Wednesday, February 29, 2012

KASIH SAYANG ABANG DAN ADIK PEREMPUANNYA

Assalamualaikum ....





Sesiapa yang ada abang dan menjadi adik perempuan dan sesiapa yang menjadi abang kepada adik perempuannya, sayang tak korang pada adik perempuan sendiri?? Harap abang-abang nie sayangilah adik perempuan sendiri, dan jaga mereka dengan baik! Aku pesan sebegini sebab aku baru sahaja melalui satu adegan depan mata yang buat hati aku jadi sayu!



Hari ini, ibu bapa sudah tidak sempat untuk uruskan anak-anak 100%. Kebanyakan urusan anak diserahkan kepada pengasuh dan guru sekolah, jadi tidak hairan anak-anak sekarang ada sesetengahnya kurang mendengar cakap mak ayah. Degil. Semuanya sebab mak dan ayah bekerja. Kos sara hidup yang meningkat seolah memaksa suami dan juga isteri keluar untuk mencari rezeki! Manakala anak-anak dihantar ke rumah pengasuh pada usia beberapa bulan. Sesuatu yang korang menjadi ibu dan ayah dan mungkin situasi yang akan berlaku pada perjalanan kehidupan aku nanti!



Tak sama macam dulu, di mana kita dijaga sepenuhnya oleh mak, ibu, umi, mummy dan ayah, babah, abah dan seumpama panggilannya keluar mencari rezeki! Cukup masa pulang dan segala urusan di rumah telah diuruskan oleh sang isteri. Dulu, kebanyakan isteri tidak bekerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Perhatian, tumpuan, kasih sayang dan didikan mampu diberikan sepenuhnya kepada anak-anak. Ibu dulu tahu di mana lukanya anak-anak, di mana letaknya parut di badan anak-anak, siapa yang menjadi kawan kepada anak-anak dan sebagainya. 



Tapi kita sekarang, tidak  mampu memberikan tumpuan sebegitu kepada anak-anak kita. Hakikat! Walau pahit, harus kita telan. Beza dan memang berbeza, bila anak habis sekolah pagi ... balik rumah, belum tentu ada makanan buat dia. Maka kita bekalkan dia dengan duit lebih untuk dia makan tengahari di mana-mana kedai makan berdekatan rumah atau sekolah sebelum mereka ke kelas agama pada sebelah petang. Sekali pandang, seolah kehidupan dia terumbang ambing. Kerana peredaran masa, dia terpaksa menerima hakikat perjalanannya begitu .... di mana tiada tumpuan pada waktu-waktu tertentu oleh ibubapanya. Walau bukan semua ibubapa bersikap sedemikian, tapi segelintir pasti ada.



Berbalik kepada kasih sayang abang kepada adik perempuannya, mengingatkan aku pada zaman kanak-kanak. Pada usia 4-12 tahun, kawan aku hanyalah abang. Dialah raja hati aku. Dialah yang menjaga aku di sekolah. Dan dalam masa yang sama abang juga yang turut habiskan baki duit poket aku kalau aku tak mampu nak habiskan. Dulu, aku tak reti berbelanja! Asal ada baki, aku bagi pada abang! Baikkan aku? he he he



Dan bila baru-baru ini aku keluar lunch di luar office, aku terjumpa seorang abang dan adik perempuannya yang saling membantu. Penuh kasih sayang! Namun, jauh di sudut hati aku ada perasaan sayu. Bila aku terfikir betapa beruntungnya aku dulu. Balik rumah selepas waktu sekolah, makan tengahari telah tersedia. Aku cuma balik mandi, siap berpakaian kemas dan makan. Kemudian tidur, petang bangun buat kerja sekolah dan menonton TV.



Jika ada masa berbaki, keluar bermain. Itu sahaja. Malam pula aku mengaji Quran dengan mak ayah aku sendiri! Beruntung sangat. Kanak-kanak sekarang ada ke yang masih lalui zaman seperti aku terutama yang tinggal di Putrajaya?? Aku sebut Putrajaya, sebab ini yang aku lalui setiap hari. Aku memerhatikan kanak-kanak di sekeliling aku dan aku mula membandingkan mereka dengan zaman aku dulu!!



Okeh, kita sambung pasal kanak-kanak abang dan adik perempuannya. Aku agak umur mereka dalam lingkungan 9-12 tahun mungkin! Masa dekat cafe tu aku tak makan, aku cuma pandang 2 beradik yang ada depan mata aku. Duduk semeja dan membelakangkan aku. Aku tengok abang dia duduk dan adik perempuannya minta pinggan kosong satu daripada pekedai. Mereka berdua berborak. Alah, borak kanak-kanak apalah sangat.



