Sunday, February 5, 2012

KEK BIRTHDAY SUPERMAK!

Assalamualaikum ...






Semalamkan birthday cinta hati aku dunia akhirat a.k.a mak kesayangan aku. Walaupun aku takda dekat kampung, tapi adik bongsu aku ada kat sana. Dia cakap dia nak buatkan mak cake! Baguslah ... adik aku nie memang tahu menahu sesangat bab buat cake. Cuma penyakit M dia tebalnya. Tapi kalau buat dekat fiancee dia, laju aje. Adatlahkan. Aku as a kakak nie malaslah nak banyak songeh sebab aku memang kurang tahu menahu bab buat dan hias kek nie. Mood masih dalam proses pembelajaran! Kang aku bijak pandai lepas nie, kalah dia ... ha ha ha (perasan!).



Sebelum  bercerita pasal kek yang adik aku buat dekat Supermak family kami, aku nak ucap terima kasih kepada kawan-kawan blogger yang ucap Selamat Hari Lahir dekat mak aku dan doakan juga kesejahteraan mak aku. Terima kasih untuk TINA, SenyumSOYA (dah lama awak tak comment blog kite, heeee), Puan Besar Shaq, Ladybird, Si Pensel dan Mama Amana  serta semua pembaca blog aku secara sunyi!



Semalam juga aku buat entry pasal mak. Eh! belum baca lagi? Okeh, kalau belum korang boleh baca dekat sini. Entry yang buat empangan airmata aku pecah dengan tiba-tiba. Lepas buat entry tu, aku sms mak aku. Biasalah, takda replynya pun. Mak aku bolehlah jugak type sms nie, tapi aku rasa time tu dia pi bendang kot. Petang sikit aku pun call dia ucap birthday! Siaplah dengan ucapan sekali dan doa-doa. 



Pastu sembang-sembang, aku tanyalah ayah bagi apa dekat dia sempena birthday. Words mak yang bersahaja lahir dari hati dia buat aku jadi sentap dan bergenang airmata (nampak sangat aku nie ratu airmata). Bila mak cakap;




"Mak tak kisah ayah bagi hadiah ke tak. Yang penting rumahtangga nie aman damai dan penuh dengan keharmonian adalah hadiah yang tidak boleh dibeli dimana-mana. Ayah dah bagi hadiah dengan bawa mak pergi menunaikan Haji di Mekah itulah hadiah yang paling bernilai dalam hidup mak. Mana mak nak dapat semua nie kalau tanpa ayah dan keizinan Allah s.w.t!. Anak-anak mak doakan mak sihat, panjang umur dan hidup dalam keberkatan pun dah cukup. Doa anak-anak mak lebih penting. Mak cuma nak doa sahaja!".




Mak masih sama macam dulu. Mak kurang permintaan dengan suami dan anak-anak dia walaupun anak-anak dia dah kerja. Dia tak pernah minta itu ini. Cuma bila anak-anak dan suami dia bagi, dia akan ambil lepas tu depan-depan anak-anak dia akan angkat tangan berdoa tanda syukur. Itu mak aku. Memang itulah dia. Setiap kali kami bagi apa-apa kepada dia, tak kisahlah duit atau apa-apa pemberian dia akan doakan kita balik depan-depan kita. Doa murah rezeki dan sebagainya. Itu kelebihan mak aku di mata aku sebagai anak.




Setiap kali raya, dia tak pernah minta ayah tukarkan langsir rumah walaupun dah buruk. Dia tak pernah minta ayah belikan sofa baru, walau sofa rotan itu dah uzur keadaannya. Dia tak pernah minta ayah beli dapur gas, walaupun masa tu satu kampung dah pakai dapur gas. Bila aku cakap, dia akan kata ... "ada orang lain lagi susah dari kita, kita kena faham ayah sorang yang cari duit untuk keluarga kita dan juga keluarga tok. Ayah tanggung 2 keluarga. Apa yang ayah bagi makan minum, pakai dan tempat tinggal dah syukur sangat!".




Bila aku, abang dan adik-adik dah kerja baru kami ganti sofa rotan mak dengan sofa baru, tukarkan langsir baru dekat dia dan tukarkan fridge kecik kepada yang lebih besar, belikan mesin basuh, dispenser air dan sebagainya untuk rumah itu. Ayah pula dulu sengaja tak belikan mak dapur gas dan biar mak bertahun-tahun pakai dapur minyak tanah sedangkan rumah orang lain dah guna dapur gas 2 penunu tu. Aku pun tumpang penat juga asik isi minyak tanah dalam balang dapur Butterfly tu.



Rupa-rupanya ayah simpan duit untuk belikan dapur gas yang lebih besar buat mak yang ada 4 penunu siap dengan oven sekali. Mak suka sangat masa tu. Ayah pergi beli sendiri tanpa bawa mak pun. Sedar-sedar dah ada lori datang rumah hantar dapur tu. Ayah cakap, dia nak ada dapur gas yang lain dari rumah orang lain dekat kampung masa tu dan sebagai tanda penghargaan buat mak yang memasak buat kami sekeluarga. Kalau zaman awal 90-an ada dapur gas 4 penunu dan oven sekali memang hebatlah!




Dan semalam, anak bongsu mak a.k.a adik aku dah buat cake untuk ulangtahun ke-60 dengan menggunakan oven dari dapur gas yang ayah beli dan dah berusia hampir 20 tahun tapi masih elok digunakan!



Selamat Hari Lahir Supermak!



Kek birthday untuk SUPERMAK bagi kami sekeluarga! 
Terima kasih adik sebab buatkan kek untuk mak kita.









CK : Sayangilah dan kasihilah ibu dan ayah kita!

7 comments:

  1. happy birthday utk mak awk.. pandai adik awk buat kek :-)

    ReplyDelete
  2. ciri2 anak solehah nie... tapi kalau kek tu ada cekelat mesti lagi best hehehe

    ReplyDelete
  3. @IntaNBerliaN Tq dear. Dia memang pandai, akak dia je tak berapa pandai. he he he

    ReplyDelete
  4. @Telor PowerInsya-Allah,ini mesti awak yg suka cekelatkan?

    ReplyDelete
  5. ya terlalu obses pada kek cekelat. tambah2 pula kalo dapat indulgent dari secret reciepe

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!