Pagi tadi dalam gelak ketawa dalam kereta, tengah borak-borak soal masa depan ... tiba-tiba aku terima sms. Aku nie kalau terima sms time pergi kerja memang aku pelik. Jarang yang hantar aku sms pukul 8am. Kecuali boss aku yang kadang datang sawan dia, 7.30am dah sms bagi wasiat. Walau tak selalu, tapi aku tak suka sikap dia yang bila nak sms tak reti nak bagi salam, main terjah je! Memang dia jenis manusia yang kekurangan ajaran walau dok dalam kelompok profesional. Sahsiah diri dia yg baik baik amat kurang .... sangat!
Rupanya BFF aku, si June hantar sms. SMS minta maaf! Aku pelik jugak, apsal nak minta maaf? Ada buat salah ke? Rupanya dia terasa hati dengan entry blog aku awal pagi tadi. Bila dia sms, "salam .... aku dah baca entry blog kau, aku minta maaf kalau kau terasa hati pasal semalam." (Isi sms aku ringkaskan le ....asal maksud dia sama). Katanya aku tujukan p/s entry berkenaan pada dia bila aku tulis, "semalam pun ada benda juga aku kecik hati ....... baca kat sinilah!". Semalam aku memang ada sms dengan dia, berbalas sms. Tapi setahu aku bukan aku tuju dekat dia pun. Aku rasa ingin bukan kali pertama dia hantar sms minta maaf berkaitan entry blog aku! Ermmmm.
Actually, lebih seminggu juga kami masing-masing mendiamkan diri. Aku hal aku dah dia hal dia. Aku rasa tak ada apa isu pun dia nak terasa. Lagipun, waktu berdiam diri itu, dia pun tak tahu apa yang jadi dekat aku. Dari segi memahami hati family dan kawan-kawan, aku rasa aku yang banyak usaha untuk faham, banyak diam kalau terasa hati dan banyak pendam. Sebabnya, aku nak hidup aku happy walau hanya nampak pada zahir. Aku nak happy secara zahir tu akan menusup dalam diri dan terus pada hati. Aku malas nak terlalu memikir sesuatu benda yang merunsingkan aku. Hidup ini pun singkat, sudah-sudahlah aku lalui kebanyakan episod sedih aku bertahun-tahun dulu sama ada terasa hati dengan family, kekasih, kawan, sahabat, boss dan sesiapa sahaja!
Takda siapa tahu pun kecuali Tuhan, bila aku kesat airmata sendiri bila mereka yang dekat dengan aku buat aku terasa hati, terusik dan terluka. Aku tak nak orang pandang aku sedih, dan aku bersyukur bila Allah makin beri aku ketenangan. Walaupun ada masa aku lalai mengerjakan suruhan Dia. Jahilkan aku?? Bila aku runsing sekalipun, aku cuba duduk dan diamkan diri. Bila menitis airmata pun sehingga hari ini masih aku kesat sendiri. Bila orang tanya tentang orang-orang yg pernah melukai hati aku, sebenarnya dah banyak aku buang jauh-jauh. Kalau aku simpan semuanya dalam diri, aku tak akan sampai ke mana. Asyik-asyik nak kenangkan apa yang orang buat pada aku, seolah aku ini macam sempurna sangat. Hakikatnya aku sendiri pun hamba Allah yang ada cacat cela sana sini. Aku memang sedar!
Untuk June, tak ada apa yang nak diterasakan sangat. Tiada apa kaitan p/s entry berkenaan dengan ko! Semalam pun kita sms tiada apa pertelagahan yang berlaku. Aku teruja dengan sikap ko, bila aku terangkan sesuatu, ayat ko mesti "tak salahkan kalau aku minta maaf dekat ko??". Which is good .... bagi aku!
So, maaf itu perlu ada semua orang. Mohon maaf dan memaafkan even kita tak buat salah, tapi kita terasa seolah kita salah. Dan orang yang buat salah, tak pula beriya nak minta maaf! Pelik??
#aku cukup kenal Si June nie, Mac 2012 genap 6 tahun aku kenal dia. Dia kalau bab-bab terasa hati cukup cepat, laju nau minta maaf ... hahaha, kawan korang ada cam kawan aku nie???
Aku kalau bab berkawan nie, satu je aku harap, "bila dan senang, jangan lupa aku sebagai kawan yang pernah bersama ... itu je!". Walaupun, aku bukanlah kawan yang terbaik sekalipun!
CK : Kalau setakat baru masuk kerja nak borak-borak, baik balik! Cuba check apa kerja semasa ketiadaan. ha ha ha .... ada sesape nak terasa??
saba3 jgn marah :D senyum ;)
ReplyDeletekalo psal bff mmg cpt tacing kua air mate kn.. xkisah psal sedih or gembira..
ReplyDeleteRaisya pun ada kawan macam akak june. Suka sangat bila ada kawan macam tu, happy setiap hari. :)
ReplyDelete