Morning ... morning kawan-kawan! Hari nie 1st day kerja selepas berhari-hari cuti. Heaven bebenor dok rumah sebab aku tak pergi jenjalan sangat kecuali hari Ahad je aku pergi kenduri kahwin and lepas tu pi makan cendol. Pagi nie nak bawa korang menikmati cendol pulak seperti yang dijanjikan. Semalam dah cerita pasal Cendol Leman Dawi kan, okeh kali nie aku bawa korang makan cendol yang super duper sedap bagi lidah dan tekak aku. Rasa macam nak bertambah je, tapi memandangkan perut penuh dengan nasi dan lauk pauk kenduri ... terus batalkan hasrat! Layan mata dengan cendol dulu ...
Yang kiri tu cendol biasa si dia dan yang kanan tu cendol jagung aku yang punya. Disebabkan Ahad tu ramai sangat pelanggannya, yang tinggal 2 jenis cendol nie je ... Tapi aku memang rasa puashati makan cendol yang sedap nie. Kalau nak dibandingkan dengan Cendol Leman Dawi, berbeza sangat-sangat kot. Rasa cendol di sini lebih lembut, tidak hanyir, santan dia yang cukup lemak dan air gula dia yang tidak terlalu manis. Nak makan dekat mana cendol yang sedap camni? Meh, aku bawa korang ke Haji Shariff's Cendol and Catering Sdn. Bhd yang terletak di No. 44, Jalan Yamtuan, 70000, Seremban Negeri Sembilan.
Ini bangunan kedai Haji Shariff's Cendol tu. Memang terletak di tengah-tengah bandar Seremban. Senang nak cari dengan warna bangunan yang hijau. Pelanggan kedai nie memang ramai bebenor. Masa aku sampai pun memang dah separa penuh dah. Bila duduk dalam tak sampai pun 15 minit ramai pula yang masuk. Pelanggan kedai nie terdiri dari pelbagai kaum ... Melayu, Cina dan India. Ada yang makan dekat situ dan ada yang bungkus bawa balik! Majoritinya makan cendol je walaupun kedai nie ada juga menu lain seperti rojak (RM3.50) dan rojak mee (RM3.50).
Ini keadaan semasa aku baru sampai. Ini baru pelanggan sebelah kiri aku, belum campur meja-meja yang penuh di depan aku. Boleh tahan juga ramai. Masa aku nak balik meja sebelah kiri nie dah penuh dengan sebuah family. Pelayan-pelayan kat sini pun pantas ambil dan hantar order. Tak sampai 5 minit duduk dia dah sampai, "biasa ka jagung ka? lain-lain dah habis!". Si MB pun, " biasa 1 dan jagung 1!".
Kedai Haji Shariff's Cendol ini juga agak bersih. Boleh dikatakan agak kemas dan teratur. Tapi sijil kebersihan dia dapat Gred B je. Kenapa yek? Aku tengok lantai dia berkilat, susun atur agak kemas, meja semua dilap dan lalat pun tak ada.
Perniagaan Haji Shariff's Cendol bermula sejak tahun 1930-an lagi. Kalau tak percaya cuba tengok gambar dekat atas. Gambar nie ada tergantung dekat dinding. Ada juga keratan akhbar mengenai kedai cendol Haji Shariff's. Aku rasa memang dah femes kot. 1st time aku makan cendol Haji Shariff's adalah semasa jamuan makan hari raya kot bersama Menteri Besar N.Sembilan. Lama dah, so aku pun dah ingat-ingat lupa. Tapi ini 1st time aku makan sendiri di kedai dia.
Gerai Haji Shariff dulu kot, nampak macam dah moden dah sikit masa nie. Merah putih. Itu mesti anak-anak dia yang bantu. Aku agak, Haji Shariff yang sebelah kanan tu kot. Agak ajelah! Aku pun tak kenal dia. he he he
Dah cerita semuakan, jom close up sket cendol biasa. Sedap woooooo! Sejuk! Manis! Berlemak!
Cendol jagung terbaik! Tak cukup semangkuk. Aku akan repeat lagi nanti.
Dekat sini ada jual cendol biasa dengan harga RM1.30, kalau bungkus bawa balik harga dah lain, jadi RM1.50. Cendol kacang, pulut, jagung harga dia RM1.70. Cendol campur harga dia RM2.00. Murahkan?? ABC pun ada juga, tapi lupa pulak berapa harga dia. Kalau rasa teringin nak makan cendol, kot-kot tersesat kat bandar Seremban, aku suggest korang trylah makan cendol di sini. Insya-Allah berbaloi dengan rasa dan harganya sekali.
Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!
CK : Aku masih kecewa sampai hari ini apabila Malaysia kalah dengan Bahrain 2-1 dalam Perlawanan Kelayakan Olimpik London 2012. Kenapa Harimau Muda? why ... why????
sedapnya.
ReplyDeletenampak sedap....minat tk mgkuk dan plate steel dia, simple tp ada seni nya.
ReplyDeletesis..cendol jagung tue nmpak sedapnye.
ReplyDeleteakak love cendol very much! nampaknya kalau pi seremban kena cuba cendol ni, nampak sangat sedap..
ReplyDelete