Friday, February 24, 2012

KAU BILA LAGI??

Assalamualaikum ....








Alhamdulillah, Yusry dan Lisa Surihani dah selamat diijabkabulkan sebagai suami isteri! Semoga ikatan suci pernikahan ini kekal dunia dan akhirat hendakNya. Semoga berbahagia jua dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah. Amin.



Bila sudah ada cerita pernikahan sensasi seperti ini, mulalah persoalan, "Yusry dah nikah dengan Lisa Surihani .... eh! kau pula bila lagi?"



Sama cantik sama padan!


Malam tadi aku pergi Karnival WOW! Putrajaya, ada seorang kakak yang aku kenal sangat mula menegur, "eh! awak dah ke? tak jemput akak pun ..."



"Erghhh .... dah apa kak?". Saja aku buat-buat tak faham!


"Dah kahwin la ....". Semangat akak nie tanya aku kan!


"Ermmm (sengih dalam keadaan bajet comey!) ..... BELUM LAGILAH!!"




Cepat-cepat aku berjalan dari gerai dia dan berlalu camtu je! Yang dah sekarang nie cuma Yusry dan Lisa Surihani! Aku belum dah lagi ye! Ramai yang salah anggap ingat si MB tu husband aku. Siap tanya, "eh! kenapa belum ada anak lagi? Merancang yek?". Taik kudalah weh, lom nikah anak nak mai kot mana??? Cer habaq sket kat aku!!



Yang selalu jadi mangsa keadaan, si MB lah ... bila dia jenjalan sensorang dan yang kenal dia akan tegur, "eh! orang rumah mana??". Selamba je dia jawab, "orang rumah kat rumahlah ...". Nasib kaulah kan ....



Paling best, rupanya baru kami tahu bahawa banyak mata yang memerhatikan kami yang selalu berdua ke mana sahaja. Dari security sampailah orang besau-besau pangkatnya .... bila jumpa dekat lift je mesti tegur, "selalu berdua je kan ... bahagia!". Bila salah seorang tiada bersama, mata yang memandang tadi akan tanyalah, "eh! mana husband ....??" ...."eh! mana wife??".




Bahagia kami dekat mata korang je!! Cerita dalam tu, hanya Allah Ta'ala yang tahu!





Kalau aku jadi korang semua, aku tak kuasa nak tanya tau! Sebabnya nampak sangat korang menyibuk hal hidup kami .... cam hampas kelapa je aku rasa!



Hari ini hari istimewa kami!! Ulangtahun  sebagai kawan, sahabat dan teman! Satu tempoh yang lama kami kenal. Genap 8 tahun! Dalam tempoh itu, macam-macam hal telah jadi. Berpisah dan dipisahkan. Paling tak tahan bila kami sama-sama marah dah bergaduh. Tak bertegur sapa. Memutuskan yang teguh, last-last bila dah boleh fikir .... matang, dia cakap, "walau apa jadi .... pedulikan apa  orang cakap, biarlah kita berdua susah dan senang!". Itu permintaan dia sendiri! 





#Tahun lepas aku silap buat entry, kata dah 8 tahun. Sebenarnya 8 tahun adalah hari ini! Dia siap sms lagi aku semalam .... happy anniversary sahabat!!









CK : 8 tahun itu lama sangat, entah macam mana aku boleh bertahan selama itu??

4 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!