Allah Ta'ala sahaja yang Maha Mengetahui
Bahawa hambaNya yang satu ini
Sangat penat dengan keadaan yang berlaku!
Ya-Allah, seakan letih dan perasaan ini amat terbeban
Kenapa manusia hilang rasa ihsan dan buta untuk menilai sesuatu dengan baik
Ya-Allah, aku letih dan penat ...dengan keadaan ini!
Ya-Allah, aku tidak tahu kenapa aku perlu berhadapan dengan manusia yang menganiayai aku di sini
Apa kejahatan aku untuk dia?
Aku bukan saingan dia sekalipun .... jauh sangat!
Aku tak pernah anggap dia saingan pun!
Malah aku yang memudahkan kerjanya
Malah aku yang memberikan apa yang dia minta
Kenapa terus memandang sepi pada tanggungjawab aku
Bukan aku inginkan pangkat dan jauh sekali penghargaan
Tapi cukuplah menjadi seorang yang adil dan saksama atas amanah yang dberikan.
Ya-Allah, andai ini ujian dalam kerjaya aku yang memberikan aku rezeki
Aku mohon, permudahkanlah ia agar aku rasa tenang mengharungi dan melaksanakan segalanya dengan jaya
Ya-Allah, andai ini adalah balasan pada kesilapan-kesilapan lama yang tidak aku sedari
Aku mohon keampunan dariMu Ya-Allah!
Dan aku mohon kau jauhkanlah kecelakaan, kejahatan dan penganiayaan ini dariku
Aku mohon dia diberikan hidayah! Sudah-sudahlah menipu dan memburukkan segala hal.
Aku sudah penat, tapi Ya-Allah ... hanya Kau yang tahu keupayaan diri hambaMu ini. Mungkin kerana aku mampu menanggung, maka kau perhadapankan aku dengan hamba seperti dia untuk perjalanan kehidupan ini. Jika ia sebagai salah satu pengajaran Ya-Allah .... aku akan belajar untuk redha!
CK : Menangis dalam hati
sabar itu sebahagian dari Iman...
ReplyDelete