Tuesday, February 21, 2012

SELAMAT HARI LAHIR WAHAI KEKASIH HATIKU!

Assalamualaikum ....






Hari ini 21 Februari! Hari ulangtahun kelahiran dia yang amat aku kasihi dan sayangi. Lelaki yang amat aku sayang sangat. Satu-satunya lelaki penawar duka lara hidup aku. Kadang faham aku dan kadang tak faham aku! Huh, kadang dia sengaja robek hati aku. Huh lagi! Tapi takpe, aku tetap sayang dia dunia akhirat. Pagi-pagi lagi buka mata, aku terus sms si dia! Walau aku tahu dia tidak akan membalas sekalipun. Dia sibuk? Tidak, dia tidak sesibuk orang lain. Cuma dia memang tidak akan balas sms aku. Asalkan dia tahu untuk membaca apa yang aku coretkan itu sudah cukup buat aku gembira! Cukup buat aku bahagia dan tersenyum!



Hari ini aku penat sangat, sepatutnya lepas sms aku perlu call dia. SMS tak cukup! Rasa kurang feel bila meluahkan rasa pada seseorang yang amat kita kasihi dan cintai! Aku sayang dia, sayang sangat. Aku tahu dia pun sayangkan aku sangat-sangat. Rasa kalau dia ada depan mata aku sekarang ini ingin sekali aku peluk dan cium pipi dia. Ermm ... rindu dekat dia. Dan dia jauh sekarang ini! Tuhan sahaja yang tahu betapa aku merindui dan menyayangi dia.



Tadi, sebab rasa tidak puashati. Dan rasa tidak lengkap hari aku tanpa bercakap dengan dia, aku terus call. Biar bagi ucapan dan luahkan apa yang ingin diluahkan secara live! Setakat aku wish melalui sms, lepas tu luahkan perasaan dan wish dekat facebook bukannya cukup pun. Dia bukan ada facebook. Dia tak pandai pun guna internet. Tengok internet pandailah! Kan kan .... sayang??



Tadi, sembang-sembang. Sebelum tu dah wish happy birthday! Then dia cakap, "pagi tadikan dah mesej, cukuplah tu!". Fine, aku kan jenis caring melampau. Asal sms apapun rasa macam tak cukup pada insan yang aku sayang. Mesti nak kena call dan dengar suara sekali.  Rasa seronok sangat bila boleh gelak-gelak dengan dia. Bila aku wish birthday tadi, dia ketawa-ketawa lagi. "Terima kasihlah ...!". Lelaki biasalah, tak kisah sangat hal macam nie. Remeh temeh cam birthday nie kan?? Terima kasih tu simple je ... tapi aku rasa amat bermakna. 



Dulu, aku kurang ambil berat sangat pasal birthday dia. Bila aku sedar segala pengorbanan dia pada aku. Bila aku sudah pandai berfikir. Bila aku sudah pandai menghargai. Bila aku pandai segalanya dan mengerti soal hidup dengan apa yang dia ajar dan didik aku selama nie, aku rasa aku kasih sayang tu bertambah berbunga-bunga! Sangat berbunga-bunga dan ceria!


Korang tahu, betapa sayangnya dia pada aku .... aku pernah terima hadiah ribuan ringgit dari dia! Bukan aku nak riak membangga, tapi aku bersyukur atas usaha dan pengorbanan dia buat kehidupan aku. Aku merengek, dia akan cuba dapatkan apa yang aku inginkan, cuma antara cepat dan lambat. Masa itu, aku belum cukup akal dalam menilai kesusahan orang lain. Itu semuanya dulu, kini tidak lagi.


Tentang hadiah ribuan ringgit, bukan senang orang nak dapat. Tapi aku memang bertuah. Aku dapat hadiah setiap kali aku dapat buktikan kesungguhan aku dalam sesuatu hal. Cuma kasih sayang dia lebih bernilai dari hadiah yang dia bagi. Itu dulu, sekarang aku memilih untuk usaha dapatkan apa yang aku inginkan. Aku dah tidak minta bukan-bukan lagi dari dia.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
..
 







