Sebelum cerita pape, luahkan apa yang aku tak puashati, aku nak habaq dekat Si June nie dulu. "Dear, entry ini takda kena mengena dengan ko tau! Sikit pun takda!". Aku tak nak kau terasa hati dan salah faham lagi tau!
Sambung cerita sebenar, agak sedih dan terasa hati aku mengenai "kawansorang" nie. Kecik hati aku dengan dia bertambah-tambah sejak akhir-akhir ini. Aku pendam je, sebab bagi aku dia bukan bff aku. Aku abaikan dengan apa yang dia nak buat dengan aku. Serius aku malas nak fikir, namun jauh kat sudut hati aku amat-amat terasa dengan sikap "kawansorang" nie.
Aku nie kejap ada dan kejap takda depan mata dia. Dia rasa nak bercakap dia bercakap, dia rasa nak buang aku dia buang. Rasa nak tegur, dia tegur! Aku kadang pelik kalau tiba-tiba dia diam dengan aku. Cakap pun dah tak macam mula baik dulu. Entahlah! Aku takdalah rasa menyesal apa pun. Tapi lelama aku tahu juga kenapa? Aku cuma bahan tempias untuk kepentingan diri dia ... mungkin! Bila susah, aku dijadikan tempat bersandar then bila nak horey-horey, aku bukan pilihan!
Mulanya aku sentap juga! Biasalah hati perempuan, mana tak sentap. Touching pun laju je, cuma aku nie bernasib baik kerana aku cepat-cepat psiko diri aku sendiri. Ah! Tak ada apa-apalah! Akhirnya aku belajar untuk kaji perangai "kawansorang" nie. Benarlah bagai apa yang ditelah, bila dia perlukan kita, baru dia datang penuh manja. Bila dah dapat apa yang diinginkan dia pun ikut kepada kawan asalnya! Aku nak cakap apakan? Lantak dek kau lah!
Bila aku luahkan rasa terkilan dan kecik aku pada si bam-bam aku, dia cakap, "abaikan orang camnie ... kalau dia baik, kita baiklah! ini bukan kawan ... kita susah belum tentu dia tolong. tapi kita jangan cari musuh dan jangan jadikan orang lain musuh!". Lega hati aku bila ada tempat nak bersandar! Cheeeewah .... bam-bam bagai cahaya kecik hidup aku juga bila aku hilang arah!
Sedih juga rasa di sudut hati, bila suatu waktu dulu, aku percaya yang dia boleh dijadikan kawan baik. Masa tu belum kenal lagi dia macam mana dan lagu mana. Bila hari ini aku lihat sikap dia, baru aku tahu kenapa kawan yg pernah baik dengan dia dulu dah tak baik dah dengan dia. Aku dah tahu punca dia siapa!
Bam-bam, terima kasih kerana menjadi cahaya pada kelam yang menimpa! Cantik tak gambaq aku ambek nie? he he he |
Kau adalah cebisan puzzle dalam kehidupan aku! Walau aku terluka dengan sikap kau, tapi kau masih memberikan makna kecil dalam hidup ini! Cuma pesan aku, usahlah terasa hebat dengan membanggakan diri dengan ilmu dan kemahiran yang tidak seberapa! Aku sedar, aku tidak sebijak kau. Tapi, aku harap kau sedar, aku hargai dan anggap kau kawan. Aku masih pegang kata-kata kau walau kau mungkir! Bila satu waktu aku perlahan keluar dari ikatan ini, sedarlah .... tiada benci yang wujud, cuma rasa terluka yang lahir! Darah tiada, tapi peritnya terasa!
CK : Bukan semua orang yang baik dengan kita sukakan diri kita, tetapi mereka yang sukakan kita semestinya akan baik dengan kita. Betul tak??
nice picture tu....nampak ala2 klasik
ReplyDeletekawan kan ramai, alah jgn bermusuh sudah la CK, mgkn jiwanya tak tenang tu
akak sbr tau...:D
ReplyDeleteto me kawan yang baik mesti happy jika kita happy,kadang2 ada kawan yg suka kondem kita (fikir positif mungkin itu kelemahan kita utk diperbaiki)tapi sy ada kawan,sepanjang kita dah kawin langsung tak pernah tanya khabar berita, masa dia nak tunang tak bgtau, lagi seminggu nak kawin baru bagitau jemputan,masa nak dpt anak baru informed.itukah BFF?
ReplyDeletesbr je la kak...
ReplyDelete