Mentang-mentang hari nie aku cuti, rajin bebenor aku up entry. Harap korang tak bosanlah. Dan untuk elak korang bosan, entry ini pendek je pun. Nak share gambar kek nie dengan korang.
Kek nie, Si MB buatkan untuk aku. Terima kasih dear! Dapat kek seketul terus aku panggil kau dearkan ... ha ha ha! Jangan ingat lelaki tak pandai buat kek. Dia neh memang tahu and agak pandai juga masak. Cuma mood lelaki yang bukan chef ada penyakit M je manjang. Asal aku suruh buat, ada je alasan. Last-last aku juga kena buat!
Kek nie pun aku dapat selepas aku ngomel and ulang cakap banyak kali. Baru dapat seketul kek dengan bekas bakaq kek sekali! Baguihkan hang nie .... minta kek dapat free dengan bekas bakaq kek sekali. Seketul kek nie dah tinggal separuh dah pun aku hadap petang tadi. Oit, terpanjang pula menulis .... okehlah stop sini dulu.
Aku tahu dia buat sendiri, sebab sibuk sangat cari resepi dekat Mesra.Net! ha ha ha. Sibuk sangat cakap pernah buat kek, terus ada permintaan. Kesian kau kan .... ha ha ha |
Encik MB, terima kasih buat dan bagi kek marble nie ... sedap dan lembut!
Browniesnye bila pula ai nak dapat??
CK : Aku je yang tak berapa pandai buat kek. Satu-satunya kek yang aku berjaya buat .... kek puding caramel tu je! Kek lain? Tengoklah nanti camno.
MB xnk buat utk sy ke??hehehe
ReplyDelete