Tuesday, February 28, 2012

ADA YANG RINDU KE?

Assalamualaikum ....





Selamat pagi kawan-kawan kesayangan CK ... pembaca setia! Chewah, aku sedang bajet hot ada pembaca yang rindukan segala entry baru aku. Nasiblahkan bila mood perasan seorang kakak telah datang. 2 hari aku tak on lappy. Last update pasal Ana Raffali, itupun dekat office. Mood aku sekarang agak menurun nak menulis sebab aku agak busy dan kepenatan. 



Kalau buka je blog aku dok fikir kena buatkan autopublish entry bila aku balik kampung nanti. Pak Incik BB Maxis aku dah nak terminate, so takdelah bersiaran dari kampung lagi. Skang nie aku selesa je pakai streamyx sebab lebih laju pastu tak buang duit untuk upgrade bandwidth ke mende ntah kat BB tu. Okeh bab BB aku tak pandai nak cerita sangat, main hentam je tulis betul ke dak bandwidth tu. Belasah je!



Sepanjang aku takde jenguk belog sendiri, bermakna belog korang pun aku tak pergi jengah. Rindu pun ada nak komen dekat belog korang yang best tu! Memang aku agak kemarau dengan idea. Gambar banyak, tapi mood nak edit memang menipis sekali. he he he. Sesekali, blogger akan mengalami satu simptom-simptom malas dan kemarau idea. Aku rasa itu benda biasa. Dia femes ke idak ke, kalau jenis blogger yang tegar untuk update setiap masa dan setiap hari ... akan datang simptom yang macam aku cakap tu.



Sekarang nie, simptom tu dah jadi dekat aku. Aku rela je! he he he. Mood 2 hari tak bercerita dibelog, aku isi dengan layan tv je dan juga tidur! Tidur cam wajib sketlah untuk aku skang, sebab weekend aku tak dapat tidur siang. Dah tu nak buat camne kalau Sabtu Ahad pun kerja. 




Ada ke yang rindu akan entry aku yang biasa-biasa nie bila aku tak update? Heh, soalan apa nie ... cam syok sendiri plak aku nie. heheheheh ... Okeylah ya korang semua, aku dah nak pergi kerja. Tunggu drive yang belum sampai je lagi. Ada masa, ada idea, ada cerita dan ada kesungguhan aku akan update lagi cam biasa. Insya-Allah!






Salam ceria untuk korang semua! muaaaah muaaaah muaaaaah ......









CK : Sangat "teruja" bila boss tipu aku dan dia berjaya tipu orang lain dan orang lain itu pula percaya! terima kasih boss!!



3 comments:

  1. morning cik kamoo.pagi2 dah singgah sini.teruja nak abiskan semua entry yg sudah kamoo publish.btw tak yah kot bahasakan diri akak dgn fahz.sbb fahz pon dah tak berapa muda sgt.hahah.

    ReplyDelete
  2. Ya, simptom tu pasti datang punya. Kadang-kadang, ada idea, malas nak pulak nak buka blog. Sudah lama tak datang sini.

    ReplyDelete
  3. yeah....gua kembali sis. selepas habis bertapa

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!