Monday, February 6, 2012

Resepi : SAMBAL DAGING BURGER

Assalamualaikum ...




Aritu aku dah cerita pasal lunch dengan menu kafe college. Arini aku nak share resepi mudah nie dengan korang. Resepi orang yang malas nak keluar pi pasar cari ikan dengan ayam. Setakat cari bahan mentah kat dapur je. Selongkar fridge ngan gerobok kat dapur tu. Apa yang ada ... masak je. he he he. 


Aku nak share resepi SAMBAL DAGING BURGER. hak hak. Cam kelakar je kan, daging burger pi buat sambal! Ah, aku dah memang boleh masyuk dengan semua makanan macam nie. Memang layan. Kalau makan dengan nasi panas plus kicap kipas udang ... tuang kuah sambal bebanyak, mampu bertambah jugalah makan. Jom kita share resepi. Resepi aku nie mudah sangat, budak sekolah pun tahu buat. Asal letak perasaan rajin sedikit je ... sure jadi punyalah!





Resepi : SAMBAL DAGING BURGER
Sumber : CIK KAMOO


Bahan-bahan;


  • 2 keping daging burger (dipotong 4) - aku pakai Ramly Burger Lembu
  • 1/2 batang carrot - potong memanjang
  • Bawang besar (Holland) - Hiris bulat, tapi jangan nipis ye
  • 1 ulas bawang merah dan bawang putih - mayang halus
  • 2 sudu besar cili boh - Aku pakai cili giling puteri
  • 2 sudu besar cili sos
  • Air secukupnya (aku guna 1/2 cawan je)
  • Asam keping
  • Sedikit gula melaka - pakai gula biasa pun boleh
  • Serbuk perasa
  • Asam keping
  • Minyak masak - untuk menumis dan goreng daging burger



Cara-cara;

  • Daging burger tadi dipotong 4 dan digoreng dengan minyak yang sedikit. Goreng separa masak je. Kemudian ketepikan;
  • Letak minyak dalam periuk, tumiskan bawang merah dan bawang putih sampai layu dan wangi;
  • Masukkan cili boh dan goreng hingga naik minyak;
  • Masukkan asam keping then kacau-kacaukan;
  • Masukkan air dan cili sos pula;
  • Bila dan menggelegak masukkan daging burger yang telah digoreng bersama carrot;
  • Masukkan serbuk perasa pastu biar menggelegak lagi sampai carrot separa empuk (aku tak suka sangat makan carrot terlalu empuk);
  • Last sekali masukkan bawang besar Holland tu;
  • Rasa la dekat lidah korang ... kalau dah rasa ok, boleh tutup api. Kalau tak ok rasa  rambah la apa yang patut






# Kalau nak kuah banyak tambahlah air. Sedap dimakan dengan nasi panas-panas plus kicap! Memang masyuk beb.



Sekali pandang ada rupa cam kari plak ... hu hu


okeh, korang boleh cuba masakan mudah nie! gerenti korang suka nanti ... he he he








CK : Masakan yang datang 3-4 kali dalam setahun ...

1 comment:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!