Saturday, February 11, 2012

MASA AKU DARJAH 4 MULA SEGALANYA!

Assalamualaikum ....







Morning korang! Fhuuuuuh hari nie dah Sabtu. Sonok le. Korang pi jenjalan ke? Aku kena masuk office. Siapkan report untuk meeting minggu depan. Eauuuuw dah jadi staff jaya aku nie. Weekend pun den ghoje! Tapi tak kisahlah, semalam ada sorang boss dah tazkirah aku. Kita kena ada rasa sayang and tanggungjawab pada kerja diberi, even boss tak berterima kasih sekalipun. Dia cakap ini satu "keseronokan" bila nanti kita dah berada di peringkat lebih tinggi dari sekarang.




Oh! apa aku merepek pasal kerja. Aku nak cerita pasal lain. Cerita zaman kanak-kanak aku bila time weekend. Dulu, masa aku darjah 1-6, hari cuti je kerja main, tengok tv, makan then tidur. Itu ajelah ulang-ulang. Cuma bila aku darjah 4 je mak aku dah start suruh aku basuh pinggan setiap pagi weekend. erghhhh siap aku nie tarik-tarik mukalah. Derhakanya masa tu! Protes dalam diam tapi buat tetap buat, cuma tak ikhlas la. Jujur nie! Kalau tak buat, memang kena marahlah. Mak aku dulu garang, bila aku dah besar garang dia dah kurang. Time adik bongsu aku seusia aku, lagi best, dia takyah buat apa yang aku buat masa kecik! Ini tidak adil! ha ha ha.




Mana taknya, aku dulukan kakak sulung. Macam cousin aku dia ada 2-3 orang kakak atas dia. So, dia mungkin tak rasa kena buat kerja dapur cam aku. Dia boleh lepak main-main lagi. Bangun tidur terus makan. Macam aku, kena bangun awal sebelum pukul 8. Kalau aku tersasar time tidur sampai 10 pagi, mulalah aku dengar mak aku bebel-bebel. Cair taik telinga aku! Tang cair taik telinga aku tipu!. Tapi memang bingit la. Mak aku mesti cakap, "anak dara bangun lambat .... anak orang lain dah bangun ...tot tet tot tet tot tet!". Macamlah aku selalu bangun lambat. Rindu plak time mak aku berleter masa kecik-kecik. Dah besar baru aku tahu itu cara mak train aku jadi anak yang berguna. Berguna ke ni? he he he




Anak orang lain pun tak bangun awal cam aku, yelah masa tu aku baru darjah 4 ... baru umuq 10 tahun! Depa pun bangun takdalah cuci pinggan cam aku nie ha! Bukan sikit-sikit pinggan mangkuk, gelas, sudu garpu dan periuk aku kena basuh. Satu bilik air! Dulu rumah aku takda sinki cam sekarang. Sekarang dah senang, bak kata Zack Zuhairi, dah ada kemajuan!




Bila aku dah expert basuh pinggan mangkuk semua, okeh ... expert ye! Baru mak aku start ajaq aku masak. Mula-mula kena belajar siang ikan dulu. Masa tu dah darjah 5 kot. Orang lain sibuk main teng teng, main masak2, main kahwin-kahwin dan aku sibuk tolong mak dekat dapur. Parah hati aku time tu! Okeh, korang mainlah. Aku belajar jadi anak dara untuk mudahkan suami aku nanti. Eceh, time tu syok dok pikir pasal kahwin. Baru darjah 5, gatai okeh!




Siang ikan dah pandai, mak ajaq goreng ikan, ayam dan yang sekawan dengannya. Pastu barulah start buat sayur goreng, kulat sisir goreng kunyit ... bila mak tengok aku cam dah cerdik skit buat kerja, darjah 6 mak ajaq buat sambal bilis pula. Korang tau, bila aku terror buat sambal bilis, menu nie jadi menu wajib aku bila masak. Sonang aih! Darjah 6 aku dah tau masak semua nie. Terrorkan aku! Masa mak aku bersalin adik aku yang bongsu, masa tu aku darjah 6, sambal ikan bilislah yang ayah dan mak aku hadap hari-hari. Sebab itu je yang aku expert sangat masak. Balik sekolah je kena masak! hua hua hua! Penat kayuh basikal pun belum habis.




Sekarang nie aku bersyukur sangat, aku tahulah juga masak. Bila mak ayah aku datang rumah aku dekat Putrajaya aku dah boleh masak macam-macam menu yang mak ajaq dan masakan yang aku belajar sendiri dengan kawan-kawan negeri lain. Nak kata sedap sangat idaklah, tapi bolehlah makan!!









Darjah 4 lah bermula segala-galanya detik perjalanan kehidupan aku yang mak ayah ajar!







Okeh, pagi nie aku nak cuba skill buat nasi goreng cili api berudang! Aku cau dululah, nak siapkan bekal pi kerja! Untuk korang yang aku sayang ..... happy weekend!!





Untuk mak, terima kasih :)








CK : Kecik-kecik derhaka banyak tau, bila dah besar dah sedar! hehehehe. Mak aku selalu cakap, "mak ampun semua dosa anak mak!". Terima kasih mak ....

7 comments:

  1. tahniah kpd mak CK kerana berjaya membuat CK jadi org berguna dan berjaya (ye ker??)

    setiap ibubapa akan corakkan anak mereka tersendiri utk jadi manusia berguna. hikmahnya bila kita meningkat dewasa.... betul tak CK??

    ReplyDelete
  2. bagus sebenarnya mak ayah ajar kita buat kerja rumah dari kecik lagi... takdelah kita malas bila besar nanti!

    macam akak dah ajar anak2 buat semua sendiri!

    ReplyDelete
  3. @Telor Power Berguna dan berjaya ke tak ... nk kena balik tanya mak ayah pula...heheh

    ReplyDelete
  4. @mas saari Bagus mulakan dari sekarang .... nanti kita pun senang jugak

    ReplyDelete
  5. Semoga akan terus sukses.

    Darjah 4: Baru tahu apa itu rindu.

    ReplyDelete
  6. pengalaman adalah guru sebenar kita :).jom fahz undur diri dulu.sampai setakat nie dulu fahz baca ur entry.nanti sambung lagi na.nite dear :)

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!