Monday, February 6, 2012

CENDOL LEMAN DAWI!

Assalamualaikum ...






Bila sebut Cendol Leman Dawi yang terletak di KM11, Jalan Sungai Gadut, Seremban Negeri Sembilan pasti ramai yang tahu. Tempat nie dah famous sejak disiarkan dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan @ TV3 bertahun dulu. Aku pun tengok dalam rancangan tu juga, tapi belum pernah sekali pun menjejakkan kaki ke sana. 



Aku pernah ajak MB berkali-kali singgah untuk makan cendol Leman Dawi. Asyik lalu lalang depan Cendol Leman Dawi nie berkali-kali, pelanggan dia memang ramai.  Tapi si MB tetap tak nak singgah jugak (frust aku!). Sebab utama dia taknak .... tak sedap katanya! Kawan-kawan MB pun cakap benda yang sama, tak sedap! Disebabkan aku bukan orang Negeri Sembilan, jadi rasa keterujaan untuk merasa cendol Leman Dawi ini membuak dari biasa. Aku google, ramai blogger cakap sedap. Eh! betul ke sedap? Apsal kawan-kawan aku orang noghori cakap tak sedap. Aku perlukan kesahihan di situ.





Masa cuti Tahun Baru Cina baru nie, kebetulan kami on da way ke Melaka dan melalui jalan dalam bagi mengelak kesesakan. Kemudian, lalulah dekat Jalan Sungai Gadut dan melalui depan Cendol Leman Dawi.  Kemudian, si MB aku terus tanya, "awak betul ke nak rasa cendol Leman Dawi?". Aku pun angguk laju je! Yes ... impian jadi nyata. Nak buktikan kesahihan mereka. Sedap ke tidak sedap? Apalagi, dalam hujan renyai, kami singgah. Aku yang turun beli sebab yang excited nak makan adalah aku, bukannya dia. Dia siap pesan, beli satu sahaja untuk try!



 Ini gerai cendol tu. Atas lori nie aku rasa. Lori yang dah tak gerak. Yang ini untuk sesapa order untuk makan di gerai.  Boleh tambah cendol percuma tau dan boleh minum air barli juga percuma. Hari tu, aku tak nampak pun Encik Leman Dawi nie.


Di belakang lori tak bergerak adalah tempat order untuk mereka yang nak bungkus. Tempatnya agak kurang bersih sikit. Tambah dengan hujan, dah jadi becak. Adik yang ambil order nie pula serius semacam je dan kurang mesra serta senyuman. Upset di situ!



Dan ini adalah Cendol Leman Dawi berkenaan yang aku bungkus. Aku beli cendol jagung. Kalau tak salah aku, harganya dalam RM2.00 kot. Dah lupa, sorry! So, apa kata aku tentang cendol Leman Dawi nie?? Apa kesahihan sebenar di pihak aku?? 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kesahihannya adalah .... cendol ini  TAK SEDAP bagai dikata oleh kawan-kawan aku! Kesahihan aku sama seperti mereka. Minta maaf, itu adalah kenyataan pada lidah aku. Santan dia tak lemak manis dan rasa cendol hijau dia kurang sedap. Si MB cakap, "apsal macam hanyir telur je cendol nie?"


Lepas makan cendol Leman Dawi, Si MB siap perli aku, "puashati dah?? nak makan lagi lepas nie??". Aku senyum sumbinglah apa lagi. Padan muka sendiri. But, tak salahkan nak mencuba? Mungkin pada orang lain sedap, tapi pada aku je yang tak sedap. Dia siap cakap ada lagi tempat jual cendol lagi sedap dekat Bandar Seremban .... kadang nama sahaja gah sebab dia dah masuk TV, sebab tu famous. Tak semua yang masuk TV tu bagus dan sedap katanya. Okeh, aku dapat tazkirah free juga hari tu.



Nanti aku cerita dekat korang lokasi makan cendol yang lagi best dekat Bandar Seremban. Dia telah tunaikan janji dia. Lokasi makan cendol kat Bandar Seremban nie memang aku suggest dekat korang. Rugi tak cuba kot ... he he he




Cendol Leman Dawi tak adalah ohsem sangat! Nak repeat? .... idak dah kot. he he he






Makluman : Untuk edisi Jalan, Order dan Makan (J.O.M) ... segala rasa, kesedapan dan ketidaksedapan adalah bergantung kepada deria rasa lidah dan tekak saya. Jadi setiap penilaian berkenaan adalah apa yang saya rasai dan nikmati sahaja. Jika anda pergi mencuba dan merasai sebaliknya, ingin saya tegaskan kita tidak mempunyai lidah dan tekak yang sama. Harap Maklum!









CK : Baru nak masak untuk lunch!

5 comments:

  1. bestye dpt makan cendol..yummy..nak jugak

    ReplyDelete
  2. Kat seremban mmg ada kedai cendul power . Yang ni aku gerenti sedap . Kalau tak sedap , sanggup kerat
    Iidah ,he he. Do tell me on the taste if you go there

    http://jelajah-xplorer.blogspot.com/2011/08/cendol-haji-shariff-seremban.html

    ReplyDelete
  3. fahz pun dah makan cendol leman dawi nie.rasanya,kurang mantoppp.mcm biasa2 je la cendolnya.cendol mamak tepi jalan lagi ummmppphhh kot.btw fahz stay kat nilai.kuaters KLIA.dekat sgt2 kalau nak pi putrajaya.selalu pi alamanda.kamoo kat kuaters putrajaya ka?

    ReplyDelete
  4. hehe..samerla..rsanya tk sedap pun...

    ReplyDelete

Tinggalkan komen di sini ... Terima kasih ;=)

MAKLUMAN : Jangan Tinggalkan Komen Berbentuk URL Link. Komen Berbentuk URL Link Akan Di Delete Bagi Mengelak Blog Ini Dianggap Sebagai "BLOG SPAM" Oleh Pihak Google!