerja siap on time. Malah buat kerja amal lagi. Tidak berkira kudrat dan ilmu yang ada. Insya-Allah rezeki yang diterima beroleh keberkatan.

Siapa yang tak nak gaji yang diterima tiap-tiap bulan tu berkatkan? Walaupun gaji kecik tapi cukup malah ada juga yang berlebih! Itulah lebih kurang konsep keberkatan secara kasarnya!  

Perasan atau tidak kadang2 tempat kita kerja tidak menyediakan kemudahan/peralatan untuk mempercepatkan kerja tu ... Mungkin lambat disediakan atau buat2 tak mampu untuk sediakan. Perasan atau tak kalau waktu kerja kita itu 8 jam tapi kita sebenarnya tidak kerja betul2 cukup untuk 8 jam. Entah-entah kita kerja cuma 4 jam je sehari. Yelah kalau selebihnya dok menyembang, minun kat pantry, lepak kat kafe, pi ambil anak sekolah, pergi klinik ... dan macam-macamlah!

Okeh! saya nak kaitkan semua yang di atas nie untuk kita-kita semua berfikir agar tidak terlalu berkira dalam dunia kerja! Benda benda kecik yang company tak mampu nak bagi tu ... tak payahlah nak kecoh sangat2 melainkan benda tu memang sepatutnya dikecohkan! Saya maksudkan tak perlulah nak berkira. Pergi kedai ... dan kita beli sendiri utk memudahkan kita melaksanakan tugas kat office. Faham tak? Tak faham ... meh sini saya jelaskan.

Misalnya, company nie selalu terlepas pandang untuk menyediakan stationery penting kpd korang seperti stapler, gunting, pen marker, ruler, gam UHU, double sided tape, liquid paper jenama papermate dan sebagainya (ini contoh hokey ... contoh benar!). So, apa kata korang keluarkan sedikit duit gaji yang korang terima tu untuk beli stationery berkenaan. Tak perlu pun nak tunggu company belikan! Sebab proses nak beli tu lambat kerana mcm2 prosedur nak kena lalui. So, bila lambat ia akan ganggu kerja-kerja korang. Sedangkan korang amat memerlukan stationery berkenaan. Dah menyusahkan diri bila kerja lambat siap ... mungkin kita kena marah ngan boss kan??

Boss tahu ke masalah korang nie? Mesti tak kan? Sebab kebanyakan boss hanya nak kerja tu siap!! Dia tak nak tahu cara mana korang ambil utk siapkan. Yang dia tahu ... adalah HASIL!! Pandai-pandai koranglah nak hidup.

Part inilah saya ajak korang jangan terlalu berkira dengan dunia kerja. Kata nak berkatkan. Anggaplah belanja "sedikit" yang korang keluarkan untuk beli stationery bagi kegunaan korang kat pejabat sebagai sedekah atau dianggap sebagai ganti balik masa korang yang mengular entah ke mana! Boleh tak gitu ?? Tak payah semua benda korang nak tunggu company belikan. Atau sikit-sikit nak pinjam kat officemate korang yang tak kedekut keluarkan duit poket beli stationery berkenaan. Korang pula dengan muka tak malu ... asyik pinjam dan pinjam! Alaaah ... berapa RM sangatlah benda tu jika nak dibandingkan benda2 tu boleh melancarkan keje2 korang dan korang boleh dapat gaji dgn rasa tenang!

Saya selalu dengar ... kadang2 sesetengah orang berkira terlampau nak beli stationery yang memudahkan mereka buat kerja! Bila cakap suruh beli, boleh dapat ayat balasan mcm nie, "tak kan nak keluar duit sendiri kot! kita kerja utk company ... company la patut sediakan! Gaji kita dah lah ciput. Tak pun suruh boss ajelah yang belikan, gaji dia banyak!!".

Perghhh ... tak merah muka kalau dorang ckp camnie! Tapi nampak tak ayat tu menunjukkan ketidaksyukuran kita dengan gaji yang ciput! Baik gaji ciput  sekurang-kurangnya ada juga gaji jika nak dibandingkan dgn orang lain yang masih sibuk2 dok cari kerja. Lagi kesian. Mudah-mudahan jika kita tak berkira sangat dalam dunia kerja ... tak lokek ... mana tahu kot gaji yang sekecil ciput sedut itu akan berubah jadi sebesar ciput gondang! Sapa tahu kan???

Kalau buat kerja dengan stationery yang kita beli sendiri lagi puashati kita buat kerja. Lagi kita akan jaga baik2 tak bagi hilang. Kalau guna office punya ... tengoklah berapa ramai  yg tak pandai jaga barang office tu! Boleh campak rata2.

Boss tak suruh korang beli barang ratus2 pun ... setakat beli pen sebatang yang berharga RM1.50 takkan tak mampu! Takkan dakwat pen tu dah habis pun nak tunggu company beli jugak kot?? Fikir-fikirkanlah ... kurang2nya kemurahan hati korang yg tak berkira nie bolehlah top up balik time korang yg datang kerja lambat, minum kat pantry, lepak kat kafe dan sebagainya!!

Jangan asyik nak tanya apa company dah buat kat korang!! Sesekali tanyalah diri apa sumbangan korang pada company ... Satu saya nak pesan ... tolong jangan tabur pasir kat tempat kita cari rezeki!! Sendiri fikirlah yeee ............




CK :  Semoga yang payah itu dipermudahkan dan yang mudah itu disenangkan! Amin ....

7 comments:

  1. alhamdulillah kt sni bab2 tu msh terjaga..cuma tu la, kebajikan pekerja melayu ni selalu diorang lepas pandang...percayalah, cuma 2orang melayu je yang ada pangkat assistant manager kt cni, tula pangkat paling tinggi..yang lain, bkn melayu...naik ni pun bila dah berbelas thn setia berkhidmat... sebab tu ramai yang xthan dan cari keje lain..

    ReplyDelete
  2. entri ni dh jadik pilihan saye, tak caye? sila ke sini =.='
    http://www.my-shopping2u.com/2011/06/jeng-jeng-jeng-entri-yang-best-untuk.html

    ReplyDelete
  3. saya berkira kalau orang berkira...jahat tak camtu? ~lalala~

    Lepak sambil bersantai di NazZue.com
    Entri terkini: Aku Share, Korang Fikir

    ReplyDelete
  4. Mizz > diskriminasi oleh kaum berkenaan mmg dah lumrah!! apapun kita kena kuat! Pastinya Allah akan tolong kta

    Hajar > :)

    Shopping > tq dear!!

    Kami > ;)

    Nazzue > hahaha tak tahu nk komen ape dah

    ReplyDelete
  5. orang yang berkira nie pentingkan diri..huhu

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!