Monday, February 20, 2012

DUA RINGGIT MALAYSIA SAHAJA

Assalamualaikum ...




Sebelum nak cerita panjang-panjang, aku nak ucap takziah dan al-fatihah atas pemergian Allahyarham Latiff Ibrahim yang telah kembali ke rahmatullah pada petang tadi. Al-Fatihah!



Buat apa tu? Tengah tunggu drama apa celop ke? Heh! aku sorang je kot dok layan drama Melayu. Korang mesti tak macam aku kan. Seharian aku tak layan blog. Update pun idak. Malam baru terhegeh nak update. Kalau rajin buat entry untuk esok sekali. Kalau rajinlah .... ngeh ngeh ngeh!


Skang nie agak busy, kelapangan yang kurang. Mungkin niat awal tahun nak kurangkan aktiviti berinternet kot. So, dengan tak semena aktiviti berblog aku pun cam merudum sketlah. Kalau yang perasan, aku update pun sehari 1 entry je. Update tetap update. Dah nama pun blogger separa tegar, jadi kerinduan nak mengarut dekat blog tetap ada. Heh!



Bila sebut blogger, taksah kalau tak jenguk akaun Nuffnang. Nak tengok traffic dan juga dalam masa yang sama jenguk income. he he he. Income yang tak seberapa. Traffic Alhamdulillah still macam biasa walau aku tak update hari nie. Cumanya Encik Nuff belum sedekahkan aku BE sejak aku dah cashoutkan income hari tu. Oh! cek pun lom dapat lagi. Tapi, alhamdulillah .... lepas cashout ada juga income walau sedikit. Dok doa-doa kot Nuff kesayangan nie bagi aku BE dalam masa terdekat nie. Encik Nuffnang, 2012 chek belum ada BE lagi tau. he he he




Hah! Tengok income aku yang baru .... banyakkan? Dua Ringgit Malaysia ...... sahaja! Alhamdulillah. Kempen je banyak aku dapat. hu hu. Nak ngomel lebih malas le. Kempen pun kempenlah. Janji aku hapdate dengan rela hati. kui kui! RM2.00 boleh beli aiskrim kot. Takpa, aku nak kumpul bagi jadi banyak cam aritu. Boleh juga aku kumpul tambah ASB yang ada tu. he he he




Tengok RM2.00 tu terus rasa lapar! Malam nie aku dinner dengan kuewteow ladna. Sedap weh! he he he masuk bakul angkat sendiri dah aku nie. Sedap bagi aku yang lapar, dinner tu pun sebagai menu buka puasa aku. Aku puasa arinie. Esok tak sure lagi nak sambung puasa ke idak. 



Perut pun dah kenyang! Meh aku cerita pasal roti kukus aku yang tak berapa nk jadi gebu. Tensen akak ok! Puas menguli tepung, last-last roti kukus nie tak gebu. Boleh makan .... cuma macam tercekiklah sket! Malam nie aku plan nak menguli lagi. Nak buat roti juga. Tapi bukan roti kukuslah. Maybe nak buat roti sosej kot.



Apapun aku nak layan Apa Celop sampai habis dulu, kendian baru nak start menguli ....... kalau rajin! Kelakar lak drama nie .... abang boboi la ... gegirl la ... baby la ... ha ha ha cinta sungguh camnie!







CK : Akad nikah dekat Mekah? hu hu hu agak2 camne?

5 comments:

  1. CK : ko pandai masak eh sis, roti kukus 1st time dgr. wey...takkan rm2.00 je huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. rajinnya masak2....boleh bukak kedai makan da ni...huhuh

    ReplyDelete
  3. @Telor Power Ini pun akak 1st time wat roti kukus. kurang menjadi la. hu hu. Okeylah RM2....byk gak tuh. he he he

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!