Friday, February 17, 2012

Jalan, Order dan Makan : SOFINA SEAFOOD, PINTU SATU, PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...







Salam Jumaat korang! Cepatkan masa berlalu, sedar-sedar dah hari Jumaat. Tahun ini aku rasa masa memang cepat, dah dekat penghujung Februari dah. Tak menang tangan aku buat kerja. Lepas satu ... satu! Kepala mula fikir nak rehat dan pergi bercuti. Yelah, hujung tahun lepas aku tak ambil cuti dan pergi bercuti pun. Tahun nie tak tahulah macam mana. Cuma untuk permulaan tahun ini, aku rasa kerja aku lebih tersusun walau sentiasa ada!



Okehlah, back to the tajuk la pulakkan. Nak bawa korang pergi jalan cari makan pula. Lokasi dekat sahaja bagi mereka yang berada di Putrajaya, Sungai Merab Bangi dan yang sekitar dengannya. Lokasi kali ini adalah SOFINA SEAFOOD, PINTU SAT, PUTRAJAYA. Sesaper yang tinggal dekat Presint 14 dan 15, sangatlah dekat!



Sofina Seafood nie seberang jalan Institut Penilaian Negara je pun. Letak dia pun dekat sebelah pencawang elektrik nie ha.... see gambar di bawah nie!





Inilah Sofina Seafoodnya! Dah lama sangat nak singgah tapi tak kesempatan. Masa aku sampai customer tak ramai, tapi bila dah nak balik ramai pula yang datang. Ada mamat depan kita orang nie, borak punyalah kuat.  Maklumlah duduk semeja dengan perempuan 2-3 orang, dia sorang je lelaki. Cakap bukan main. Macam restoran nie dia yang punya sampai tak hirau orang lain kiri kanan. Ganggu ketenteraman tul! Meja aku yang jauh dari dia pun boleh dengar dia cakap sebiji-biji! Macam dia cakap sorang2 pun ada, awek2 dia cam diam je ... hu hu hu!


Jom tengok apa yang kami order malam tu. Ini nasi goreng kunyit aku! Ayam goreng kunyit dia memang sedap, tak berminyak! Rasa semua cukuplah bab ayam nie cuma tang nasi tu agak kurang sket. Nasi goreng dia tak lembut sangat dan kurang rasa.



Nasi goreng USA! Daging merah dia sedap sangat, garing dan tak liat puan! 2 thumbs up! Cuma kenapa nasi dia sama macam nasi goreng kunyit aku?? Selalu kalau order nasi goreng USA, nasi dia macam merah kemerahan. Rasa nasi sama je macam aku describe dekat atas tu .... kurang rasa beb! Improve pleaseeeee.


Air barli suam dan nescafe panas untuk si dia!


Restoran nie kemas. Sesuai untuk bersantai. Persekitaran dia pun bersih!


Kemudahan parking yang luas juga disediakan. Kalau tak nak dekat luar macam kami, boleh park dekat dalam. Tiada masalah!




Lepas nie, Insya-Allah nak datang lagi. Nak cuba menu lain pula walau nasi goreng dia kurang sedap, tapi lauk pauk dia yang sedap dapat cover ketidaksedapan nasi berkenaan. So, tak rugilah ... ada juga yang sedap! Harga dia pun berpatutan. Total kami makan malam tu cuma RM13.50 jer! Murah jugakkan??








Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!









CK : Sesekali order nasi goreng .... hilang kempunan rasa!

4 comments:

  1. saya pun xpernah makan lagi kat sini.selalu lalu jek.anyway lepas nie nk kena try dekat sini pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga amat berpatutan...klau sy nk makan keluo kt beranda...jenguk je dari atas...haha huntung dok kuarters kehkehkwh

      Delete
  2. apa rm13+++
    fuh murah tu.....ok nie tempat aku mesti cari

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!