Buat si dia yang amat aku kasihi dan sayangi, satu-satunya lelaki yang bertakhta di hati aku dulu, kini dan selamanya ... "SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH!". Ayah, walau ayah garang sangat, tegas melampau, kadang tak sporting pun ... tapi ayah baik sangat-sangat. Ayah selalu penuhi apa yang anak ayah inginkan. Ingat tak, ayah belikan motor masa lulus SRP dulu! Lepas tu masuk "U" dapat motor baru lagi! Sukeee, bila ayah belikan motor kriss biru pilihan hati anak ayah yang cantik tu. 



Lepas tu, bila lulus lesen kereta, ayah janji akan belikan kereta. Bertahun tunggu lepas lulus lesen, asyik ungkit je dengan ayah sebab belum nampak kereta. Bila final year dekat "U", ayah belikan kereta kancil! Weeeeha! Dapat sebiji kancil untuk guna masuk "U"! Sekejap je lah ... lepas tu kereta tu accident. Ayah sendiri yang bawa dan terjun dekat parit sebelah rumah. Kereta comel tu rosak teruk, banyak duit ayah habis! Tapi ayah tak kisah pun.



Pengorbanan ayah terlalu besar, besar sangat! Tak tahulah nak cakap macam mana .... hari ini dah 66 tahun usia ayah! Sudah 66 tahun ayah, sudah 66 tahun! Ayah dah tua ... kadang ayah tak larat! Anak ayah nie sedih sangat bila pertengahan tahun lepas ayah disahkan kena kencing manis. Menangis sungguh-sungguh anak ayah nie. Risau, gelabah, takut dan macam-macam perasaan ada dalam diri nie. Mana tak sedih, mana tak takut .... anak ayah yang satu nie rapat sangat dengan ayah. Kalau nak apa-apa boleh minta je terus! Sebab itulah, ramai cakap kakak nie anak ayah! Ikut perangai ayah dan segalanya tentang ayah dah jadi milik anak ayah yang satu nie!



Sebenarnya, kakak takut sangat hilang ayah. Apatah lagi mula-mula tahu ayah sakit hari tu. Kakak ada impian pasal ayah, tapi belum masanya nak cakap. Tunggulah, bila tepat pada masa dan sesuai keadaannya, akan kakak luahkan permintaan kakak yang terakhir! Sentiasa kakak doa semoga permintaan terakhir kakak buat ayah akan dimakbulkan Allah Ta'ala. Permintaan ini kalau ayah dapat tunaikan, akan jadi satu kegembiraan dunia akhirat buat kakak. 



Ayah, sempena ulangtahun kelahiran ayah yang ke-66 tahun, anak ayah doakan ayah sentiasa sihat selalu, diberikan ingatan yang baik, diberikan ketenangan, dipermudahkan segala urusan kehidupan, diberikan keberkatan, dimurahkan rezeki dan semoga ayah dipanjangkan usia untuk terus melihat anak cucu ayah! Kakak sayang ayah sangat dunia dan akhirat. Ayah tahukan ....??




#stop kat sini, aku dah touching semacam!






CK : Kesat airmata!! Rindu ayah aku .....

4 comments:

  1. sedih dan syahdunya! terus akak rindu kat arwah abah..

    happy birthday to papa CK!

    ReplyDelete
  2. CK syang kan ayah bukan, jadi sempena hari ulang kelahirannya, hadiahkan lah produk tuk pesakit kencing manis supaya ayah CK dapat sembuh, baru peringkat awalkan...

    ReplyDelete
  3. selamat harijadi utk ayah akak..semoga dimurahi rezeki n sihat sejahtera...

    ReplyDelete
  4. entry kamu tentang ayah buat saya mengalir airmata tanpa saya sedari..sgt2 tersentuh!

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!