[sumber]
Aku penat sikit hari ini. Letih .... terutama otak aku yang letih. Kerja aku tak sudah-sudah. Walau aku dah susun sebaiknya. Aku pun dah banyak elak berlakunya penangguhan kerja. Jadi bila aku luahkan pada dia, "saya letih sikit hari ini ... nak rehat sekejap!". Dia cakap, "eh ... letih kenapa? bukan jaga anak or suami pun!".
Then aku balas jawap, "letihlah ....!". Dia sambung, "yelah ... kenapa?". Anggapan dia seolah orang bujang macam aku tidak punya rasa letih dan penat. Aku bukannya duduk saja. Bila dia ngadu pada aku dia letih dengan kerja harian and apa-apa mesyuarat kemasyarakatan dia, selalu aku cakap pada dia, "awak rehatlah, nanti tak adalah rasa penat sangat!". Aku jarang sangat persoalkan kenapa dia letih sebab aku boleh faham diri dan kerja dia dan aku juga faham bahawa kita ini adalah manusia. Tiba satu-satu masa keletihan akan hinggap dalam diri kita. Tak kisahlah kita bujang or dah kahwin yang kena jaga anak dan suami!
Perjalanan kehidupan harian kita kadang-kadang buat kita rasa letih. Jadi, letih bukan hak milik orang yang dah berkahwin dan bekeluarga sahaja!
#bila aku luahkan, maknanya aku perlukan dia sebagai "tempat bersandar" pada keluhan aku. itu sahaja. bila dipersoalkan sedemikian, aku bukan menjawab dalam emosi, tapi keletihan aku menjawab dalam keadaan sedemikian. aku cuma manusia .... jadi apa yang orang lain rasa, aku jua punya rasa yang sama! Letih ....
CK : Tak semua orang faham ....
yup, kadang2 terasa jengkel gak bile orang buat2 tak paham yg kite letih
ReplyDeletepastu mengamuk bile kite buat endah tak endah je
haihhh
#kemain ayat jengkel bagai.hakhak
Rehat tu sgt penting :)
ReplyDelete