Malam tadi aku tengok drama Bangsal Tua, lakonan Dato' Rahim Razali, Fauziah Nawi dan beberapa pelakon lain. Memang cerita kehidupan yang buat aku meleleh airmata! Malam sebelum tu pun tengok drama Selumbar Kasih. Cerita sedih juga. Memang sedih! Cerita masyarakat yang sanggup tinggalkan darah daging sendiri demi harta duniawi! Okeh, harta ... duit boleh buat kita hilang mak ayah, adik beradik dan juga kawan. Ini bagi yang rasa harta dan duit itu memang perkara pertama dan utamalah dalam hidup!
Dalam drama Selumbar Kasih, anak kesayangan sanggup jual rumah dan tanah pusaka dan biarkan ibu ayah hidup merempat. Lakonan Elly Mazlein dalam cerita memang menjadi. Menjadi dengan perangai jahat dan hasad dengkinya kepada kakak sendiri. Last-last jadi cacat dan ditipu suami sendiri. Punca kepada derhaka kepada mak ayah dan hasad dengki pada darah daging sendiri! Aku yang layan drama nie memang nangis esak-esak sensorang! Meleleh sebab harta!
Malam tadi, aku layan drama Bangsal Tua. Cerita nie pula, si isteri yang sanggup tinggalkan suami sendiri dan bawa anak dia pindah ke KL! Tinggalkan suami yang dah tua dan kadang-kadang datang sawan. Si isteri cakap suami tidak berusaha mengubah hidup, padahal suami yang bekerja sebagai tukang sapu berusaha kumpul duit untuk besarkan rumah atas desakan si isteri. Namun, malang menimpa bila si suami kena tipu dengan tukang rumah berkenaan.
Si isteri, lakonan Fauziah Nawi asyik mengungkit pasal duit rumah yang kena tipu tu dan akhirnya decide untuk ikut adik kandungnya ke KL. Dia sanggup tinggalkan suami sendiri, sebab baginya kalau still stay dekat kampung hidupnya akan terkongkong dan susah. Dia bawa anak dia sekali ke KL dan sekolahkan di sekolah swasta atas bantuan adik kandungnya Selepas bertahun si isteri mohon cerai dan sanggup menjual tanah pusakanya yang sedang didiami bekas suaminya! Memang dia nak ajar bekas suaminya yang dianggap miskin dan tak berduit. Bercerai di usia emas nie, sedihlah pula aku yang tengok.
Tapi, bila anak dia nak kahwin ... kena juga cari ayah dia sendiri untuk jadi wali! Kesian kat ayah dia yang tinggal dekat bangsal tua! Sakit pening tanggung sorang-sorang. Sedih bebenor.Terbuang dari hidup isteri dan anak sendiri!
Bila ayah dia terjumpa anak dan isteri yang sekian lama meninggalkan dia di rumah bakal besan mereka, ayah dia sempat berpesan kepada anak perempuan dia yang satu. Masa tu bekas isteri dia pun ada dekat situ.
Pesan ayahnya, "Ayah harap kamu bahagia. Kalau kamu kaya-raya, Alhamdulillah, tapi kalau suami kamu jatuh miskin, jangan buat apa yang mak kamu dah buat pada ayah. Tinggalkan ayah sorang-sorang, sakit pening sorang-sorang. Ayah tunggu mak dan kamu balik. Tapi tak balik pun......" (itu je yang aku ingat, tapi part ini memang sedih sanggat!! drama nie best, aku suka!)
Walaupun drama Melayu nie ramai yang cakap, mcm bosan ... meleleh .... tak berkembang, tapi bagi aku ... dalam drama mcm nie sarat dengan pengajaran tentang kehidupan kita. Untuk ingatkan kita apa yang kita lupa. Untuk ingatkan kita jangan terlalu kejar harta dalam dunia ... untuk ingatkan kita bila kaya, jangan lupa yang miskin. Untuk ingatkan kita jangan lupa asal usul! Untuk ingatkan kita macam-macam perkara! Itu bagi akulah, bagi korang aku tak pasti macam mana.
#ramai yang aku dengar, tak suka drama Melayu .... kenapa yek??
CK : Semalam jenuh gak lap-lap airmata! Mana tak sedih, bila kita tolong orang, memudahkan kerja orang dan berusaha bahagiakan orang lain, akhirnya orang buat pandang tak pandang je kat kita!
#semalam pun ada benda juga aku kecik hati. Tapi takpalah, jadi peringatan untuk aku di masa depan! sabarlah wahai hati.
#semalam pun ada benda juga aku kecik hati. Tapi takpalah, jadi peringatan untuk aku di masa depan! sabarlah wahai hati.
Saya dah jarang layan tv, malas kot. Kadang-kadang tak suka drama melayu sebab drama melayu kebanyakannya macam kena copy paste je.
ReplyDeleteSy tgk gak drama tu memang sedih dan meleleh time tgk muka kesian dato rahim razali teringat abah kat kg..uwaaaaaa !!!
ReplyDeleteSy sependapat dgn kamu yg drama melayu byk memberi pengajaran dan ingatan buat kita mcm citer mlm tadi tu dan yg berbentuk keagamaan tapi sy tak suka lak drama cinta remaja yg tergedik-gedik ...tahhapahapatahhhh !!
fahz jarang tgk tv.jarang baca paper.jarang tgk berita.tapi selalu dpt info kat blogger2 yg suka mengikuti perkembangan dunia/negara/artis.tapi fahz suka 1 cerita yg menyentuh hati.awk try tengok cerita "khabi khusi khabi gham".walaupun fahz bukan "peminat cerita hindustan",tapi cerita nie membuatkan kita tersentuh..about famili.. :)
ReplyDelete