Kemudian datang pekedai bawa sepinggan nasi goreng ayam. Adik perempuan dia duduk. Dan kemudian aku nampak abang dia cedok nasi beberapa sudu dan berhenti cedok bila adik dia cakap, "cukup!". Mereka baca doa bersama dan kemudian makan!! Kasih betul abang pada adik perempuannya. Buat aku bergenang airmata. Dalam hati doa, agar abang dia terus jaga adik perempuan dia dengan baik. Aku tengok mereka sebaya dengan anak-anak buah aku! Lengkap dengan pakaian sekolah agama. Makan di kedai dalam seusia muda sebegitu. Pada usia aku sebaya mereka, tak pernah pun aku makan nasi di kedai kecuali dengan mak ayah. Itupun jarang-jarang sekali, seingat aku setahun adalah dalam 2-3 kali sahaja! Mak surirumah, so ... makan dirumah sahajalah!


Mereka mengingatkan aku pada zaman aku dan abang!



Bila tengok gelagat abang dan adik perempuannya, aku teringat ... masa sekolah rendah dulu, abang akan tolong aku apa sahaja, walau aku nie garang dengan dia. Jangan dia silap sikit, aku akan koyak buku dia! Aku memang garang masa kecik-kecik dan cepat marah, habis buku sekolah abang aku jadi mangsa! Nasib baik dia bijak. Abang aku tak pernah pukul aku, tapi buli aku memang memanjanglah. Anak lelaki, biasalah. Bila basikal (gherek) aku bocoq, dialah yang tukar tiub dekat sekolah. Bak kata semuanya dialah yang buat. Saat aku menitiskan airmata tentang abang adalah bila dia dapat sambung study ke Jepun dan bila dia dah nikah! Masa dia nikah, aku macam tak boleh terima kenyataan, duduk luar masjid .... kemudian aku menangis sorang-sorang!!! Itu paling sedih, rasa seolah dia dah pergi dari hidup aku, walau hakikatnya tidak pun. he he he.



Sekarang nie, aku jarang-jarang balik rumah abang. Masa aku mula kerja di KL, aku stay dengan family dia. Nasib baik my SIL sangat-sangat-sangat baik dan sporting, so kami langsung takda masalah tinggal serumah!




Mula dah mood rindu dekat abang ..... alahai!!!







CK : Abang banyak jasa dengan aku, walau dia sekarang tak seperamah dulu. Maklumlah anak pun dah 4 orang, mana ada masa nak layan ragam adik perempuan dia nie. he he he

18 comments:

  1. waaa teringin nak ada abang huhu

    ReplyDelete
  2. abang kite semua nya sibuk tak sempat nak bermanja....huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. alamak!! n3 nk wat saya sebak la.. :(( terigtkan arwah my along... huhu

    ReplyDelete
  4. kasih sayang yg tak bebelah bg. air dicincang takkan putus :)

    ReplyDelete
  5. iskiskisk...
    bergenang air mata baca entry ni T__T

    ReplyDelete
  6. teringat zaman2 jadi perantau dulu.bila kekeringan duit je calling abg.tak sampai 10minit dah dapat apa yg diminta..rindu la pulak kat dia..huhu

    ReplyDelete
  7. @pika laa ciannye takde abang ... kita takleh dapat semua kan...

    ReplyDelete
  8. @eita CK ada abag sorang je pun. zaman kanak2 je lah bermanja pun

    ReplyDelete
  9. @Fahz Ck jarang minta duit kat abg.....tak dimanja camtu. Tapi abang selalu belikan hadiah

    ReplyDelete
  10. Terharu.
    Zaman sekarang, material anak-anak sudah cukup diberi tetapi hakikatnya mereka ketandusan kasih sayang dan perhatian.

    Tak mau jadi ayah yang hanya tahu fikir pasal kerja saja.

    ReplyDelete
  11. @Awan Biru Kadangkala keadaan memaksa, tapi kita harus seimbangkannya. Anak2 penting ...salah didik atau terabai kita yg susah nanti

    ReplyDelete
  12. gua syahdu dgn entri....buat gua menginau kembali saat suka dan duka bersama adik beradik gua....

    ReplyDelete
  13. sebak aku baca entri ngko ni. aku takde abang. abang aku meninggal masa dia masih kecik2 dulu.

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!