Wednesday, February 22, 2012

Jalan, Order dan Makan : SUP TULANG DI ARZA TOMYAM, BATU 14, PUCHONG

Assalamualaikum ...





Petang semalam aku godek-godek folder lama dalam lappy. Punyalah banyak gambaq. Tapi gambaq masa zaman belum aku beli compact camera la. Gambaq guna hapfone cap ayam jeeeew! Sekali tu, jumpa gambar makanan dekat Arza Tomyam, Batu 14, Puchong Selangor! Rasa macam belum update lagi pasal lokasi makan best nie. Menu yang aku suggest kat korang di sini adalah sup tulang! Sup tulang dia sedap tau. 
Aku pun dah lama tak pergi makan sup tulang. Sekarang nie dah kurang sangat merayau cari makan. Kalau ada pun setakat singgah bila nk pergi lokasi lain je!




 Arza Tomyam, Batu 14 Puchong! Warung biasa je ... tapi bila pekena sup tulang dia, perghhhh sedap beb!


Ini sup tulang dia. Isi daging lembut. Tulang of courselah keras. he he he. Rasa kuah dia sedap. Semangkuk nie kalau tak salah RM6.00 kot. Aku dah lupa sebab lama tak pi. Selalu kalau pi makan kat sini, sure order sup tulang dengan nasi goreng USA. But tempohhari ntah kenapa nak try menu lain. Kami order kuewteow kungfu! Bajet nak trylah, sebab tak pernah ode menu cenggini kat sini walau selalu datang.



Sekali kau ... kuewteow kungfu dia tak sedap!!!! Apa kehallah kuewteow tu pi goreng dengan tepung buat balutan. Reti ke dak nie? Kuewteow kungfu kena balut dengan telur. Bukan dengan tepung beb! Seakan kami macam tertipu di situ! So, rasa dia jadi amat pelik sangat. Rasa tepung! Ko bancuh-bancuh tepung tu bajet dia jadi macam telur yeah??? Aduss sadis tau.




Sekian, cerita jalan-jalan cari makan kami. Ada yang sodap dan ada juga yang tak sodap!!





Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!











CK : Rasa nak makan nasi ayam penyet kat Bangi .... bilalah nak pergi sana?

3 comments:

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!