Zaman aku duduk rumah sewa dengan Jue, ada jugalah aku masak kari telur pecah beberapa kali, bila dah takda idea nak masak apa. Resepi ni mak aku yang ajar, tapi mak selalu buat telur rebus, aku ubahsuai jadi telur pecah. Lagipun menu nie senang dan mudah. Ada lauk dengan sayur-sayur sekali. Tak perlu sibuk nak buat sayur lagi. Kalau nak tambah lauk pun setakat goreng ikan kembung pun dah cukup! Makan dengan nasi panas, letak kuah kari banyak-banyak then tambah kicap kipas udang, memang bertambahlah makan ... tambah pula dengan housemate tersayang tu!
Cuti baru nie, aku malas nak ke pasar cari ayam or ikan. Harap apa yang ada dalam fridge tu ajelah untuk masak. Ada telur dan carrot, so disebabkan dah lama tak makan kari telur pecah, sesekali masak apa salahnyakan? Nampak sangat malas bebenor nak kuar rumah! Hari nie nak share resepi mudah kari telur pecah dengan korang. Mudah sangat ... he he he.
RESEPI : KARI TELUR PECAH
SUMBER : BONDA CIK KAMOO
Bahan-bahan;
- 3-4 biji telur ayam
- 1 batang carrot - kerat 3 dan potong memanjang
- 2 biji tomato saiz sederhana- dibelah empat
- 1 bungkus rempah kari ikan (dibancuh dengan air panas) - aku pakai rempah Adabi
- 1 kotak kecil santan
- 2 ulas bawang merah - mayang halus
- 1 ulas bawang putih - mayang halus
- Sedikit kulit kayu manis dan bunga lawang
- 5-6 biji cili api - nak bagi rasa pedas sikit
- Garam dan serbuk perasa
- Asam keping
- Air secukupnya
- Minyak untuk menumis
Cara-cara;
- Tumis bawang merah dan bawang putih biar kuning keemasan dan masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis; - kalau ada daun kari boleh tumis sekali;
- Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dan kacau sehingga naik minyak;
- Bila rempah dah masak, masukkan santan. Sebelum tu bancuhkan sekotak santan dengan secawan air untuk elak kuah menjadi terlalu pekat;
- Kacau sampai mendidih, masukkan carrot dan biarkan sehingga separa empuk kemudian masukkan tomato, cili api, garam, serbuk perasa dan asam keping; (kalau ada bendi atau kacang panjang pun boleh dimasukkan); biarkan hingga mendidih; Rasa dulu dah ok ke tak rasa dia.
- Pecahkan telur ayam satu persatu. Jangan kacau, tunggu sehingga telur kuning separa masuk atau masak terus kalau suka. - Aku suka telur kuning tu separuh masak. Lagi sedap.
- Bila dah masak bolehlah angkat dan hidang dengan nasi panas.
Mudahkan resepi aku nie? Pejam mata je beb. Mudah je. Untuk sesape yang malas pi pasar macam aku bolehlah cuba, tapi make sure ada telur ayamlah dalam fridge tu. Semua resepi aku simple-simple je ... macam aku juga. Senang masak cepat dimakan. Lepas makan bolehlah Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!!
Silalah cuba ye adik-adik!
CK : Cuti yang dipenuhi dengan menu yang simple bebenor ... dah macam edisi membesarkan tubuh badan je!
bole wt msok sem nti ni.. maklumlah dok umah sewa xd mak nk tlg msakkn.. hihi..
ReplyDeleteMenariknyaaa.... Kari ada letak cili padi. Akak nak trylah... Kasi ada kick sikit kan....
ReplyDeletegrrr.
ReplyDeletemak oiii..sdpnya kak...trliur lak sy..nsb bru sudh mkn..xdla trliur sgt2..hehehe..slmt pg kak..:)
ReplyDelete